Polis tahan doktor pondan yang licik
Selepas dipercayai memperdayakan ribuan pesakit, seorang doktor berwajah ayu, memakai tudung dan gemar mengenakan baju kurung akhirnya disedari bukan sahaja sebenarnya seorang lelaki tetapi juga tidak memiliki kelayakan perubatan.
MELAKA: Lelaki berusia 26 tahun yang berasal dari Sabah itu pernah mengikuti kursus kejururawatan tetapi tidak menamatkan pengajian.
Dia dikatakan berjaya menjadi doktor sambilan sejak awal tahun lalu di beberapa klinik di Perak, Pahang dan Melaka dengan hanya menunjukkan sijil Perakuan Amalan Tahunan daripada Majlis Perubatan Malaysia yang kemudian disahkan palsu.
Tembelang lelaki yang dikenali sebagai Doktor Ika itu akhirnya terbongkar apabila pemilik sebuah klinik di Batu Berendam, Melaka mendapati sijil itu palsu.
Siasatan juga dibuat setelah seorang pesakit wanita mengadu kepada majikan terbabit selepas berasa sangsi dengan perbuatan Doktor Ika suka menelefon suaminya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Melaka, Superintendan Soh Hock Sing berkata, suspek ditahan di klinik itu ketika menunggu pesakit pada Khamis lalu.
HOCK SING menunjukkan gambar doktor palsu di Melaka semalam.
|
“Suspek bekerja dari pukul 6 petang hingga 10 malam dengan bayaran RM45 sejam,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Hock Sing berkata, sijil perakuan palsu yang digunakan oleh suspek menggunakan nombor siri pada sijil yang dimiliki oleh doktor lain.
Dalam sehari beliau dipercayai merawat lebih 25 orang pesakit di klinik itu sejak tiga bulan lalu.
Lelaki itu mempunyai alamat tetap di Ampang, Selangor.
Katanya, sepanjang tempoh menyamar, suspek lebih cenderung melayan pesakit lelaki di klinik tersebut dengan mengendalikan rawatan pesakit luar dan prosedur jahitan kecil untuk kes kemalangan.
Dia juga mengeluarkan sijil cuti sakit seperti doktor lain.
“Selain kursus kejururawatan di Selangor, dia juga tidak menghabiskan pengajian kejuruteraan di sebuah universiti di Johor,” katanya.
Menurutnya, suspek sebelum itu pernah bekerja sebagai doktor sambilan di lima lagi klinik swasta di sekitar Melaka termasuk Sungai Udang dan Melaka Baru.
Beliau turut meminta orang ramai yang pernah menerima rawatan daripada lelaki tersebut supaya tampil membuat laporan polis.
Katanya, suspek kini ditahan reman selama empat hari sehingga esok.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 419 Kanun keseksaan kerana menyamar dengan niat menipu.
Leave a comment Cancel reply
Jumlah pengunjung ♥
- 754,542 hits
1900 artikel, Search apa shj dari blog ini
Siaran Langsung dari Mekah- Live
Siaran Langsung dari AngkasaLepas ISS – w.soothing music -Live
Siaran Langsung – Al Jazeera – Live
KAmi mahu IPMC, hormati OKT ♀♀
Dr Zakir Naik (Question and Answer
Mala ALi, He is like Jesus, treat deaf
Recent post ♣♣
- direct pipe , one way valve , plumbing July 8, 2018
- (no title) June 2, 2018
- pakatan harapan menumbangkan the ultimated Bn dan Pas ge14 May 10, 2018
- result pru14 keputusan May 9, 2018
- VIDEO KHAS untuk rakyat MALAYSIA https://www.youtube.com/watch?v=YWmCAWhBM3I&feature=youtu.be April 29, 2018
- Liveleak.com – IDF murders non threatening protestors in Gaze April 1, 2018
- 7A6A March 15, 2018
- watertank dan pemasangan March 10, 2018
- sejong hospital 41 dead January 26, 2018
- jan 25 January 25, 2018
Lata Kedongdong
GO GREEN,Sabah, Guinness World Records pembersihan dasar laut terpanjang di dunia ♣
Latihan COmando GGK yang brutal ♣
C.N Al-Afghani ♣
Archives
Top Posts & Pages ♪ ♪
- Kitab Injil 1,500 tahun ditemui, ia menggemparkan Vatican
- starter kereta rosak
- Kord gitar, Semua Allah Punya-Iwan Syahman
- jual buah pinggang atau mata pada harga RM1 juta
- Jin serang sekolah tok sera, arah terjun dari banggunan sekolah
- Survey: Congo , Ecuador dan Ghana antara rakyat yang mempunyai Zakar paling Panjang, m'sia no 103
- kerajaan rugi berjuta sebab datuk T trio menyebarkan Video seks, denda utk mereka hanyalah rm5,500
- Pusat Akuatik Shah Alam
- 15 restoran fast food paling top di Amerika
Categories
- agama (256)
- cord guitar (18)
- dunia (689)
- ekonomi (58)
- gaya hidup (121)
- hiburan (85)
- iklan (12)
- makanan/resepi (14)
- movie/docu (32)
- nasional (754)
- pendidikan (70)
- politik (61)
- rekreasi (26)
- sport (71)
- Syria/Iraq (71)
- tasauf (58)
- Uncategorized (419)
- variety (215)
Betul tu… saya setuju dgn awak … pos nih patut jadi lebih terkenal dengan artikel nie..
LikeLike