Archive

Posts Tagged ‘polis’

Unit Tempur serbu pusat hiburan ‘Bollywood’

July 14, 2013 Leave a comment

Unit Tempur serbu pusat hiburan 'Bollywood'

Sepasukan polis dari Unit Tempur D9, lengkap bersenjata dan jaket kalis peluru menyerbu dua premis hiburan berisiko awal pagi tadi. 

Serbuan dibuat oleh Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur ekoran pelbagai kejadian jenayah membabitkan senjata senjata api hingga menyebabkan kematian di beberapa pusat hiburan kebelakangan ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairy Ahrasa berkata, cara itu dilakukan bagi membolehkan pasukan polis bertindak terhadap individu atau kumpulan berbahaya yang dikehendaki polis.
Read more…

Categories: nasional

Suaram: Siasat 298 kes tembak mati oleh polis

October 26, 2012 Leave a comment

Suaram: Siasat 298 kes tembak mati oleh polis

Ia, bahaya ni, main ambik nyawa orang menggunakan tangan sendiri,  jadi hakim sendiri. Simpati kepada ahli ahli keluarga yang anak mereka mati di tembak Polis.
11:20AM Okt 25 2012  

Bagaimana dan sejauh mana SOP POlice di patuhi

NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menggesa polis menyiasat setiap satu kes daripada 298 kes pembunuhan extra-judiciary oleh pihak polis sejak 2007 atau lebih banyak insiden sebegitu akan berlaku.

Memetik jawapan Parlimen mengenai perkara itu, Penyelaras Suaram R Thevarajan berkata, dalam kes yang dikendalikan mereka, kebanyakan ahli keluarga terpaksa “ke hulur ke hilir untuk mencari keadilan”.

“Kenapa ahli keluarga mangsa perlu ke hulu ke hilir untuk mendesak kerajaan bagi ambil tindakan?

“Berapa banyak memorandum perlu dikemukakan sebelum tindakan yang bermakna akan diambil?” kata Thevarajan.

Selain itu, beliau berkata lagi, bukan menjadi tanggungjawab ahli keluarga untuk mencari jawapan kerana setiap kematian secara automatik perlu disiasat.

penjenayah indonesia di tembak mati, rompakan

“Satu siasatan menyeluruh dan terbuka diperlukan untuk membuktikan ketelusan dan kredibiliti pihak polis dalam mengambil tindakan ke atas pegawai polis yang berdegil,” katanya lagi.

Dalam jawapan di Parlimen pada Selasa lalu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, polis menembak mati 298 “penjenayah” antara Januari 2007 hingga Ogos 2012, termasuk 134 warga Indonesia.

Categories: nasional

SPRM siasat lombong emas haram, tetapi di halang oleh Polis yang corrupt

July 17, 2012 Leave a comment

SPRM siasat lombong emas haram, tetapi di halang oleh beberapa anggota Polis yang corrupt di Gua Musang.

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman menegaskan dakwaan bahawa anggota polis terlibat dalam kes ugutan terhadap beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang membuat serbuan ke sebuah lombong emas haram di Sungai Emas, Felda Perasu, Gua Musang, Khamis lepas, adalah fitnah.
    
Sebaliknya, beliau berkata empat suspek yang dipercayai mengugut pegawai SPRM berkenaan telah ditangkap polis pada jam 10 malam tadi dan kesemua suspek direman selama tiga hari bermula hari ini.
    
“Itu fitnah, jangan bercakap dan jangan buat andaian,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Mesra Rakyat anjuran Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri di Politeknik Kota Bharu, Kok Lanas hari ini.

Categories: nasional

banjir kilat mengemparkan bandar kajang -video

December 2, 2011 Leave a comment

Kira-kira 200 buah kereta ditenggelami banjir yang melanda bandar Kajang petang tadi.

ADUN Kajang, Lee Kim Sin berkata banjir sedalam dua hingga tiga kaki itu akibat hujan lebat selama beberapa jam petang tadi.

Banjir yang menurut Lee yang terburuk sejak 1971 telah menenggelamikan satu perempat bandar Kajang.

Katanya, air banjir turut menenggelamkan tempat letak kereta bawah tanah di pusat membeli-belah Plaza Metro, yang dipercayai membabitkan kira-kira 20 kereta.

Sementara itu, Bernama melaporkan, sembilan mangsa banjir termasuk tiga warga emas di Kajang berjaya diselamatkan apabila rumah mereka dinaiki air ekoran hujan lebat petang tadi.
    
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohamad Sani Harul berkata mangsa berada di rumah ketika air mula menaiki rumah mereka. “Kesemua mangsa kita selamatkan di kawasan perumahan di Kampung Sungai Kantan dan Jalan Kelapa di mana mereka tidak sempat melarikan diri bila banjir berlaku,” katanya ketika dihubungi. Beberapa kawasan di Kajang dilanda banjir kilat selepas hujan lebat kira-kira 4 petang tadi.
    
Kawasan yang terlibat ialah pekan Semenyih berhampiran jalan ke Bangi Lama, Pasar Besar Kajang, Jalan Jeluk, Sungai Kantan, Jalan Semenyih dan Jalan Kelapa.Mohamad Sani berkata di Sungai Kantan, air naik setinggi 1.5 meter manakala di tempat lain pada paras paha.

“Bomba menerima panggilan pada pukul 3.51 petang sebelum sampai dalam masa 10 minit bersama 14 anggota termasuk pegawai dari balai Kajang dan Cheras. “Banjir surut kira-kira dua jam kemudian. Beberapa buah kereta serta motosikal rosak akibat ditenggelami air banjir,” katanya. Keretapi Tanah Melayu Berhad turut menghentikan perkhidmatan komuter ke bandar itu.

—-

Categories: nasional

Indeks rasuah Malaysia terus naik

December 2, 2011 Leave a comment

Riba lawannya ialah sedekah, rasuah lawannya ialah memberi hadiah Rasuah ada dimana mana negara, menerima dan memberi hadiah adalah di galakkan, rasuah? oh tidak, masalahnya ialah, kenapa indeks Rasuah negara kita makin naik. Kerajaan dah berbuat macam macam seminar iklan kesedaran. pastinya semua pihak mesti berusaha keatas, dan setiap individu mesti menjauhkan rasuah. Rasuah mula menghantui kita di zaman pemerintahan hujung 80an Mahadhir, sehinggalah sekarang, dahulu kita sama standard dengan Singapore dalam indeks rasuah, Jika ada pemberi dan ada juga penerima, akan berterusanlah masaalah rasuah ini, Saya anda dan semua orang mesti kata ‘NO ‘ say no kepada rasuah, ia merosakkan pendapatan negara dan merosakkan diri pemberi dan diri penerima, Anda rasa anda  untung? Oh tidak, sebenarnya Anda menzalimi diri anda. Percayalah, anda akan rugi di masa mendatang, Memakan riba dikira memakan benda haram, apatah lagi rasuah. Kita Manusia sentiasa perlukan keberkatan dalam kehidupan, anda Fikir2 kan la

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:“Allah melaknat pemberi rasuah, penerima rasuah dan orang yang menjadi orang perantaraan”. (riwayat Ahmad
( Riwayat  At-Tirmidzi, 3/622 : Imam Tirmidzi berkata : Hadis Hasan Sohih) .

http://www.malaysiakini.com/news/182912

Kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) jatuh dari tangga 56 pada tahun lalu kepada 60 tahun ini, menurut Transparency International Malaysia (TI-M).

Bercakap pada majlis mengumumkan keputusan itu di Subang Jaya pagi ini, Timbalan Presiden TI-M Mohamad Ali Hasan berkata, Malaysia mencatatkan markah atau skor sebanyak hanya 4.3. Ini kejatuhan kali ketiga berturut-turut sejak 2009.

Katanya, walaupun kejatuhan itu hanya membabitkan 0.1 mata tahun ini, namun ia masih membimbangkan kerana kerajaan telah berusaha memulakan beberapa usaha-usaha anti-rasuah.

“Mengapa ia harus jatuh? Kerajaan telah menganjurkan beberapa program (anti-rasuah). Persepsinya adalah bahawa program itu tidak berkesan,” katanya.
 
Pada tahun 2003, Malaysia berada pada kedudukan 37 dalam kaji selidik yang membabitkan 146 negara. Bagi 2010, kaji selidik itu melibatkan 178 negara.

Categories: ekonomi, nasional

Rakaman CCTv rompakan di ceras

November 2, 2011 Leave a comment

2 penyamun ganas yang menetak peniaga di Bandar Mahkota Ceras

Categories: nasional

beli kereta, tapi kereta takde, polis buat dek

October 23, 2011 Leave a comment

Peliklah malaysia ni… org tak takut ngan pihak berkuasa,,, semua boleh kawtim yang membuat kan peniaga tak takut untuk melanggar undang undang, ada saja penipuan, beli kereta,,kereta tak dpt,,, beli rumah,, rumah tak siap, kes gores dan menang, terbaru daging lembu dicampur ngan daging kambing, jualan murah sale, tapi harga nya tak sale, dan berpuluh lagi cara penipuan , dan history yg kita tgk perkara ini akan berulang ulang lagi, nak tanya korang..jiran terdekat kita,, kalau di Singapura boleh ke semua perkara ini di buat? ada pernah dengar? Disana semua main lokap dan penjara, tu sebab tiada yang berani, y it happpend only here in Malaysia?,, napa penjual berani tipu dan terus menipu?,,, paling sedih ialah pembeli rumah, harga ratus ribu,  rumah nya takde,, tapi kena bayar kepada bank berpuluh tahun.. takker peliktu?  siannn .. Bank is always right

DITIPU...Khairul Azman menunjukkan salinan keputusan Tribunal Tuntutan Pengguna yang meminta syarikat kereta terpakai itu membayar ganti rugi.

KUALA LUMPUR: Sebuah syarikat jualan kereta terpakai di pinggir ibu kota dipercayai mengaut keuntungan mencecah ribuan ringgit hasil memperdaya pelanggan yang berminat mendapatkan kenderaan.

Taktik digunakan mudah, hanya melengah-lengah masa menyediakan kereta dipesan selain meminta pembeli menambah beberapa lagi bayaran atau caj tertentu sehingga mereka bosan dan membatalkan urus niaga.
Wang sudah dibayar dianggap ‘hangus’ menyebabkan ramai pembeli berputih mata malah difahamkan kira-kira 30 pembeli sudah menjadi mangsa sejak 2009 lalu.

Seorang mangsa, Khairul Azman Othman, 26, berkata, dia kerugian RM12,100 selepas membeli Toyota MRX terpakai di syarikat itu pada hujung 2009 lalu.

*Polis sudah boleh menahan seseorang jika laporan yang di buat itu betul serta cukup bukti dan bawa yang dituduh ke balai untuk di soal siasat.

Barulah orang takut sikit. Apalah Pdrm ni

Categories: nasional

another problem with malaysian police, 11 cops ‘molest’ case still hanging fire

August 20, 2011 Leave a comment

 

Wong Bee Fong berkata,11 polis yang mencabulnya masih belum di siasat

Seorang pengurus akaun Wong Bee Fong mendakwa selepas tujuh tahun dicabul oleh 11 anggota polis, beliau sehingga kini masih menunggu tindakan terhadap kumpulan itu.

An account manager Wong Bee Fong claimed that after seven years molested by 11 policemen, he is still waiting for action against the group. In fact, he added, the police failed to answer whether the investigation papers were opened after she lodged a police report traumatic ordeal that left until today.
In a press conference with his lawyer yesterday, Wong, 39 claimed that, contrary to investigate allegations of police to prevent the police carrying out his duties.

Wong claimed that dreams horror to begin at 1:55 am when the car driven arrested in roadblocks near Connaught in 2004 on suspicion of drunken driving.

“I ask my driving license back and the summons will be issued but the officer, Johari Ismail, badge number 88147, were reluctant to ask for bribes of RM3, 000.

Categories: nasional