Home > rekreasi, sport > hutan hujan: Sungai Gabai perkelahan terbaik di lembah kelang

hutan hujan: Sungai Gabai perkelahan terbaik di lembah kelang

deruan air airterjun dan bunyi yang kuat di sg gabai

Hutan lipur Sungai Gabai, terletak di selatan ulu langat 2 jam perjalanan dari Kuala Lumpur dan pandulah mengikut signboard dan anda tidak akan sesat, kemudian anda akan berjumpa jalan masuk ke hutan hujan yang menarik ini, apabila meletakkan kenderaan anda, dari jauhlagi 100 meter anda sudah dapat mendengar deruan air terun memecah sunyi, ketika saya sampai pukul 9 malam suasana amat sunyi di jalan masuk ini. tiada satu makhluq pon yang ada ketika kami hadir

Kawasan air terjun setinggi bangunan 15- 20 tingkat ini adalah air terjun pertama yang anda akan jumpa ketika masuk kedalam susur jalan masuk ke sg gabai ini, dia dijaga begitu rapi oleh jawatan kuasa  kampung yang diberi tanggungjawab untuk menjaga kawasan tersebut. Pengunjung dikenakan 1 rm sahaja dijangka hujung mingu dia mencecah 1000 orang keatas hadir di kawasan perlancungan ini.

air terjun pertama ini melebihi tinggi air terjun di Sg Kancing gombak. Setelah mendapat port kemah yang baik,,, 3 kemah di

3 kemah di buka didalam kegelapan malam yang tiada seekor nyamuk pon

buka di dalam kegelapan malam hanya lampu suluh kami yang menerangi kegelapan tersebut. Kehairanan juga tiada seekor nyamuk pon di dalam hutan tebal ini dan menjadi tanya tanya

kepada kami yang hadir di kawasan ini. Pelik lagi ialah di dalam hutan tebal ini, kami tidak memerlukan baju sejuk atau baju yg tebal kerana tiada kesejukan ujud di sekeliling kami. Tapi kabus hutan berada disekeliling kami. Udara yang amat fresh kami dapat, Lagi satu kami tidak dapat bau hutan yang seperti biasa kita akan dapat ketika mengunjungi kawasan hutan. mungkn ada bau hutan itu tetapi tidak berapa kuat.

Tempat  ini juga jarang menjadi tempat berkemah untuk tidor semalaman dan mereka lebih suka memilih di kawasan air terjun yang sekitarnya atau jeram yang lain seperti di Sg Congkak, Pangsun dan sebagai nya. Tempat ini lebih menarik daripada tempat yang lain tetapi mengapa mereka tidak berkemah sahaja disini, ada yang berkata tmpat ini keras dan

air terjun setinggi banggunan 20 tingkat memecah sunyi

kemungkinan juga mereka tidak berani berkemah disini. atau tidak tahu, tetapi untuk kami tiada masaalah semua baik dan fine.

Ada dewan disediakan, surau, bilik mandi, toilet dan ada penyelengaran dikawasan ini, amat baik untuk perkemahan semalaman keluarga atau datang  pagi dan balik petang. Ada beratus anak tangga di buat untuk menuju kepuncak Air terjun ter tinggi ini, ramai yang naik di atas daripada mereka yang mandi di air terjun yang pertama dan seperti biasa lagi anda diatas, lagilah adventure dan lagilah permandangan indah akan anda dapat. Kesejukan nya juga lain bau hutan nya juga lain.🙂

Ramai juga mereka yang suka mengambil gambar hutan hutan ini, saya melihat mereka datang dengan camera yang canggih canggih ber resolution tinggi dengan standing camera untuk mengambil gambar air terjun dan kawasan sekitarnya.

PePagi sudah mula pengunjung datang tanpa henti

Tips waktu elok datang ialah 8 pagi kerana hanya ketika itu pintu di buka untuk orang ramai masuk ke Air terjun tersebut. Dan untuk pulang, jika hari ahad mereka yang jauh datang di syorkan balik kul 1 -2tengahari kerana sepanjang jalan ulu langat-ceras ini jalan akan jamed dan sedikit membosankan, disepanjang jalan pulang akan ada gerai gerai buahan sayur dan sebagainya di tepi jalan anda boleh singgah sebentar untuk mendapatkan buahan keinginan anda.

Categories: rekreasi, sport
  1. October 8, 2014 at 1:18 pm

    Good info. Lucky me I recently found your site by accident (stumbleupon).
    I’ve saved it for later!

    Like

  2. _=_
    September 1, 2014 at 9:03 am

    After I originally commented I appear to have clicked
    the -Notify me when new comments are added- checkbox and now each time
    a comment is added I get four emails with the exact same comment.

    There has to be an easy method you can remove me from that service?

    Thanks!

    Like

  3. kauakumemang
    May 16, 2011 at 4:22 am

    besttttttt….:) nanti nak ikut..!

    Like

  1. October 19, 2014 at 12:41 pm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s