Archive

Posts Tagged ‘bola’

rentetan Malaysia kalah bola, ‘apa kau telah buat”

November 28, 2012 Leave a comment

Mereka tidak puas hati dan bernyanyi beramai ramai Rajagopal ‘apa kau telah buat’




Categories: sport

Jeli: Mati tiba tiba ketika bermain bola

March 11, 2012 Leave a comment

PILU... jenazah Mohd Suhaimi (gambar kecil) dituntut keluarganya untuk dikebumikan di Kampung Gemang, Jeli.

JELI: “Arwah sempat memberitahu jika dia mati, dia tidak bimbang kerana rumah yang kami diami sekeluarga siap sepenuhnya. Tak sangka, kata-katanya menjadi kenyataan,” kata Zalini Abd Rahim, 37, isteri kepada Mohd Suhaimi Mat Nor, 43, yang meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung ketika bermain bola sepak di padang Kampung Seberang Jeli, di sini, kelmarin.Dalam kejadian jam 12.40 tengah hari, Mohd Suhaimi yang menyertai Kejohanan Tertutup Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Lanas tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri pada minit ketiga separuh masa kedua perlawanan.
Mohd Suhaimi yang bertugas sebagai kerani di Sekolah Kebangsaan Gemang, di sini, disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Jeli dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gemang, jam 9 malam kelmarin.Menurut Zalini, suaminya kelihatan bersemangat ketika keluar rumah pada jam 9 pagi.

http://www.hmetro.com.my/articles/Matimainbola/Article/artikelMA
“Arwah sebelum ini sihat saja. Banyak kejohanan bola sepak yang disertainya, termasuk di Sabah dan Johor. “Namun, pada jam 1.15 tengah hari saya menerima panggilan daripada rakan sekerja arwah yang memaklumkan kematiannya. Saya seperti hendak pitam ketika mendengar berita itu, namun reda dengan apa yang berlaku,” katanya.

Categories: nasional

bola bola bola: kelantan,sabah, perak dan Felda united tumpas

October 15, 2011 Leave a comment

40,000 gigit jari di Kota Bharu, N Sembilan pula cemasss

PENYANDANG juara Piala Malaysia, Kelantan tersingkir selepas tewas 5-3 secara agregat kepada juara Piala FA, Terengganu selepas keputusan seri 2-2 di Stadium Sultan Mohamad IV malam tadi sambil T-Team turut mengukir bangga apabila mengatasi Sabah, 2-1 dan agregat 4-2.

Selangor gagah semalam 4-1 dan terus ke pringkat separuh akhir

KESUNGGUHAN semata-mata tidak mencukupi buat Perak untuk menandingi Selangor apabila tunduk 1-0 di gelanggang sendiri pada suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Perak, malam tadi.

Tuan rumah yang turun dengan semangat tinggi sebaliknya terpaksa menelan keperitan sekali lagi apabila sentuhan daripada sepakan percuma Shafiq Rahim menghukum anak buahnya Norizan Bakar sebelum Rudie Ramli mudah menanduk masuk bola tampanan Nasril Nourdin ke gawang yang kosong untuk gol tunggal perlawanan itu dan agregat keseluruhan 4-1.

Disamping itu NEGERI Sembilan terpaksa menunggu hingga minit ke-120 sebelum mengesahkan tempat ke separuh akhir Piala Malaysia selepas menewaskan FELDA United dengan agregat 3-1 dalam saingan suku akhir kedua, di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam tadi

 

Categories: sport

saudi: tatu di lengan, akhirnya pemain pro ini ditahan polis

October 14, 2011 Leave a comment

Juan Pablo Pino menyertai Arab kelab Al Nassr atas pinjaman dari Galatasaray telah di tangkap kerana tangan nya penuh ngan Tato termasuk gambar jesus dan salib, membuat pengunjung shopping komplex tidak senang hati dan menelefon polis

Menurut laporan, pemain sayap Colombia Juan Pablo Pino telah ditangkap oleh polis moral Saudi apabila warga di pusat membeli-belah Riyadh mengadu tentang tatu yang terdedah pada tangannya, yang termasuk muka jesus dan lain-lain simbol-simbol agama. Pino menyertai Arab kelab Al Nassr atas pinjaman dari Galatasaray pada akhir bulan Ogos dan nampaknya tidak sedar bahawa menunjukkan tatu dengan memakai baju tanpa lengan di khalayak ramai akan menyebabkan masalah.

Dari Laporan Colombia :

Arab Saudi adalah salah satu di negara-negara yang paling konservatif dalam dunia Islam, dan menurut salah satu ulama di negara ini yang paling dihormati, Nayimi Sheik Mohammed, undang-undang Saudi melarang tatu, tidak kira apa bentuk mereka, dan setiap pemain harus mematuhi peraturan ini.

Ulama terus menekankan betapa pentingnya menghormati status “Syariah” (undang-undang Islam) dan bahawa tatu mesti dilindungi atau di tutup pada setiap masa.

Pino, yang bermain dalam liga Saudi, telah menyatakan “kesedihan yang mendalam” untuk tindakannya dan berkata dia menghormati undang-undang negara. Dia telah dibebaskan daripada jagaan apabila wakil pasukan tiba dan membincangkan perkara itu dengan pihak polis.

Gulf News melaporkan bahawa Arab Persekutuan Bola Sepak rasmi “telah menghantar surat pekeliling kepada semua kelab-kelab yang meminta mereka untuk menasihati profesional dan pemain masing-masing untuk menghormati tradisi Saudi dan tidak menunjukkan simbol-simbol agama mereka dengan cara yang mengenepikan adat dan tradisi Saudi” selepas tatu salib di lengan pemain Romania untuk Al Hilal menyebabkan kontroversi tahun lepas.

Tidak jelas sama ada Al Nassr memaklumkan Pino ini dalam masa yang singkat dengan kelab, tetapi dia mungkin akan memakai dan membeli beberapa baju lengan panjang sekarang.

Categories: agama, dunia, sport

fifa: Syria hilang kelayakan sertai piala dunia 2014

August 20, 2011 Leave a comment

Sayang sekali , Syria amat ingin ke piala dunia yang tidak pernah mereka layak, Syria telah hilang kelayakan Piala Dunia 2014 selepas membariskan pemain yang tidak layak dalam kelayakan. (File Photo)

Syria have been disqualified from the 2014 World Cup after fielding an ineligible player in qualifiers, FIFA said on Friday

2 jam lepas-

Salah sendiri, Selepas berhempas pulas di dalam kelayakan Piala dunia  dan bermain amat baik sekali, akhirnya mereka di gugurkan dari piala dunia

Syria telah telah hilang kelayakan daripada itu Piala 2014 Dunia selepas seorang pemainnya yang tidak layak (kerana seorang pemain tidak ada dalam list yang di hantar ke fifa)  berada didalam pasukan tersebut, FIFA berkata pada hari Jumaat. kata badan Dunia bola sepak, yang mengawal dalam satu kenyataan yang bahawa Tajikistan akan menjadi semula ke dalam pertandingan di Syria Place. “Para pasukan Syria adalah hilang kelayakan daripada persaingan, kehilangan fasa kalah mati pusingan kedua mereka dengan kehilangan, “FIFA berkata dalam satu kenyataan.

“Keputusan-keputusan itu adalah muktamad dan mengikat dan tidak tertakluk kepada rayuan.” FIFA berkata pemain yang sama tidak layak, yang telah tidak telah dinamakan, telah diambil bahagian dalam kedua-dua kaki seri Asia Syria kelayakan kedua pusingan terhadap Tajikistan pada Julai 23 dan 28 Julai dan satu 3-0 kekalahan telah dikenakan ke atas mereka dalam setiap perlawanan sebagai hukuman. Apabila perlawanan dimainkan, Syria telah memenangi 6-1 pada agregat. Syria, yang tidak pernah sampai ke peringkat akhir Piala Dunia, tidak dijangka untuk mencapai edisi 2014 Brazil. Tajikistan kini akan bermain dalam pusingan ketiga yang layak, di mana mereka berada dalam Kumpulan C dengan Jepun, Uzbekistan dan Korea Utara. Perlawanan pertama mereka di peringkat ini akan di rumah ke Uzbekistan pada september 2. persatuan bola sepak Syria tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.

Categories: sport

bola: peluang olimpik malaysia tipis

June 30, 2011 Leave a comment

Masih belum selamat. Kemenangan 2-1 ke atas Taiwan tidak memberikan sebarang jaminan apabila skuad negara bertandang ke Taipei dalam perlawanan kedua kelayakan Piala Dunia 2014, Ahad ini.

Harimau Malaya tidak sepatutnya membenarkan Taiwan pulang dengan satu gol yang hanya meletakkan anak-anak buah Datuk K. Rajagobal tidak terlepas menghadapi situasi cemas, sekalipun menang di Bukit Jalil,

30 minit terakhir Chinese taipei ini lebih bertahan, menampakkan seperti Taiwan berpuas hati dengan satu gol mereka dan 2 gol pihak lawan dan kemungkinan taktik jurulatih mereka menjangka akan membanam Malaysia di peringkat kedua nanti apabila bermain di Taiwan kelak, Malaysia nampak nya dan sebenarnya berpeluang tipis.
saksikan gol Malaysia

Categories: sport

iklan: Bola! Tiket Malaysia lawan Liverpool, Arsenal dan Chelsea sekarang dijual

June 11, 2011 Leave a comment

Tiket bagi perlawanan bola sepak persahabatan antara Malaysia dan tiga pasukan handalan Inggeris — Liverpool,Arsenal dan Chelsea — yang akan berlangsung di sini bulan depan, mula dijual di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini.

Malaysia akan menentang Arsenal pada 13 Julai, Liverpool pada 16 Julai dan Chelsea pada 21 Julai.

Perlawanan dengan Liverpool bermula pada 5.45 petang manakala dua perlawanan lagi bermula pada 8.45 malam. Tiket berharga antara RM58 dan RM388.

– Bernama

Categories: sport

Rasuah bola sepak memang ujud

June 2, 2011 Leave a comment

 

T-Team
  • beberapa pemain di bawah jagaannya cuba kembali ke pangkal jalan, namun tindakan mereka menimbulkan kemarahan bookie
  • pemain tersebut sudah insaf dan lari dari bookie, tetapi bookie tetap mengejarnya dan ingin menghapuskan karier nya

KUALA TERENGGANU: “Ada seorang pemain memiliki RM27,000 di dalam akaunnya. Selepas didesak, dia mengaku itu imbuhan hasil mengatur perlawanan,” demikian kata seorang jurulatih pasukan T-Team mengenai amalan rasuah dan mengatur perlawanan oleh pemain pasukan itu tahun lalu.

Jurulatih yang enggan namanya disiarkan itu berkata, dia mendapat maklumat mengenai kegiatan itu selepas didedahkan sendiri ahli sindiket perjudian bola sepak atau bookie yang cuba menjahanamkan kerjaya pemain terbabit yang sudah tidak mahu lagi menerima rasuah.

Menurutnya, beberapa pemain di bawah jagaannya cuba kembali ke pangkal jalan, namun tindakan mereka menimbulkan kemarahan bookie yang kemudian bertindak mendedahkan nama dan bukti kegiatan pemain mengatur perlawanan kepada pegawai pasukan.

“Seorang wakil bookie menghubungi saya sendiri untuk memberi nama pemain yang menerima wang rasuah dan saya juga diberitahu mengenai masa, tempat dan jumlah wang yang diberikan.

“Pertemuan saya dengan wakil bookie menunjukkan mereka enggan melepaskan pemain dan mahu membinasakan karier mereka.

Jurulatih itu berkata, dia terpanggil membuat pendedahan selepas bekas pengurus pasukan Piala Presiden T-Team, Mohd Sabri Abas, mendakwa pihak pengurusan tertinggi persatuan bola sepak tidak tegas menangani isu rasuah bola sepak.

Menurutnya, bookie bagaikan manusia bertopengkan syaitan kerana mereka cuma mementingkan diri tanpa mempedulikan nasib atau masa depan pemain yang menjadi ‘hamba’ mereka.

“Jangan bermain api kelak nanti membakar diri, jangan sesekali mendekati bookie, nanti menyesal diri. Saya tidak mahu pemain gelap mata dengan suapan ribuan ringgit.

Perlawanan akan datang :

T-Team lwn N.Sembilan

06-062011 jam 8.45 mlm

Categories: sport