SeLaMaT DaTanG- Web yang memaparkan yang benar-benar sahaja, "None of you can truly be said to believe(godly-beriman) until he wants for his brother what he wants for himself"

The Happy British Muslims video

February 14, 2015 Leave a comment

From Jerusalem to Jamaica, feelgood video homages to Happy by Pharrell Williams have spread like a fit of giggles on social media – and now British Muslims have their own version.

The Happy British Muslims video was put together by a group of young British Muslims called the Honesty Policy, with a very simple aim: to spread positivity and a bit of empowerment along the way.

Yang terlibat dalampembikinan video ini termasuk nereka dari ahli-ahli politik, wartawan, pelajar, keluarga dan – Bahkan salah seorang ulama Islam yang paling dihormati di UK, Timothy Winter of Cambridge University, juga dikenali sebagai Abdul Hakim Murad, membuat penampilan.

‘happy british muslim’

 

 

 

Categories: nasional

Lagu: Passenger – Let Her Go

February 14, 2015 Leave a comment

Passenger – Let Her Go, from the album All the Little Lights. ↨■•⌐«

Well you only need the light when it’s burning low
Only miss the sun when it starts to snow
Only know you love her when you let her go

Only know you’ve been high when you’re feeling low
Only hate the road when you’re missin’ home
Only know you love her when you let her go
And you let her go

Staring at the bottom of your glass
Hoping one day you’ll make a dream last
But dreams come slow and they go so fast

You see her when you close your eyes
Maybe one day you’ll understand why
Everything you touch surely dies

But you only need the light when it’s burning low
Only miss the sun when it starts to snow
Only know you love her when you let her go

Only know you’ve been high when you’re feeling low
Only hate the road when you’re missin’ home
Only know you love her when you let her go

Staring at the ceiling in the dark
Same old empty feeling in your heart
‘Cause love comes slow and it goes so fast

Well you see her when you fall asleep
But never to touch and never to keep
‘Cause you loved her too much
And you dived too deep

Well you only need the light when it’s burning low
Only miss the sun when it starts to snow
Only know you love her when you let her go

Only know you’ve been high when you’re feeling low
Only hate the road when you’re missin’ home
Only know you love her when you let her go

And you let her go
And you let her go
Well you let her go

‘Cause you only need the light when it’s burning low
Only miss the sun when it starts to snow
Only know you love her when you let her go

:)

♥↔♥

Say Something (I’m Giving Up On You)

u re the one that i luv  ..  n im saying good bye ¥

Categories: nasional

Jenazah nik aziz selamat di semadikan

February 13, 2015 Leave a comment

1931-2015 Datuk Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka pada jam 10.55 pagi 13/02/2015

sedih, tiga berita sensasi dalam seminggu nyayat hati, nik aziz, anwar ibrahim dan hasbullah awang

SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN

13 Februari 2015

PERGINYA seorang murabbi…  Berita pemergianmu disambut tangis hiba tanpa mengira agama dan bangsa.

Sebagai orang media, pernah beberapa kali kami bersua muka namun jauh lebih banyak saya ‘mengenali’ Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerusi paparan berita.

Tidak kurang juga melalui gambar-gambar yang dirakam lensa kamera memaparkan kehidupan biasa bekas Menteri Besar Kelantan itu.

Walau hanya beberapa kali diberi peluang bertentang mata, namun saat perkhabaran Allahyarham sudah kembali menemui sang pencipta, kenangan lalu kembali bermain di ruang mata.

Betapa saya kagum melihat keperibadiannya. Ketika itu, saya ditugaskan membuat liputan perjalanan Muktamar Tahunan Pas kali ke-58 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) Pengkalan Chepa, Kelantan, beberapa tahun lalu.

Ketika itu keadaannya kelihatan agak uzur, namun pemimpin yang dikenali dengan keluhuran budi itu masih sudi melayan kerenah media.

Soalan diajukan bertubi-tubi, ya.. semuanya bernada kontroversi. Namun wajah Mursyidul Am Pas itu saya lihat tenang…

Diangkat gelas air kosong di tangan kanannya. Dia meneguk air itu perlahan, tidak bingkas melatah meski diasak pemberita.

Saya bukan orang yang dekat dan kerap bertemu Allahyarham. Namun peluang kali pertama bertemu secara dekat itu membuatkan saya teruja.

Saya menilai personaliti Allahyarham buat simpanan memori sendiri. Wajahnya saya teliti.

Hari ini, memori itu kembali dikenang namun dengan hati yang cukup sayu.

Bulan lalu, tanggal 10 Januari genap umur Allahyarham 84 tahun. Ketika itu Allahyarham menjalani rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) ekoran penyakit kanser prostat tahap empat yang dihadapinya.

Sempena hari penting buat pemimpin ulung itu, paparan Facebook milik Allahyarham berkongsi petikan ceramahnya berkaitan umur.

“Umur ialah anugerah ALLAH SWT kepada kita. Ia merupakan bekas yang boleh diisi sama ada dengan pahala atau dosa. Orang yang beriman akan sangat bimbang mengisi bekas umur ini dengan dosa kerana takut kesannya pada hidup.

“Sebagaimana orang kita kalau ingin meracun lalang, dibancuh racun di dalam baldi. Baldi itu sebelum diguna semula untuk tujuan lain akan dibasuh sebersih-bersihnya kerana bimbang kesan buruk racun jika tidak dibersihkan.

“Maka sebagaimana kita basuh baldi yang berisi racun bimbang kesan buruknya, demikian bekas umur kita wajib dibasuh dengan amalan soleh jika pernah diisi dengan dosa,” bunyi petikan kuliah tersebut.

Allahuakbar!!! Pergi mu sukar dicari ganti… dan bumi Kelantan menangis lagi.

Perginya seorang pemimpin yang pernah dianugerahkan gelaran menteri besar paling bersih di Malaysia selepas 18 tahun mentadbir Kelantan.

Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah oleh Gerakan Rakyat anti Korupsi (Gerak) pada 2008.

Pada 2009, Allahyarham antara 50 tokoh Islam berpengaruh di dunia dan disenaraikan dalam buku berjudul “The 500 Most Influential Muslims”.

Semoga ALLAH merahmati setiap perjalanan, perjuangan dan ilmu yang kamu sampaikan Tok Guru.

Sesungguhnya dari DIA kita datang dan kepada DIA kita kembali. Innalillahiwainnailaihirajiun… al-Fatihah.

Categories: nasional

5 tahun untuk Anwar di penjara Sg buluh

February 10, 2015 Leave a comment

16489148255_0d7864a9ec_cSetelah beberapa siri Malaysia telah mengalami kisah kisah bala’ yang di hantar untuk negara ini, kehilangan mh370 yang di lakukan oleh konspirasi kuasa besar dunia, amerika dan israel,  mh17 di tembak jatuh oleh tentera ukraine di bawah arahan kuasa besar dunia, banjir besar yang melanda malaysia, hari ini yakni malaysia, membuka satu lagi jalan bala’ dengan melakukan jalan salah,  apabila menjatuhkan pula hukuman bersalah kepada Anwar ibrahim, dengan tiada satu pon saksi yang nampak batang anwar masuk ke dalam dubur saiful, sepertimana kes ini diperlukan 4 saksi didalam hal ini, dan dengan barisan peguam bela dan hakim yang tunduk kepada tuannya iaitu UMNO,

unnamedKita mengatakan umno, (bkn semua Umno jahat) ialah kerana kerja ini memerlukan ramai yang terlibat, ia tidak boleh kepada hanya satu pemimpin sahaja, satu barisan sahaja, ia perlu di gembelingkan oleh beberapa pihak jika mahu ia di realisasikan. Perlu ada kekuatan, ketahanan, tujuan yang satu,  Maka apabila semua bersatu dan menjadi satu, mereka dan konspirator ini, akhirnya telah menyalahkan dan mengsabitkan bahwa, Anwar di dapati bersalah melakukan perbuatan tersebut. Seperti mana untuk menjatuhkan seseorang dalam berzina adalah sukar, dan tidak mungkin, memerlukan berbagai saksi, motif dan sebagainya. belum pernah kita dengar seseorang di Malaysia, dijatuhkan hukuman zina, atau liwat, tetapi di jatuhkan hukuman khalwat adalah cara yang di gunakan, yang biasa di guna pakai sehingga hari ini, didalam mahkamah syariah.

Walaubagaimanapon, kita harus menerima keputusan hukuman ini, ini ialah mahkamah tertinggi di malaysia,  jika hakim bersalah atau konspirasi atau sebagainya, itu biar allah sahaja yang balas, Allah tidak tidor, Mungkin ini juga bakal dapat menyatukan Pakatan Rakyat, mungkin juga dapat menambah undi kepada PR di masa akan datang,  siapa tahu,  seperti bagaimana Selangor yang begitu kuat dan gah umno nya, selangor adalah umno, umno adalah selangor, tumbang rebah di pru12, jgn lupa ia adalah added hasil sedikit demi sedikit kefahaman pengundi terhadap kes liwat 1,  yang mana ini semua bukan kerja kita, kita merancang Allah menentukan.

Buat Anwar pula di penjara pasti tiada gangguan, dia boleh meneruskan aktiviti nya lebih dekat kepada Allah subahanahuwataala, mungkin allah lebih mahu dia di situ,, untuk mengurniakan dia dengan nikmat Islam yang lebih banyak,

  • Siapakah pengganti Anwar sebagai ketua pembangkang masih menjadi tanda tanya.
  • Siapa bakal calun ahli parlimen permatang pauh yang baru masih juga belum tahu.

Satu dunia bertumpu kepada Malaysia hari ini,

Lima hakim yang mendengar rayuan itu meninggalkan tempat duduk mereka sewaktu Anwar membangkitkan konspirasi politik, termasuk mendakwa mereka “tunduk pada tuan politik” mereka. Anwar berkata: “Dalam menunduk kepada tuan politik, mereka memalukan diri sendiri dan menjadi rakan jenayah dalam pembunuhan sistem kehakiman,” katanya sebelum Arifin meminta ketua peguam bela Datuk Gopal Sri Ram menyuruh Anwar berhenti. Tiada tuduhan di kena kan kepada saiful dan saiful bebas. Walaupon hakim berkata kejadian liwat memang telah berlaku.

It is a price we have to pay for a better Malaysia, says Dr Wan Azizah

 “What Anwar said is to be strong. This is because this is the sacrifice for the future of our country,”

As she told reporters outside the courtroom in her first reaction to today’s verdict.


 

Berikut pandangan The Malaysian Insider mengenai mereka yang menang dan yang kalah susulan keputusan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan hari ini.

YANG MENANG

1. Tun Dr Mahathir Mohamad

Perdana Menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat ini memecat Anwar pada 1998, kononnya kerana meliwat dan penyalahgunaan kuasa, walaupun ia dilihat sebagai satu langkah mengekang rampasan kuasa dalam parti.

Sejak itu, Anwar merupakan musuh politik nombor satu Dr Mahathir, dan dijatuhi hukuman penjara enam tahun pada 1999. Anwar dibebaskan pada 2004 apabila pengganti Dr Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih pucuk pimpinan.

Anwar dan sekutunya menguraikan pegangan BN pada PRU 2008 dan 2013, mengancam legasi Dr Mahathir dan meletakkan beliau dalam perdebatan sebagai bakal perdana menteri.
Bagaimanapun, sabitannya yang terkini dan hukuman penjara itu mengesahkan beliau tidak akan menjadi perdana menteri.

Ia juga memberi jalan untuk Dr Mahathir menumpukan kempennya bagi memastikan Umno kekal berkuasa, termasuk menghapuskan pemimpin parti yang dirasakannya tidak sesuai.

2. Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah

Peguam Umno itu dipilih untuk mengetuai rayuan pihak pendakwa terhadap pembebasan Anwar atas dakwaan liwat oleh Mahkamah Tinggi pada 2012. Beliau berjaya mengetuai pihak pendakwa di kedua-dua Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Beliau memenangi kedua-duanya, walaupun popularitinya agak malap baru-baru ini apabila timbul berita mengenai surat jaminan menteri dalam negeri pada anak guamnya Paul Phua, yang menghadapi tuduhan di Amerika Syarikat, membuat pertaruhan Piala Dunia di Internet.

Terdapat spekulasi mengatakan kekalahan Anwar akan mengukuhkan peluang Shafee menyandang jawatan peguam negara apabila Tan Sri Abdul Gani Patail bersara tahun ini.

3. Datuk Seri Abdul Hadi Awang

Presiden PAS ini tidak pernah senang dengan Anwar sejak dahulu sewaktu mereka berada di dalam pergerakan pelajar Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pada akhir 70-an.

Dari segi politik juga, mereka tidak sehaluan apabila Hadi menyertai PAS pada 1978 dan Anwar menyertai Umno pada 1982. Anwar dilihat maju dalam Umno dan kerajaan di bawah pimpinan Dr Mahathir sehingga tahun 1998 apabila beliau dipecat.

Pemecatan itu menyatukan mereka semula dalam menentang Umno tetapi persaingan antara mereka dan kelebihan Anwar dari segi kebolehannya mengendalikan kedua-dua politik antarabangsa dan dalam negeri, sentiasa meletakkan Hadi di belakang.

Perubahan kepimpinan Selangor yang dipanggil Langkah Kajang menyaksikan Hadi enggan melayan percaturan dirancang PKR, mengakibatkan kebuntuan dan ketegangan dalam hubungan mereka selama beberapa bulan.

Dengan Anwar dipenjara, Hadi, seorang yang ultra-konservatif, boleh meraih pengaruh yang lebih besar ke atas PR, yang mungkin akan diketuai Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk sementara waktu.

YANG TEWAS

1. Malaysia

Negara dengan 30 juta penduduk ini akan lebih berpecah selepas dua pilihan raya yang memecah belahkan mereka, dan dua perbicaraan liwat yang melibatkan Anwar sejak 17 tahun yang lalu.

Walaupun penyokong Anwar kelihatan kurang pada kes kali ini berbanding ketika beliau disabitkan dengan kes liwat pada tahun 1999, lebih ramai orang mengundi pakatan pembangkang itu berbanding dua pilihan raya sebelum ini.

Sabitan kesalahan liwat yang terbaru menambah kesuraman yang semakin meningkat di dalam negara yang kini berhadapan dengan pendapatan rendah kesan kejatuhan harga minyak dan minyak sawit selain nilai mata wang yang lemah.

Ketidakpastian terhadap status kewangan pelaburan strategik negara, 1MDB, mengaburkan lagi ekonomi negara ketika rakyat bersedia menghadapi cukai GST yang tidak popular itu.

Keputusan terkini kes liwat Anwar juga menarik semula perhatian terhadap badan kehakiman Malaysia dan penghakimannya walaupun Putrajaya dalam hanya 10 minit hari ini, menegaskan badan kehakiman negara bebas dari kuasa eksekutif.

2. Datuk Seri Anwar Ibrahim

Beliau mungkin berkata akan meneruskan perjuangan tetapi pemimpin politik yang popular ini akan genap 68 tahun pada Ogos, dan sebarang pelepasan awal hanya akan berlaku selepas 40 bulan, paling awal pun ketika sudah menjangkau 71 tahun.

Dan dengan halangan menyertai pilihan raya selama lima tahun selepas berakhirnya hukuman penjaranya, Anwar hanya boleh bertanding secara sah apabila berumur 76!

Dalam erti kata lain, hukuman penjara terkini ini hampir membunuh prospek politiknya.

3. Datuk Seri Najib Razak

Bagi perdana menteri, tidak ada orang yang mampu menandinginya baik dalam Umno mahupun BN. Beliau mungkin tidak popular dan prestasinya lebih buruk daripada Abdullah semasa PRU, tetapi beliau tetap satu-satunya pemimpin yang berdaya maju dalam parti pemerintah itu ketika ini.

Lawannya selama ini hanyalah Anwar, yang suatu masa dulu memimpin Najib dan lain-lain di dalam Pasukan Wawasan ketika pemilihan Umno 1993.

Tetapi, dengan Anwar di penjara, membuatkan Najib ibarat sasaran mudah kemarahan dan kekecewaan Dr Mahathir yang semakin memuncak terhadap dasar sosial dan ekonomi perdana menteri itu, selain 1MDB yang sarat dibebani hutang yang memberi kesan kepada kerajaan.

Di peringkat antarabangsa, keputusan Anwar hari ini akan menimbulkan lebih banyak kritikan daripada pemimpin dunia yang selama ini kagum dengan kesederhanaan Najib. Mereka sememangnya bimbang dengan tindakannya berhubung Akta Hasutan, dan keputusan kes Anwar ini akan terus menghakis kepercayaan mereka terhadap perdana menteri ini dalam agenda pembaharuannya.

Najib juga perlu mengambil kira kesan keputusan itu apabila dia seterusnya mengetuai BN pada pilihan raya akan datang. Tuduhan liwat terhadap Anwar sebelum ini berjaya menarik undi yang besar pada 2013, dan kini hukuman penjara beliau hanya akan memberi lebih banyak undi kepada pembangkang.

4. Umno dan Barisan Nasional

Ketidakadilan yang dilihat di dalam keputusan Anwar, dan kurangnya tindakan yang diambil dan hukuman penjara yang panjang terhadap individu di dalam kerajaan yang dikatakan terlibat rasuah, hanya akan menolak orang ramai jauh dari Umno dan parti BN yang lain.

Umno sendiri terbeban dengan tindakan sesetengah pemimpinnya yang mahu mengekalkan kuasa dan menolak penyertaan pemimpin politik muda dalam pertandingan bagi jawatan parti atau kerajaan. Keputusan Anwar hanya akan menarik mereka menyertai PR dan bergerak ke atas dengan lebih cepat.

Begitu juga dengan parti komponen BN yang lain, di mana perbalahan dalaman dan pemimpin lama enggan memberi laluan kepada ahli yang lebih muda, hanya akan menjauhkan rakyat Malaysia yang sedar akan hak mereka dan dapat lebih pengaruh melalui media sosial.

Ketika ini pun, DAP dan PKR mengambil pemimpin muda yang merugikan Umno dan sekutu-sekutunya. Keputusan Anwar akan menambahkan lagi penghijrahan ke PR dan mempercepatkan kematian parti bukan Melayu dalam BN. – 10 Februari, 2015.

– See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/yang-menang-yang-tewas-dalam-liwat-2#sthash.qCET76Ps.dpuf

Itulah politik. Inilah jalan nya

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama anaknya Nurul Izzah meninggalkan Istana Kehakiman. Beliau mengakui bukan mudah mengumpulkan semula kekuatan selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara lima tahun hari ini. – Gambar The Malaysian Insider

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama anaknya Nurul Izzah meninggalkan Istana Kehakiman. Beliau mengakui bukan mudah mengumpulkan semula kekuatan selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara lima tahun hari ini. – Gambar The Malaysian Insider

Dari malaysiakini live

3.17pm:  Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Tan Kar Hing ditahan di belakang Istana Kehakiman ketika polis cuba membawa Anwar beredar daripada bangunan itu.

3.10pm Wan Azizah keluar daripada Istana Kehakiman menuju ke keretanya. Pihak media diminta ke ibu pejabat PKR di Petaling Jaya untuk perkembangan lanjut.

3.05pm: Berlaku tolak menolak antara polis dan penyokong Anwar yang enggan bersurai.

2.45pm: Saiful Bukhari Azlan menulis di blog bahawa keputusan hari ini membuktikan bahawa beliau saksi berwibawa.

2pm: Hakim beredar daripada mahkamah. Anwar memeluk penyokongnya.
1.57pm: Mahkamah mengekalkan hukuman lima tahun penjara seperti diputuskan oleh Mahkamah Rayuan.
16301255069_6eec4ebec7_c
1.38pm: Lima hakim yang mendengar rayuan itu meninggalkan tempat duduk mereka sewaktu Anwar membangkitkan konspirasi politik, termasuk mendakwa mereka “tunduk pada tuan politik” mereka.

“Yang arif boleh mengharumkan nama (dalam keputusan ini). Tetapi yang arif tetap memilih menyebelahi kegelapan,” tambahnya, mendorong hakim mendesaknya agar berhenti.

Apabila Anwar enggan, semua hakim itu meninggalkan tempat duduk mereka.

Dari malaysia insider live

* Keluarga Anwar meninggalkan kompleks mahkamah. Kereta mereka dikelilingi penyokong.

* Anwar dibawa meninggalkan kompleks mahkamah. Orang ramai menjadi kecoh dan mula membaling botol dan bergelut dengan polis. Polis memberi amaran akhir.

* Di luar mahkamah, Unit Simpanan Persekutuan sekali lagi membunyikan siren memberi amaran kepada penyokong supaya berkelakuan baik dan bersurai.

* Anwar dibawa ke lokap mahkamah.

* Apabila hakim kembali, mereka menegakkan hukuman penjara lima tahun atas Anwar seperti yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan sebelum ini.

* Anwar terus bercakap sambil hakim berjalan keluar walaupun Ketua Hakim Tun Arifin Zakaria memintanya berhenti mengecam kehakiman.

* Hakim meninggalkan kamar mahkamah ketika Anwar mengkritik kehakiman dari kandang. “Ini satu pemalsuan yang jelas dan konspirasi politik bagi menghentikan karier politik saya. Penghakiman bertulis yang lengkap diletakkan di laman web pejabat Perdana Menteri beberapa minit selepas Yang Arif menyampaikan penghakiman, malah sebelum hukuman dijatuhkan.”

* Anwar bercakap dari kandang: “Saya terkejut dengan keputusan ini. Saya kekalkan saya tidak bersalah.”

* Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata hukuman lima tahun penjara itu salah dari segi prinsip, menegaskan ia tidak sepatutnya kurang dari hukuman enam tahun yang dijatuhkan semasa kes liwat pertamanya.

* Seorang peguam Anwar, Latheefa Koya, berkata Anwar akan dibawa ke penjara Sungai Buloh.

* Anwar mendukung cucunya yang berusia setahun dan menciumnya. Polis membawa Anwar tetapi membenarkan ahli keluarganya makan tengahari bersamanya.

* Bapa mertua Anwar mengelap airmata sambil saudara lelakinya Idrus berkata: “Mahkamah macam ni, tak perlu komen lah. Saya tak sanggup dengan apa Anwar akan cakap.”

* Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali menangis sambil dipeluk Anwar.

* Siren daripada polis rusuhan dapat didengar ketika penyokong di luar melaungkan ‘reformasi’.

* Anwar kelihatan ceria, begitu juga anaknya Nurul Izzah.

* Laungan ‘reformasi’ kedengaran di mahkamah. – 10 Februari 2015.

 

15865722144_446da2347b_c

ANWAR_IBRAHIM_sodomy_Putrajaya_100215_TMIAFIF_008

Categories: nasional

Nonton Film Winter’s Tale (2014) Online Streaming

February 9, 2015 Leave a comment

new york 1895, Kisah seorang pencuri keturunan irish, yang telah memasuki sebuah rumah yg di huni oleh seorang anak gadis kaya, virgin berumur 21 tahun, gadis tersebut sedang menunggu mati kerana sakit kanser nya yang berada di tahap akhir. Polis yang corrupt telah cuba menangkap beliau dan cuba mencederakan gadis yang cantik ini, maka bermulalah pelarian mereka bersama, mereka balik kerumah bapa mereka yang indah, besar, dan suatu hari ketika pergi majlis dinner and wine, wanita ini telah di racun di dalam minumannya, bermulalah sengsara untuk  si hero. dan seterusnya.

Synopsys

New York City is subsumed in arctic winds, dark nights, and white lights, its life unfolds, for it is an extraordinary hive of the imagination, the greatest house ever built, and nothing exists that can check its vitality. One night in winter, Peter Lake (Colin Farrell), orphan and master-mechanic, attempts to rob a fortress-like mansion on the Upper West Side. Though he thinks the house is empty, the daughter of the house is home. Thus begins the love between Peter, a middle-aged Irish burglar, and Beverly Penn (Jessica Brown Findlay), a young girl, who is dying.

ayuh saksikan filem menarik ini drama, fantasy dan percintaan tanpa iklan, pop up dsb.   http://filmbagus21.com/winters-tale-2014/

Type Movie
Trailer Nonton Trailer
Category
Release Date 21 February 2014 (USA)
Duration 118 minutes
Directed by Akiva Goldsman
Staring
Colin Farrell

,

Jessica Brown Findlay

,

Russell Crowe

,

Tags

http://filmbagus21.com/winters-tale-2014/

Categories: nasional

Untung nasib Anwar ditentukan Esok

February 9, 2015 Leave a comment

Para pemerhati berpendapat, kemungkinan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dibebaskan, namun tangan-tangan ‘politik’ mungkin muncul dan menyaksikan bekas timbalan perdana menteri itu dipenjara buat kali kedua. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Februari, 2015.

Esok, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetahui untung nasib beliau, sama ada hilang kedudukan politiknya, atau dibebaskan daripada dakwaan liwat dan terus kekal sebagai ketua pembangkang dan di sumbat ke penjara Sungai Buluh.

John Malott, bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia: Sukar meneka keputusannya, kerana kes ini bermotifkan politik sejak awalnya, bermula daripada pertemuan Saiful dengan Najib (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak) sebelum pendakwaan difailkan. –

Dr Ooi Kee Beng, timbalan pengarah, Institut Kajian Asia Tenggara: Sekiranya keadilan wujud dalam kehakiman, jika kita ada kehakiman yang tidak dapat disangsikan, saya rasa beliau akan dibebaskan… ia lebih daripada sekadar keraguan yang munasabah.

Lim Chee Wee, presiden Majlis Peguam: Anwar harus dibebaskan, mudah sahaja, kerana bukti yang lemah. Dalam banyak aspek, kebarangkalian mencadangkan pendakwaan terpilih dan konspirasi.

Phil Robertson, timbalan pengarah Hak Asasi Manusia (Asia) Human Rights Watch: Menyedihkan, saya berpendapat beliau akan didapati bersalah. Kebanyakan mereka dalam komuniti antarabangsa, dan kerajaan lain turut mempunyai pendapat yang sama.  Saya berpendapat beliau akan disabit kesalahan kerana kerajaan bertungkus lumus menggunakan sistem yang ada dalam kes ini. Kami berharap mahkamah akan bebas dan tidak berpihak serta membuat keputusan berdasarkan bukti.

graphic_Anwar_trial_infographic_heza_060215_bahasa_(1)

 

Categories: nasional

Ancaman tembak untuk PM Singapura

February 9, 2015 Leave a comment
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong menerima ancaman tembak dan bom dalam catatan di laman Facebook pada 6 Februari lepas. – Gambar fail AFP, 9 Februari, 2015.

Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong menerima ancaman tembak dan bom dalam catatan di laman Facebook pada 6 Februari lepas.– Gambar fail AFP,

 

9 Februari, 2015. Satu laporan polis dibuat susulan beberapa ancaman terhadap Perdana Menteri Lee Hsien Loong, kata jurucakap polis, semalam.

Beliau berkata “siasatan sedang dijalankan”.

Saluran televisyen tempatan, Channel NewAsia (CNA), melaporkan ancaman itu dibuat dalam catatan di laman Facebook pada 6 Februari lepas.

Dalam satu daripada catatan itu, penulis mengugut untuk menembak perdana menteri manakala catatan lain mendakwa satu bom ditinggalkan di Lapangan Terbang Changi.

CNA melaporkan catatan itu turut ditag kepada Lee dan Polis Singapura. – Bernama, 9 Februari, 2015.

 

Categories: dunia
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 288 other followers