Archive

Posts Tagged ‘dnoza’

Anaknya telah menyelamatkan ibunya – Kren Mekah

September 17, 2015 Leave a comment

Child saves his mother from death – Makkah crane

Seperti anak nya telah melihat sesuatu sebelum kejadian berlaku

kita boleh nampak dengan terang dia telah menolak ibu nya,

misteri

kena tengok 3 kali baru nampak – replay

Advertisements
Categories: nasional

Penolakkan doa, rahsia

March 18, 2014 Leave a comment
Categories: agama, tasauf

tasauf: aula du’a

March 12, 2014 Leave a comment
Categories: agama, tasauf

padang timur black505

May 26, 2013 Leave a comment

2013-05-25 21.47.32 black 505, perhimpunan suara rakyat padang timur , padang amcorp mall

pilihanraya 2008 = ada tipu

pilihanraya 2013 = banyak tipu

pilihanraya 2018 = mega tipu

maka Pr tidak akan menang sampai bila bila, kerana,, ada penipuan . tiada jalan lain, membawa nya kemahkamah atau turun ke jalan raya. Penghujung jalan kepada penipuan ini ialah mereka akan adakan rally di dataran merdeka with or without permit,

Hanya ada 29 tempat yg mereka syaki ada penipuan, yang mana mereka akan membuat petisyen kelak, tempat lain parlimen dan adun, adalah ok (kerana tiada bukti). kemudian atas sebab dakwat kekal, tidak tahu sebab apa, yang mana SPR tidak membenarkan demostrate dahulu dakwat tersebut. Akhirnya dakwat boleh di padam, dan boleh re-undi. Memang ada bukti banyak yang mereka akan membawa ke mahkamah terutama warga myanmar, bangladesh, indonesia dan combodia mempunyai i,c dan terus mengundi,  ada beberapa tempat pula yang pelik iaitu ,, ujud undi lebih dari kertas yang di keluarkan.  Dan banyak lagi…….

Jika mahkamah menerima petisyen ini di 29 tempat samaada memberi kemenangan atau re-undi balik,  jika Pr menang mereka boleh dan akan menguasai Putra jaya. Adakah PR boleh memerintah? wallahu a’lam

Secara jelas semalam, Mereka berkata mereka tidak boleh menunggu 5 tahun lagi,

suasana luar padang

Ito nyanyi ,

Categories: politik

Hudud oh hudud! Dr Mohd Asri Zainul Abidin

August 30, 2012 3 comments
Hudud oh hudud!
  • Dr Mohd Asri Zainul Abidin
  • 4:16PM Ogos 30 2012
 

ULASAN Isu hudud dalam negara kita sering kali dipolitikkan atas pelbagai kepentingan. Umno dalam rekodnya tidak bersetuju cadangan hudud yang PAS bawa.

Ketidaksetujuan itu boleh ditafsirkan atas pelbagai alasan; ada yang munasabah dan ada yang tidak munasabah. Hari ini nampaknya Umno macam mula berubah.

PAS sejak dahulu menyebut tentang perlaksanaan hudud sehingga kelihatan pada mata umum PAS dan hudud bagaikan isi dan kulit. Seolah-olah matlamat utama kenegaraan PAS ialah menegakkan hudud.

Ini agak menarik, di kala kebanyakan gerakan Islam di seluruh dunia tidak lagi memperkatakan tentang undang-undang jenayah hudud, PAS masih.

Gerakan-gerakan Islam yang mendapat kerajaan di Mesir, HAMAS di Palestin, di Libya dan Tunisia meninggalkan tajuk hudud buat masa ini, tetapi PAS terus dengan slogannya.

Pertikai Hukum

Saya meyakini keikhlasan YAB TG Nik Abd Aziz Nik Mat. Saya banyak kali bersembang dengan beliau secara peribadi, ternyata hasrat Islam beliau begitu mendalam. Islam itu cuba dilahirkan dalam amalan peribadinya sehingga kepada usaha-usaha politiknya.

NONENamun, tidak semestinya hal yang sama ada dalam diri setiap pembicara atas nama hudud. Sebahagian kadang-kala mengelirukan pihak lain terutama non-Muslim dalam negara kita.

Saya mencadangkan pembaca yang membaca tulisan ini turut membaca artikel saya “Hudud dan Beberapa Gambaran Salah”.

Kita tidak boleh mempertikaikan hukum Allah, tetapi kita boleh mempertikaikan cara perlaksanaan dan pentafsiran hukum berkenaan oleh manusia. Ini seperti kita tidak boleh mempertikaikan syariat haji, tetapi kita boleh mempertikaikan amalan haji individu tertentu jika ia tidak bertepatan.

Kita tidak boleh mempertikaikan sistem muamalat al-Quran dan Sunnah, tetapi kita boleh mempertikaikan bank, pajak gadai, syarikat, koperasi dan lain-lain yang menggunakan nama Islam dalam operasi mereka jika kita dapati ia tidak menepati semangat Islam yang sebenar.
Read more…

Categories: agama, nasional, pendidikan

Bukan 4 tapi 6 isteri

March 7, 2012 Leave a comment

KOTA BHARU: Bermodalkan air liur dan putar belit, seorang lelaki berusia 50-an di sini, dikatakan licik menipu empat isterinya untuk bertindak gila dengan menambah dua lagi ‘cawangan’ menjadikan jumlah keseluruhan isterinya enam.

http://www.hmetro.com.my/articles/Bukan4tapi6isteri/Article

Lelaki itu didakwa mengahwini isteri kelima di negara jiran pada Mac tahun lalu dan selang sebulan selepas itu mengahwini pula seorang wanita berstatus janda di tempat sama.

Dakwaan mengejutkan itu didedahkan seorang ahli keluarga terdekat lelaki terbabit yang tidak sanggup melihat saudaranya itu bergelumang dengan dosa.

Waris yang hanya mahu dikenali sebagai Hani, 40, berkata, dia terkejut kerana saudaranya itu berani melanggar hukum Islam apabila memiliki enam isteri serentak.

BUKTI...Hani menunjukkan dua salinan sijil perkahwinan isteri kelima dan keenam yang dinikahi saudaranya.
BUKTI…Hani menunjukkan dua salinan sijil perkahwinan isteri kelima dan keenam yang dinikahi saudaranya.
“Saya hairan bagaimana perkara ini boleh berlaku kerana ini kesalahan serius. Mempunyai lebih daripada empat isteri melanggar hukum agama dan perkahwinannya dengan isteri kelima dan keenam sepatutnya tidak sah,” katanya ketika ditemui, semalam.
Categories: nasional

Saudi,lapangan terbang kira-kira tiga kali ganda akan datang

December 13, 2011 Leave a comment

Saudi airport akan dibesarkan 3 kali ganda lagi

Arab Saudi merancang untuk membesarkan lapangan terbang kira-kira tiga kali ganda dalam saiz modal dalam tempoh lima tahun akan datang, kata seorang pegawai kanan penerbangan awam pada hari Isnin, lalu lintas penumpang meningkat dengan cepat.

Riyadh adalah salah satu daripada 27 di dalam kerajaan. Trafik lapangan terbang Arab Saudi telah mencapai 50 juta penumpang setahun dan dijangka melebihi 80 juta dalam tempoh 10 tahun akan datang, kata pegawai itu.

Kerajaan Saudi merancang projek-projek dolar berbilion-bilion untuk mengembangkan lapangan terbang untuk memenuhi pertumbuhan ini.

“Terminal akan dibina semula dan diperluas untuk … tiga kali saiz semasa, “Ali al-Zahrani, ketua pengarah untuk perancangan korporat di Pihak Berkuasa Am untuk Penerbangan Awam, berkata kira-kira pengembangan lapangan terbang Riyadh.

“Kami telah membangunkan satu pelan induk yang komprehensif dengan reka bentuk konsep untuk empat terminal yang akan meningkatkan kapasiti di Riyadh airport 12000000-24000000,” Zahrani kepada Reuters di luar acara di Jeddah.

Zahrani yang berkata beliau tidak dapat memberi anggaran kos projek tetapi berkata bahawa ia sama ada akan menjadi kerajaan yang dibiayai atau bahawa ia akan mengeluarkan sukuk atau bon Islam, untuk membiayai pengembangan.

“Kami menjangkakan projek itu akan dilakukan dalam tempoh lima tahun akan datang,” katanya.

Categories: dunia, variety