Archive

Posts Tagged ‘KUALA LUMPUR’

Wifi akan di pasang untuk semua bas Transnasional

February 6, 2013 Leave a comment

YES yang juga rangkaian 4G termaju di dunia, hari ini mengumumkan revolusi kerjasama dengan Konsortium Transnasional Berhad selaku syarikat bas ekspress terbesar di Malaysia yang membawakan kemudahan WiFi mudah alih kepada penumpangnya bagi bas NICE dan Plusliner sebelum Tahun Baru Cina ini.

Perkhidmatan WiFi Yes 4G Wi-Fi  ke WiFi termasuk laptop, iPhone, iPad dan telefon serta tablet Android.

Perkhidmatan WiFi Yes 4G Wi-Fi ke WiFi berkelajuan tinggi untuk  laptop, iPhone, iPad dan telefon serta tablet Android.

Perkhidmatan WiFi Yes 4G Wi-Fi membolehkan penumpang NICE dan Plusliner menikmati Internet mudah alih berkualiti tinggi dan berkelajuan pantas di perkhidmatan bas masing-masing kepada mana-mana peranti yang boleh dihubungkan ke WiFi termasuk laptop, iPhone, iPad dan telefon serta tablet Android.


 
Wi-Fi Signal logo

Wi-Fi Signal logo (Photo credit: Wikipedia)

Bermula 5 Februari 2013, penumpang NICE dan Plusliner mampu menikmati kemudahan terbabit secara percuma dengan kuota sehingga 30 megabait cukup untuk ‘stream’ 10 lagu, pindah turun 30 foto atau membaca 400 e-mel. Untuk menambah kapasiti terbabit, penumpang boleh membeli kuota sebanyak 500 megabait lagi dalam satu kad pada harga RM5 sebelum menaiki bas atau di dalam bas NICE.

Advertisements
Categories: ekonomi, gaya hidup

Warga Nigeria buat hal lagi, buka gereja lak

February 5, 2013 Leave a comment

 Macam macam hal Warga Nigeria ni,, daripada scam tipu rakyat tempatan dengan ayat2  cinta,  dengan mabuk, dengan dadah, dengan black money, sekarang ni lak buka gereja sendiri dan lantik diri sendiri jadi pastor. (paderi) , sapatah tauliah dia, ustaz nak bagi ceramah pon kena ada tauliah, kena ada surat, Camna nak buat ni yer…

Anggota Imigresen menahan  warga Nigeria yang menyalahgunakan pas  pelajar dengan menjadi seorang pastor di sebuah gereja   pada  ‘Ops Mahir’  semalam. Anggota Imigresen menahan warga Nigeria yang menyalahgunakan pas pelajar dengan menjadi seorang pastor di sebuah gereja pada ‘Ops Mahir’ semalam.

Rakyat Nigeria salah guna pas buka gereja tanpa kebenaran

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pelajarjadipaderiditahan/Article

Kuala Lumpur: Seorang lelaki warga Nigeria ditahan selepas didapati menyalahgunakan pas pelajarnya dengan menjadi seorang pastor di sebuah gereja tidak berdaftar di Taman Connaught, Cheras di sini, semalam.

Enam lagi rakan senegaranya turut ditahan kerana didapati tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan sah selepas anggota Jabatan Imigresen Kuala Lumpur membuat pemeriksaan mengejut menerusi Ops Mahir di gereja terbabit jam 12 tengah hari semalam.

Penolong Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Imigresen Kuala Lumpur, James Musa Singa, berkata pemeriksaan itu dilakukan selepas menerima aduan dan maklumat awam berhubung wujud aktiviti mencurigakan di premis terbabit.

“Berikutan aduan itu, Unit Risikan menjalankan pemantauan di lokasi terbabit selama dua minggu untuk memastikan aktiviti yang berlaku di premis yang tidak mempunyai papan tanda itu.

“Hasil pemeriksaan itu terbukti premis itu bukan saja digunakan sebagai tempat ibadat tanpa kelulusan bahkan pastor yang juga warga asing turut menyalahgunakan pas pelajar,” katanya semalam.

Selesai dengar khutbah
Beliau berkata, ketika pemeriksaan dilakukan, ada lebih kurang 30 pengikut yang baru selesai mendengar khutbah di gereja terbabit dan kebanyakan mereka adalah warga Nigeria, termasuk dua wanita tempatan.

“Ketika pemeriksaan, enam daripada mereka didapati tiada dokumen perjalanan yang sah.

“Siasatan awal juga mendapati pastor terbabit menyewa premis berkenaan yang boleh membuatkan 50 orang serta menyediakan kelengkapan termasuk kerusi, pentas ceramah, serta alat muzik,” katanya.

Photo of the Kuala Lumpur, Malaysia.

kecantikan Kuala Lumpur, Malaysia. (Photo credit: Wikipedia)

Jalankan siasatan
James berkata, pihaknya akan menyiasat dari mana pastor terbabit mendapat dana, termasuk kemungkinan dibiayai aktiviti penggubahan wang haram.

Semua warga Nigeria berusia antara 27 hingga 38 tahun itu ditahan di Depoh Tahanan Pejabat Imigresen Kuala Lumpur dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002).

Categories: nasional

Amanat Hadi: Menilai dengan adil

January 4, 2013 Leave a comment
PAS President, Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul...

PAS President, Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang (Photo credit: Wikipedia)

Isu amanat Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedang dibangkitkan menjelang pilihan raya ke-13 ini. Walaupun amanat tersebut lebih daripada 30 tahun usianya, namun seperti biasa politik mampu membangkit-ungkit apa sahaja.

Kedua belah pihak – kerajaan dan pembangkang memakai pendekatan yang hampir sama. Cumanya, ‘kelebihan’ kerajaan di negara kita ini ia menggunakan media awam demi tujuan politik kepartian.

Saya tidak pasti apakah jika pembangkang hari ini jika berkuasa akan menggunakan pendekatan yang sama ataupun tidak?

 

Amanat Haji Hadi itu berbunyi:

“Saudara-saudara sekelian percayalah, Kita menentang Umno, bukan kerana nama dia Umno. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliah.

“Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka. Percayalah saudara-saudara sekalian, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad.

“Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam.

“Kita tidak perlu masuk Buddha, kita tidak perlu masuk Hindu, kita tidak perlu masuk Kristian, tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’.”

Fatwa-fatwa Pantai Timur

Saya ingin mengajak pembaca melihat isu amanat ini di luar dari kerangka fanatik kepartian, sebaliknya menelusurinya secara fakta dan rasional.

Amanat Haji Hadi itu dibuat pada tahun 1981 dalam ceramahnya pada 7 April di Kampung Banggol Peradong. Ketika itu saya masih lagi bersekolah rendah. Saya rasa bukan Abdul Hadi yang menamakannya amanat, sebaliknya ia adalah inisiatif orang PAS sendiri.

Apakah amanat ini satu-satunya punca sebahagian orang PAS mengkafirkan Umno? Saya tidak pasti. Namun kita tahu, ramai guru-guru agama yang lain yang pro-PAS juga mengkafirkan Umno. Ada sesetengah tokoh agama yang mengkafirkan Umno ketika itu kemudiannya masuk Umno dan mendapat pelbagai jawatan.

Saya sendiri pernah berjumpa orang PAS yang mengkafirkan Umno. Bahkan saya pernah berjumpa mereka yang mengharamkan bersekolah di sekolah kerajaan kerana kononnya ‘sekular’ dan seumpamanya.

Ertinya, kafir-mengkafir disebabkan perbezaan parti politik telah berlaku dalam sejarah umat Islam dalam negara ini. Fatwa-fatwa PAS terutamanya dari Pantai Timur telah mencetuskan fenomena tersebut.

YB Dr Mujahid Yusuf, seorang ahli Parlimen PAS, tokoh reformis dalam PAS dan anak bekas presiden dan mursyidul am PAS dalam bukunya Menuju PAS Baru menghuraikan isu ketika itu dengan menyebut:

“Akibatnya berlakulah isu kafir-mengkafir di mana tanggapan bahawa menyokong Umno adalah sesuatu yang bertentangan dengan sikap Islam dan dengan sebab itu boleh jatuh kufur kerana Umno parti sekular yang menolak Islam… penghujahan atas garis-garis fikah yang premisnya adalah batas-batas kekufuran telah membawa agenda politik menjadi terlalu pekat dengan adunan ‘fatwa’ sehingga PAS diheret dalam kancah ini, malah ‘Amanat Haji Hadi’ telah dijadikan alasan kepada berlakunya semua kemelut ini.” (ms 115. Kuala Lumpur: Malaysian Insider Sdn Bhd).

Mungkin Abdul Hadi sendiri tidak pernah menyebut Umno kafir secara jelas, namun sikap kebanyakan tokoh PAS yang tidak menangani isu-isu mengkafir ataupun seakan membiarkan orang awam PAS mengkafirkan orang Umno sehingga berlaku dua imam, tidak makan sembelihan, tidak menjawab salam dan lain-lain ketika itu, amat mendukacitakan.

Konteks

Dalam memahami sesuatu teks, kita wajar melihat kepada konteks. Hakikatnya, pendekatan PAS ketika itu bukanlah asing jika dilihat kepada perkembangan gerakan Islam secara keseluruhan. Pada tahun 70-an dan 80-an kebangkitan Islam berlaku di Asia. Kesedaran tentang perlunya umat Islam kembali kepada Islam dan menghapuskan unsur-unsur penjajahan kedengaran di sana-sini.

Buku tokoh-tokoh gerakan Islam di Timur Tengah menjadi menu penting para aktivis ketika itu. Buku-buku itu ditulis oleh tokoh-tokoh berkenaan dalam keadaan tekanan yang berat oleh rejim-regim Arab yang sangat zalim dan khianat.

Mereka juga biadap terhadap Read more…

Categories: nasional

AFF: AirAsia tawar tiket paling murah ke Bangkok

December 7, 2012 Leave a comment

Penawaran itu bergantung kepada kekosongan penerbangan. Kita masih tidak tahu berapa ramai penyokong yang benar-benar ingin ke sana (Bangkok). Ingat bebetul 100 percent murah, rupanya bergantung kpd tempat duduk kosong, barulah harganya akan di murahkan… ayya.. anyway,,tq airasia

6 Disember 2012

KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia sedia menawarkan tiket pergi-balik ke Bangkok dengan harga paling murah kepada penyokong Harimau Malaya bagi menyaksikan perlawanan separuh akhir kedua antara Malaysia menentang Thailand, Khamis depan.
   
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Tan Sri Tony Fernandes telah menyatakan persetujuan berhubung perkara tersebut.
   
“Penawaran itu bergantung kepada kekosongan penerbangan. Kita masih tidak tahu berapa ramai penyokong yang benar-benar ingin ke sana (Bangkok). Saya sudah berbincang dengan FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) untuk mendapatkan jumlah mereka yang mahu ke sana.
   
“Kita akan menyediakan penerbangan ‘charter’ dan jika sekadar 100 atau 200 orang, ia tidak akan memberi impak yang besar. Kita mahu beribu orang ke sana,” katanya pada sidang media Kejohanan Skuasy Terbuka Remaja Antarabangsa Redtone KL 2012, di sini hari ini.
   
Skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal itu akan beraksi pada perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2012 menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada Ahad ini.

Perlawanan timbal balik bakal diadakan di Stadium Supachalasai, Bangkok pada 13 Dis.
   
Mengulas lanjut, Ahmad Shabery berkata jika mendapat sokongan menggalakkan, perkhidmatan bas akan turut disediakan dari lapangan terbang di Bangkok ke Stadium Supachalasai.
   
“(Bagaimanapun) Pada masa ini, kos penerbangan, harga tiket, perkhidmatan bas, serta keperluan lain masih dalam perbincangan,” katanya – Bernama

Categories: sport

Bijih nadir bumi tiba di Kuantan, dikawal ketat polis

November 22, 2012 Leave a comment
Stop Lynas, Save Malaysia

Stop Lynas, Save Malaysia (Photo credit: cumi&ciki)

Akhirnya Bijih nadir bumi tiba di Kuantan, dikawal ketat polis

 

dikemaskini Lebih 100 kontena yang mengandungi bijih nadir bumi telah tiba di Pelabuhan Kuantan hampir tengah malam semalam di bawah kawalan ketat luar biasa pihak polis.

Pengerusi Gabungan Stop Lynas, Andansura Rabu, yang berada di pelabuhan, memberitahu Malaysiakini bahawa sebilangan besar anggota polis dan kakitangan Lynas berada di dok malam tadi.

azlanMenurutnya, kira-kira 102 kontainer tiba di Pelabuhan Kuantan pada kira-kira jam 11 malam, yang beliau syaki mengandungi bahan mentah untuk loji nadir bumi Lynas di Gebeng.

Sementara itu, Lynas telah mengeluarkan satu kenyataan ringkas hari ini mengesahkan berita tersebut.

Lynas Corporation ingin mengumumkan bahawa kira-kira 100 kontena nadir bumi pekat kini telah tiba di Kuantan,” umum Lynas dalam lamanweb rasminya hari ini.

Pada Isnin, Lynas mengumumkan pemprosesan bahan mentah akan
bermula bulan depan selepas memenangi kes mahkamah terhadap aktivis yang menentang kehadiran loji, yang bimbang bahaya sisa radioaktif.

Menurut Andansura, pengangkutan kontainer tersebut ke loji tersebut, sejauh kira-kira 7km jauhnya bermula antara jam 1 pagi hingga 2 pagi.

Katanya, ia dipindahkan oleh trak kontena yang diiringi oleh pihak pollis dan proses itu masih berterusan pada 8 pagi.

Tiada gambar dibenarkan

Walaupun dokumen pelabuhan tidak menyatakan bahan yang disimpan di dalam kontena tersebut, Andansura berkata kehadiran ramai polis mendorongnya untuk mempercayai bahawa ia adalah bijih nadir bumi dari Australia.

Beliau juga mendakwa bahawa polis telah menutup jalan utama dari pelabuhan ke loji tersebut, dan menggunakan tiga kereta polis untuk mengiringi trak kontena itu. Terdapat dua lagi kenderaan polis yang diletakkan di pelabuhan.

Polis menghalang Andansura dan beberapa aktivis anti-Lynas yang lain daripada mengambil gambar dan mereka berulangkali dilarang dari menghampiri kawasan itu.

Dalam satu kenyataan rasmi lewat pagi ini, Lynas mengesahkan bahawa kira-kira 100 kontena nadir bumi pekat kini telah tiba di Kuantan, dan sebahagian besar kontena tersebut kini  telah sampai di loji Lynas (Lamp).

Lynas menjangka bahawa suapan pertama ke dalam tanur dan permulaan operasi di Lamp akan berjalan dalam dalam hari-hari akan datang.

Kontena itu tiba ketika gabungan anti-Lynas Himpunan Hijau sedang mengadakan perarakan sejauh 300km dari Kuantan ke Kuala Lumpur, manakala satu lagi kumpulan SMSL (Save Malaysia, Stop Lynas) berada di Australia untuk melobi menentang loji tersebut.

Categories: nasional

Chong Wei berkata, kesabaran Mew Choo’s won him over

November 11, 2012 Leave a comment
Love birds: Lee Chong Wei and Wong Mew Choo posing during one of their photoshoots at the Sepang Gold Coast Palm Tree Resort Thursday. —KELVIN CHUAH/Anovia Bridal

Selepas menunggu selama 11 tahun, dan menjaga kehidupan rahsia cintanya, dunia No 1 Lee Chong Wei akhirnya bersedia untuk mengikat simpul dengan Wong Mew Choo pada 10 Nov di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

http://thestar.com.my/sports/story.asp?file=/2012/10/12/sports/12163140&sec=sports

Dan semalam Chong Wei, yang akan bertukar 30 pada Okt 21, akhirnya membuka sedikit untuk mendedahkan bahawa ia adalah kesabaran Mew Choo yang memenangi hatinya.

“Saya telah dikenali Mew Choo sejak zaman junior saya dan kami telah masuk dan keluar dari hubungan selama 11 tahun yang lalu. Sudah tentu, terdapat salah faham tetapi dia sentiasa berdiri oleh saya, “kata Chong Wei.

“Dia tahu saya dan suka saya walaupun ketika saya tiada siapa … dan dia tidak pernah berubah. Beliau telah menunggu saya untuk masa yang lama dan saya memutuskan bahawa ia adalah masa untuk mengahwininya. Beliau adalah salah seorang wanita penyabar dan Saya suka akan kualiti dalam dirinya. ”

Rancangan perkahwinan hampir datang asal apabila nenek Mew Choo meninggal dunia baru-baru ini.

Menurut adat Cina, mereka perlu berkahwin dalam tempoh 100 hari pengebumian atau menunggu selama tiga tahun lagi.

“Kami membincangkan dan memutuskan untuk membuat perancangan awal untuk majlis perkahwinan. Ia akan menjadi terlalu lama jika saya menunggu tiga tahun lagi! “Katanya berjenaka.

Chong Wei dan Mew Choo, badminton perseorangan wanita utama negara sehingga dia bersara baru-baru ini, menghabiskan masa selama tiga jam dalam pemotretan di Sepang Gold Coast Palm Tree Resort.

I have a long list of friends but I am not sure whether they will turn up. The China Open is from Nov 13-18 and is too close to the wedding. In fact, I have not decided whether I will compete in the Super Series event,” he said.

English: brazzabelle

Mew Choo (Photo credit: Wikipedia)


With the China Open just two days after his wedding, it is not clear if members of Chinese team, including Lin Dan and his wife Xie Xingfang, will show up for Chong Wei’s special day.

Categories: sport

Muhammad Muqharabbin Mokhtharuddin atau Qobin berjaya menamatkan misi terakhir Ekspedisi 7 Puncak, 7 Benua, 7 Nilai

June 21, 2012 Leave a comment

Ketika menawan Everest P3

SEPANG: Pendaki negara, Muhammad Muqharabbin Mokhtharuddin atau Qobin berjaya menamatkan misi terakhir Ekspedisi 7 Puncak, 7 Benua, 7 Nilai, dengan menawan Gunung Elbrus, gunung tertinggi di benua Eropah, pada 13 Jun lalu.

Ia adalah percubaan kali ketiga Qobin, 30, untuk menawan puncak Elbrus selepas dua kali gagal menaklukinya tahun lepas akibat masalah cuaca.

Kejayaan itu sekaligus menjadikan beliau antara 400 pendaki terawal di dunia yang menamatkan ekspedisi tujuh puncak tujuh benua.

Bercakap kepada pemberita sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini, beliau berkata, kejayaan itu adalah hadiah istimewa untuk rakyat Malaysia serta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang banyak memberi sokongan kepada usaha berkenaan.

“Pendakian kali ini juga dipermudahkan dengan bantuan Allah SWT. Cuaca dan kesihatan juga baik. Lapan daripada 19 pendaki berjaya menamatkan misi ini dan selebihnya tidak dapat meneruskan pendakian akibat perjalanan yang masih panjang dan faktor kesihatan,” katanya yang berlepas ke luar negara pada 7 Jun.

Qobin memulakan pendakian beliau di Gunung Everest (Benua Asia), gunung tertinggi di dunia pada tahun 2004 dan menyempurnakan baki pendakian di enam puncak di enam benua yang lain pada 2010 hingga 2012.

Ekspedisi 2010 bermula di gunung Kilimanjaro (Benua Afrika), gunung Kosciousko (benua Australasia), Gunung Aconcagua, Argentina (Benua Amerika Selatan), Gunung Vinson Massif, Antartika dan gunung Mc Kinley, Alaska di benua Amerika Utara pada tahun lepas.
Antara cabaran yang ditempuhi sepanjang pendakian adalah terpaksa berhadapan dengan ribut salji, menempuhi pendakian yang panjang selama 20 jam, rekahan salji, karenah birokrasi, perbezaan bahasa, cuaca yang tidak menentu serta mengalami kecederaan fizikal.

Sementara itu, beliau yang juga Presiden Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia sedang giat melatih beberapa pendaki muda termasuk atlet pejalan kaki negara Siti Hanisah Sharuddin untuk mendaki puncak Gunung Everest dari sebelah Tibet pada tahun depan dan tujuh puncak lainnya dalam masa dua tahun.

“Kami akan membantu dan memberi dorongan kepada dua rakan yang ingin mendaki Gunung K2 iaitu gunung paling bahaya dan kedua tertinggi di dunia. Mendaki gunung K2 adalah antara impian paling dahsyat kebanyakan pendaki,” katanya.

Mengenai perancangannya selepas ini Qobin berkata selain menguruskan mereka yang ingin mendaki gunung, beliau juga akan menumpukan perhatian kepada perniagaan, menguruskan program-program melibatkan belia dan memberi motivasi kepada rakyat Malaysia.

Muqharabbin Mokhtharuddin atau Qobin berjaya menamatkan misi terakhir Ekspedisi 7 Puncak, 7 Benua, 7 Nilai, dengan menawan Gunung Elbrus, gunung tertinggi di benua Eropah, pada 13 Jun lalu.

“Saya juga akan melatih seramai 12 anak muda untuk berenang di selat Inggeris. Tetapi kalau ada peluang untuk mendaki selepas ini, saya akan lakukan lagi tetapi ia bergantung kepada kelapangan saya,” katanya.

Sementara itu, Siti Hanisah, 22, yang menjadi wanita pertama Malaysia yang berjaya mendaki gunung Elbrus menyifatkan ia adalah pengalaman yang amat berharga kepadanya kerana ini kali pertama beliau menyertai misi itu.

“Cabaran untuk naik itu banyak memandangkan ini cubaan kali pertama. Antaranya terpaksa melalui laluan yang sempit dan mengharungi jurang yang tinggi dan dalam,” katanya yang berkhidmat dengan Tentera Laut Diraja Malaysia.

Mengenai persediaan untuk mendaki gunung Everest, beliau berkata latihan pendakian akan dilakukan bermula di gunung Kilimanjaro pada Oktober ini serta gunung Aconcagua pada Januari depan. – BERNAMA

Categories: dunia, nasional, pendidikan