Archive

Posts Tagged ‘pkr’

The Simpsons “meramalkan” presiden akan datang Donald Trump !!! Programming ramalan Illuminati!

October 17, 2015 1 comment

Semua sedang di setting dan ia sedang berjalan.. dan apabila ‘the simsons’ kartun ini membuat ramlan itulah kebiasaannya akan terjadi

Dailymail, telah melihatnya dahulu, Para blogger netcitizen dI US berkata sekali lagi Simpsons telah berjaya ditangkap membasuh otak orang ramai dengan program ramalan syaitan mereka

The Simpsons “PREDICTED” a Donald Trump presidency !!! Illuminati Predictive Programming!

its not cuincidence  , finally its – phenomenon

lluminati. then the media continue play their role ,and whoever control the media, controls the mind

Categories: dunia, politik

Azizah kecewa media hentam Anwar

February 25, 2012 Leave a comment
Untuk politik, manusia sanggup buat apa sahaja, begitu juga PAs UMno Pkr DAP dan parti politik yang lain, semua mereka tidak terlepas semua akan ‘mengikut agenda arah politik masing masing mengikut kesesuaian sesuatu keadaan dan waktu ketika itu’, daripada hukuman asal  sesuatu yang haram kepada harus, harus menjadi wajib dan sebaliknya,  Dan lebih malang lagi jika agama, di salah tafsir semata mata untuk kepentingan politik tersebut. Ahli Politik sanggup lakukan lebih dari itu daripada dosa hasut , fitnah,  ugutan, kecederaan dan akhirnya kepada pembunuhan, 
‘Huzaifah berkata: Aku dengar Rasulullah s.a.w bersabda: Fitnah akan melekat di hati manusia bagaikan tikar yang dianyam secara tegak-menegak antara satu sama lain. Mana-mana hati yang dihinggapi oleh fitnah, nescaya akan terlekat padanya bintik-bintik hitam
Tegak menegak bermaksud, sulaman itu kuat ia tidak dapat lari dari ruang, yakni semua permukaan akan terkena, samaada cerita itu benar atau tidak. Bintik hitam akan terhasil dan akan membuatkan orang yang pada mula nya tidak mempercayai (syak, dzan, waham) akan mula menjadi was was atau akan mula mempercayai.
 
Azizah kecewa media hentam Anwar
Wartawan Sinar Harian
Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail

SEREMBAN – Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail membidas tindakan kerajaan yang sering menghentam suaminya melalui media arus perdana.

Wan Azizah berkata, setiap malam pasti ada berita atau isu diperbesarkan kerajaan, bagi menimbulkan rasa benci rakyat terhadap suaminya.

Menurutnya, banyak perkara dan isu rakyat perlu diketengahkan, selain daripada cerita memburukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Rakyat Malaysia dibelenggu dengan pelbagai isu lebih besar, antaranya kenaikan harga barang, penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan skandal lagi.

“Apakah tiada isu lain, selain daripada memaki dan memfitnah suami saya? Media pula umpama tiada berita lain mahu disiarkan,” katanya pada Majlis Jamuan Rakyat dan Ceramah Perdana di Felda Palong 6, Jempol, di sini, malam kelmarin.

Wan Azizah berkata, beliau kini hanya mampu berserah dan bersyukur dengan ketentuan Tuhan.

Categories: politik

gambar dan video: Anwar didapati tidak bersalah, peguam negara harus letak jawatan

January 9, 2012 Leave a comment

Datuk  Najib nampak nya lebih bersifat terbuka dan sedang melakukan benar benar transformasi yang mana tidak mencampuri urusan pembacaan akhir kes mahkamah

Karpal: Anwar telah banyak merana. Trauma yang dialami oleh keluarga ..., dan mereka harus dibiarkan bersendirian

Anwar didapati tidak bersalah, Hakim memutuskan untuk tidak menerima bukti DNA.

Pada peringkat akhir pembelaan, beban membuktikan mesti melampaui keraguan munasabah. Dan Anwar dibebaskan, Peguam negara harus letak jawatan kerana tidak ada bukti yang boleh mengsabitkan kesalahan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, berpuluh juta duit rakyat telah digunakan dalam prosiding ini, tidak kiralah siapa dibelakang Peguam negara samada UMNO atau mereka yang mengadakan kospirasi buruk ini. Dia harus meletakkan jawatan, untuk membersihkan negara pada pandangan rakyat malaysia dan dunia memerhati kan nya. Setelah hujahan demi hujahan dan pendakwa dan penguambela bersetuju tiada ada penetration berlaku bagaimana ini boleh pula menjadi ‘satu kes’ dan mempunyai merit. Ia adalah konspirasi tertinggi untuk memalukan, menghancurkan dan hanya untuk menghapuskan kredibility dia sebagai bakal Perdana menteri kelak. 

Sorak gembira

Mendapat liputan luas di seluruh muka akhbar dunia, New York times mengatakan Walaupun kes itu secara meluas dikutuk oleh pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia dan suara-suara yang terkenal di Barat, termasuk bekas Naib Presiden Al Gore dan Paul D. Wolfowitz, bekas timbalan setiausaha pertahanan, perbicaraan itu dijangka berakhir dengan sabitan. Yang akan `mengenepikan Encik Anwar untuk pilihan raya akan datang negara, yang dijangka akan berlaku selewatnya akhir tahun ini.

Anwar berkata kepada pemberita Al;jazeera bahwa bagaimana dia telah membawa masuk pakar pakar asing untuk mengenepikan setiap single bukti yang dibawa oleh pihak pendakwa, Hakim juga sebelum ini telah menerima  membawa masuk bukti yang tidak betul membawa bukti bukti yang tidak ada hujahan  langsung, menghalang pihak pembelaan membawa bukti bukti dan tiada medical examination, disetiap negara yang menggunakan pakai  rule of law di dunia ini perlukan bukti perlukan saksi untuk memberi keterangan mereka di mahkamah  dan ia tidak terjadi didalam kes saya ini, apalah yang boleh kita katakan kes ini ialah sebuah kes politik (konspirasi) 

Dengan melepaskan Anwar nampaknya Kerajan BN yang di terajui oleh Datuk  Najib nampak nya lebih bersifat terbuka dan sedang melakukan benar benar transformasi yang mana tidak mencampuri urusan pembacaan akhir kes mahkamah serta bakal dan cuba untuk mengekalkan pemerintahan nya untuk melakukan kesinabungan meneruskan kejayaan BN dan Umno seperti yang sebelumnya. Dan ini boleh dan pasti telah menaikkan nama Najib atas keterbukaan dan transformasinya itu, untuk menarik undi mereka mereka yang berada diatas pagar khasnya dalam pemilihan PRU ke13 kelak.

`


`

`

Categories: nasional

Chegubard mahu terbit brocure cincin RM24 juta, dan kisah pembaziran gaya hidup

October 16, 2011 Leave a comment
Chegubard mahu terbit brocure cincin RM24 juta, dan kisah pembaziran gaya hidup Datin Rosmah Mansur
  S Pathmawathy
10:57AM Okt 15, 2011
 

Tidak puas hati dengan penjelasan mengenai kontroversi cincin berlian bernilai RM24 juta, aktivis akar umbi, Badrul Hisham Shaharin memutuskan untuk menerbitkan brosur 16 muka bagi mendedahkan kebenaran di sebalik perkara tersebut.

badrul hisham shaharin altantuya police questioning 290509 03Badrul, yang lebih dikenali sebagai Chegubard, menerajui kumpulan anak muda yang dikenali sebagai Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Katanya, selain menerbitkan bukti asal mengenai cincin
tersebut, brosur itu juga akan turut memuatkan jumlah pembaziran dan gaya hidup mewah orang yang didakwanya “bergaya sebagai wanita pertama Malaysia.”

Majlis pelancaran brosur tersebut akan diadakan di pejabat PKR di Rantau, Negeri Sembilan dan akan dihadiri pemimpin tinggi PKR, termasuk naib presiden Datuk Chua Jui Meng dan Fuziah Salleh serta setiausaha Pemuda DAP kebangsaan, Anthony Loke .

Julai lalu, Badrul mendakwa cincin itu – ‘Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond’ berharga RM24,458,400 – diterbangkan ke negara ini melalui Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).

Beliau juga membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Pulau Pinang pada 13 Julai, mendakwa cincin tersebut dibeli oleh isteri perdana menteri – Datin Seri Rosmah Mansor.

Categories: politik

Mohon waran tangkap Bob Lokman, ceramah politik

October 13, 2011 Leave a comment

Kita melihat Jabatan jabatan agama negeri, banyak bertolak ansur dalam perkara memberi ceramah tanpa tauliah ini, Sultan Selangor juga telah bertitah tiada ceramah politik di masjid sama ada untuk pembangkang atau pemerintah, semua kena akur dengan keputusan bijak Sultan ini, jika semua di biar kan ber politik di pentas mesjid atau pentas khutbah untuk menegakkan aliran politik pemahaman setiap orang, maka masjid akan jadi gelanggang pilihan utama politik yang akhirnya apabila ber politik, pasti akan adalah pula hentam menghentam, hukum menghukum..akhirnya institusi masjid menjadi kelang kabut hasil dari tangan tangan ahli politik yang tidak ber disiplin ini.

Islam itu bukan umno, Islam itu juga bukan PAs, bila nak masuk keseluruhan Islam ia bukan lah kepada umno ia bukan lah kepada PAs, ia adalah menyerah keseluruhan diri kepada Rab daripada zulmat kepada nur, dari kecil nya dunia kepada keluasan akhirat, dari pada tidak baik kepada baik, Politik hanyalah Pemahaman dan dia bukan cara hidup, cara hidup ialah apa yang Nabi saw telah bawa di bawa dan disambung oleh sahabat sahabat Ajmain. Politik akan tetap politik dan itulah pandangan untuk rakyat Marhaen seperti kami, Keluarlah hujah apa pon untuk mempertahan sesuatu idealogi politik masing masing, kami tidak akan terkesan dengan ideology politik anda. Kami akan memangkah setiap 5 kali setahun atas, memana yang kami rasa perlu untuk kami harus pangkah. Kami menganuti agama Islam dan bukan agama umno atau Pas atau juga tarikat atau syiah atau juga agama agama pemahaman yang lain selain pemahaman yang nabi saw bawa.  Masjid bukan tempat ceramah politik, gunakan lah untuk berceramah dakwah, dekatkan manusia kepada Rab mereka. Muru bil maaruf wain lam Taf alu

Islam bukan hanya dalam pas, wahai en lokman

SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan mendapatkan perintah waran tangkap daripada mahkamah terhadap penulis lirik, pelakon dan pengacara terkenal, Bob Lokman seandainya masih berdegil enggan hadir memberi keterangan.
Pengarah Jais, Marzuki Hussin berkata, selebriti yang nama sebenarnya Muhammad Hakim Lokman, 47, itu juga melakukan kesalahan lain jika enggan mematuhi perintah hadir terhadapnya.

“Sepatutnya pagi tadi (semalam), dia hadir ke Ibu Pejabat Jais, tetapi dia gagal berbuat demikian.
“Dia (Bob Lokman) berdegil datang, Jais akan memohon waran tangkap,” katanya ketika dihubungi mengulas kes Bob Lokman mengadakan ceramah tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat, Isnin lalu.

Bob Lokman ditahan mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Islam (Negeri Selangor) 2003 iaitu ceramah tanpa tauliah.

Sementara itu, Bob Lokman ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai ketidakhadirannya ke pejabat Jais.

Malah, pengacara itu seterusnya mengeluarkan perkataan kesat kepada wartawan. Laporan muka depan Harian Metro, semalam menyiarkan bahawa Jais mengesahkan membuat tangkapan terhadap selebriti yang juga pelakon dan penulis lirik, Bob Lokman kerana mengadakan ceramah tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat, pada Isnin lalu

https://abgrara.wordpress.com/2011/10/07/bangunkan-islam-sebelum-hudud-dilaksana-kan/

Related articles

Categories: politik

MAIS larang Khalid Samad mengajar agama, dan untuk semua ahli politk di S’gor

September 9, 2011 Leave a comment

Ia,,, Titah Sultan benar .. kami sokong mesjid tidak dijadikan medan politik berceramah, baik umno pkr atau pas sekalipon, jika Umno dibiarkan berceramah politik, Pas akan lakukan sama, mereka akan minta hak yang sama, tidak akan ujud memberi haq tanpa tuntut haq kerana semua kita iman lemah,  dan Pkr juga akan meminta benda yang sama,  banyak lagi tempat perjuangan boleh dibuat selain masjid, jika tidak dibenarkan ceramah kita trima lah dengan hati terbuka, kemungkinan itu baik untuk kita dan percayalah ada khair disana.

Kami ke Masjid untuk nak melakukan ibadah solat zikir dan baca quran disamping mendengar dan belajar kitab kitab Usul, fekah dan tasauf serta kitab haji, Jika nak ceramah cariklah tempat yang sesuai di dewan atau sewaktu dengannya. Telah terbukti jika mereka berceramah walaupon menguna kitab sekali pon mereka akan serong kan kepada politicians. Apatah lagi jika seseorang itu memang ahli politik kepada sesuatu parti, Oleh yang demikian kami sokong dan dengan perkenan DYMM Sultan Selangor untuk tidak memberi tauliah mengajar atau berceramah mengenai agama Islam kepada mana-mana ahli politik, Kita akur

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tidak membenarkan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad membuat apa-apa penyampaian agama di masjid dan surau di seluruh Selangor kerana tidak mendapat tauliah.

azlanIa termasuklah tazkirah, ceramah, kuliah dan apa-apa pengisian agama, demikian menurut satu kenyataan MAIS hari ini.

Pengerusinya, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa berkata rayuan Khalid berhubung tauliah beliau, ditolak melalui mesyuarat Jawatankuasa tauliah MAIS yang bersidang pada 23 Jun 2011.

“Penolakan ini adalah selaras dengan perkenan DYMM Sultan Selangor untuk tidak memberi tauliah mengajar atau berceramah mengenai agama Islam kepada mana-mana ahli politik terutama di masjid dan surau di Selangor,” katanya.

Categories: agama, nasional, politik

parlimen: berpakaian ‘bersih’ belum ada tangkapan dibuat keatas ahli parlimen hari ini

June 30, 2011 1 comment

ahli parlimen pakatan menggunakan tali leher kuning, tshirt kuning, tudung kuning, pakaian kuning sebagai tanda protes

Belum ada tangkapan dibuat keatas ahli Parlimen Malaysia sehingga 2 petang ini, apabila mereka menggunakan pakain berwarna kuning samaada Tshit ‘bersih’ tali leher kuning , tudung kuning, pakaian kuning. Sebelum ini, “Jika kemeja-T BERSIH berhubungkait dengan aktiviti haram, maka memakainya adalah juga haram,” kata Datuk Seri Hishamuddin Hussein kepada wartawan.. Ketua Polis Negara pula berkata “Bukan hanya T-shirt tetapi kasut, kereta, bas. Jika ini adalah alat yang digunakan untuk menggalakkan orang ramai untuk mengumpul (secara haram), ini adalah sebanyak hasutan, “kata Tan Sri Ismail Omar. Jika tiada tangkapan dibuat hari ini, pastilah mereka dan pihak berkuasa seperti tidak tahu apa yang mereka telah kata kan. Atau apa yang telah mereka ancam atau seperti tidak constant dengan apa mereka patut lakukan.

 

datuk Nizar di parlimen

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat hadir di Parlimen hari ini – sama ada memakai baju kuning atau bertali leher kuning – sebagai membantah tindakan polis menjelang perhimpunan menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Categories: politik