Archive

Posts Tagged ‘sesat’

8 Singaporeans, Sesat di hutan kota tinggi

November 12, 2012 Leave a comment

Jangan cuba bermain dengan hutan,  sekali anda sesat anda akan berpusing pusing keletihan mencari jalan pulang, akan timbul panik, when the panic comes, you will become weak and easily tired , and certainly it will be an experience not to be forgotten.
Sebenarnya untuk mengelak anda sesat  tidaklah susah, kompas atau arah matahari boleh di jadikan panduan, study bab matahari dulu dalam 5 minit sahaja, ia sudah boleh di pelajari, supaya  masuk hutan tidak secara membuta tuli.


ANGGOTA penyelamat membawa keluar lapan pelancong Singapura yang tersesat di kawasan hutan Air Terjun Kota Tinggi, Johor semalam.

KOTA TINGGI – Lapan pelancong warga Singapura berjaya ditemui pagi semalam selepas mereka dilaporkan sesat selama 24 jam ketika melakukan aktiviti merentas hutan di kawasan Air Terjun Kota Tinggi kelmarin.

Kesemua mereka berjaya diselamatkan selepas seorang daripada mereka menghubungi pemandu teksi yang menghantar mereka ke kawasan tersebut pada pukul 7.55 malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Che Mahazan Che Aik berkata, 18 anggota penyelamat yang terdiri daripada polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat menemui mereka dalam keadaan sihat pada kira-kira pukul 10 pagi semalam.

Penduduk kampung turut terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mereka itu yang bermula pukul 7 pagi.

Che Mahazan berkata, mangsa yang terlibat dikenali sebagai Tay Wei Xin, Law Teck Chuan, Sng Yu Xin, Lim Pong Hui, Sng Ping Qiu, Wong Thiam Siang, Seow Pei Wen dan Xiao Yulin.

Categories: nasional

‘‘Saya jerit, orang tak dengar’ sesat 10 jam si pencari siput sedut

July 27, 2012 Leave a comment

Selepas mencari siput sedut saya pulang dan masih berpusing-pusing di tempat sama, ketika itu saya hanya terfikir mungkin ada makhluk ghaib mahu permainkan saya.

Mohd Lazi, seorang pencari siput sedut berkata demikian menceritakan peristiwa dia sesat lebih 10 jam dalam kawasan paya bakau, Ayer Tawar, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, dia yang mengangkut sama tong berisi siput sedut dan lokan seberat kira-kira lima kilogram yang baru ditangkap, gagal mencari jalan keluar untuk pulang ke rumah.

Bagaimanapun, dia berjaya ditemui selepas usaha mencari lakukan penduduk kampung dengan bantuan pasukan penyelamat, kira-kira 3.30 pagi semalam.

Menurut Mohd Lazi, ketika operasi mencari itu, dia ada mendengar suara dua anaknya, Mohammad Azizi, 22, dan Mohd Azrin, 19, serta orang ramai sedang memanggil namanya, selain kelibat lampu suluh.

“Saya dengar suara Azizi dan Azrin berulang kali menyatakan ‘abah ada di sini….’ Malah, saya juga dengar suara orang ramai, tetapi apabila saja menjerit, mereka tidak dengar.

“Selepas beberapa kali saya cuba menjerit, barulah mereka dengar serta menyuluhkan lampu dan mencari ke arah saya,” katanya.

Menceritakan kembali peristiwa berkenaan, Mohd Lazi berkata, dia berjalan kaki mencari jalan keluar tetapi hanya menemui lokasi sama yang dia tandakan sendiri dengan kayu dipacak dan digantung besen biru atas kayu berkenaan.

“Selepas masih berpusing-pusing di tempat sama, ketika itu saya hanya terfikir mungkin ada makhluk ghaib mahu permainkan saya.

“Kemudian seperti orang gila cakap seorang diri. Saya berkata ‘kalau kau nakkan aku, aku boleh temankan kau. kalau aku ada salah, bersuaralah dan nyatakan apa salah aku. Jika tidak, kau tunjukkanlah aku jalan keluar’,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Menurut Mohd Lazi, biasanya dia hanya perlu melalui dua alur sebelum sampai semula ke muara tetapi semalam sebanyak lima alur dilaluinya menandakan dia sudah tersasar jauh.

Lamatu 10 jam,,sian

http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/saya-jerit-orang-tak-dengar-1.41437

Categories: nasional, rekreasi

Duit jatuh dari langit

November 19, 2011 Leave a comment

Ini makhluq bernama Jin yang empunya kerja ni, Jin yang suka memesongkan hati orang, suka dia di disembah, suka dia  besarkan, dia juga suka dijadikan tempat mengadu itulah antara kejahatan jin jahat ini, Jarang berlaku tetapi JIn boleh buat benda benda begini jika dia rasa terdesak untuk mendapatkan sesuatu, dan kita ketahui ada benda yang dia nak dari penduduk sekitar ini. Kes seperti ini pernah berlaku di Sabah beberapa tahun dahulu apabila Jin juga telah membaling duit di gigi gigi sebuah pantai di Sabah tetapi syiling ketika itu ialah syiling lama, Yang terbaru di Sg Siput ini ialah syiling baru.  

Duit syling jatuh dari langit

SUNGAI SIPUT: Kira-kira 20 penduduk di Taman Kledang, di sini, terkejut apabila mendapati puluhan keping wang syiling jatuh dari langit sejak dua hari lalu. Kejadian yang berlaku sekitar jam 6 petang hingga 9 malam itu turut disaksikan oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), polis serta Yang Dipertua Speaker Dewan Negeri Perak, Datuk R Ganesan selepas dipanggil ke lokasi. Kejadian ‘hujan duit’ yang didakwa berlaku dua hari berturut-turut itu menyebabkan penduduk hairan selepas melihat syiling 5 sen, 10 sen dan 20 sen jatuh dari langit. Saksi kejadian, A Abinarmi, 30, berkata, kejadian disedari berlaku pada petang Rabu lalu selepas anak lelakinya, S Vishnunair, 10, melihat kilauan cahaya di hadapan rumah

Menurutnya, dia kemudian keluar ke pekarangan rumah sebelum melihat beberapa keping duit syiling bertaburan di permukaan jalan dan lantai tempat letak keretanya.

http://www.hmetro.com.my/articles/Duitjatuhdarilangit/Article

Categories: nasional, variety

tarikat terus menyesatkan, lagi di tangkap

October 14, 2011 2 comments

Tarekat atau tarikat terus menyesat kan lagi rakyat, bagaimana mereka yang dulu nya guru, memang mengajar dengan benar mengikut kitab, di atas landasan yang betul akhirnya terjerebak melaku kan kesesatan kepada pengikutnya.  Bagaimana kah ianya boleh terjadi ? Allah ujud dalam jiwa, allah dekat padanya, dalam diri ada allah, dalam saku ada allah, pengikut yang tiada berilmu usuluddin, fekah yang lemah, ditambah dengan taksub kepada guru menjadikan ramuan yang senang untuk guru mendapat sesuatu faedah dari anak muridnya. Imam Syafie rahimakumullah amat membenci orang Sufi.

Imam Syafie berkata, siapa menganut Sufi dia sudah Zindiq

diambil dr google, penulis ini tidak tahu bab tarikat, dia meletakkan susunan hakikat di bawah syariat, sebenarnya susanannya- syariat tarikat hakikat dan makrifat

IPOH: Demi syurga diimpikan, puluhan pengikut taksub sebuah kumpulan ajaran sanggup membayar pelbagai jenis ‘zakat pelik’ kepada seorang lelaki yang menjanjikan balasan syurga selepas meninggal dunia.

Pengikut yang percaya sepenuhnya ajaran berbentuk tarekat dibawa lelaki berusia 69 tahun itu sanggup membayar zakat keluarga, zakat perjalanan, zakat kenderaan dan zakat kesihatan diperkenalkan guru ajaran sesat berkenaan.

Sumber Jabatan Agama Islam Perak (Jaip) berkata, guru terbabit yang memperkenalkan ajaran menyimpang daripada Islam turut mempromosikan zakat rohani yang didakwa dapat menggantikan ibadat haji ke Makkah yang menjadi Rukun Islam keempat mengikut ajaran berkenaan.

Dari tarikat Naqsabandiah;

Tiap ibadat terbahagi 4

    1. Awam
    2. Mubtadi
    3. Mutawasin
    4. Muntahi

1- Awam – beramal dengan tiada ilmu
2- Mubtadi – berilmu dan beramal tetapi bercampur haq dan batil
3- Mutawasin – beriman dengan berilmu dan berilmu di amalka
4- Muntahi – berilmu beramal, beramal dengan ilmu di serta ikhlas

Bicara sufi : Imam Syafie mengharamkan tarikat sufi

Categories: agama

Solo: Gereja di gegarkan dengan letupan bunuh diri

September 25, 2011 Leave a comment

Ekstrimis Islam melancarkan serangan berani mati, 20 cedera dan 3 mati, dan ini perlu di kutuk sekeras keras nya. Islam tidak mengajar cara yang sedemikian dengan membunuh orang awam yang tidak berdosa. Apabila Islam di salah fahami oleh sebahagian manusia inilah yang akan terjadi, Kekadang bukan hanya manusia tidak faham, ulamak sendiri pon tidak faham,

Dimanakah dakwah Islam yang di bawa Nabi saw, dimana ingin kita letakkan qul hazihi sabil ad’u illah,(katakan ini jalan ku.. ajak manusia kepada allah, dimana hendak letak watawa sau bil haq, bil sabr, bil hikmah(dakwah dengan haq, dengan sabar , dengan hikmah) dan dimana hendak diletakkan ganjaran bagi mereka yang berjalan mengikut cara nabi saw, dakwah ilallah ,akzamu darajatan, khuruj fi sabil,  humul muflihun, humul fa’izun

Semua ini dan banyak lagi dalil dalil yang perlu ulama terkini perlu melihat dan mengkaji dan memahami mengikut zaman pada waktu itu. Yang penting Dakwah kena letak di atas, apa apa juga fahaman, apa apa juga pandangan apa apa juga sabil. apa apa juga perjuangan wajib di letakkan ‘dakwah’ paling di atas, Dakwah tidak di buat tapi membunuh pula jalan nya, ini bukan syahid.  Dakwah bukan mudah, jangan cepat melihat hasil datang dengan begitu cepat dan inilah kelemahan umat islam apabila Dakwah di pinggirkan, kefahaman kepada apa kehendak Islam itu sendiri dan rasul, tidak dapat di fahami. Sesungguhnya kita berlaku Kejam dan berdosa, Percayalah bahwa kita hari hari mendapat dosa, tanpa kita sedar kepada agama ini kerana kita bersenang lenang tetapi dakwah tidak dapat dilakukan. Tiada pengorbanan yang kita buat keatas agama yang azim, yang maha hebat yang turun dari langit ini.

Ekstrimis Islam melancarkan serangan berani mati, Dan ia perlu di kutuk, dan akan datang ada pula ekstrimis Kristian pula meledakkan bom di masjid masjid atau penembakan seperti di Sulawesi.

Seorang pengebom berani mati menyerang sebuah gereja di Solo Indonesia yang penuh dengan beratus-ratus daripada penganut Kristian, dengan membunuh diri, mencederakan sekurang-kurangnya 20 orang lain, polis dan pegawai hospital berkata.

Serangan di bandar Solo di Jawa Tengah berlaku dan telah berakhir.

“Saya boleh mengesahkan bahawa terdapat satu serangan bom berani mati di Gereja Bethel Injil pada 10,55,” Jawa Tengah wilayah Djihartono jurucakap polis kepada AFP.

Kira-kira 20 orang lain cedera, tiga daripada mereka kritikal, kata Bambang Sumarsono, seorang pegawai hospital.

Sementara itu, kata saksi bahawa pengebom membunuh tiga orang, tetapi polis tidak dapat mengesahkan bahawa.

Seorang saksi lain kepada radio tempatan stesen ElShinta bahawa empat orang terbunuh dalam letupan itu.

“Apa yang saya boleh mengesahkan sekarang, satu-satunya orang yang dibunuh adalah pengebom. Kami masih menyiasat jika ada lain orang terbunuh, “kata Djihartono.

Seorang saksi memberitahu MetroTV stesen tempatan bahawa dia mendengar letupan itu hanya selepas dia melangkah keluar dari gereja Kepunton.

“Semua orang menjerit,” Fani memberitahu The Associated Press. “Saya melihat bunga api yang berapi-api dan, berhampiran pintu masuk, seorang lelaki yang mati di atas tanah, usus dia melimpah keluar. Orang di sekelilingnya dikelingi darah. ”

Ia tidak segera jelas siapa di sebalik letupan, yang boleh didengar setengah batu (500 meter).

Indonesia, sebuah negara sekular 237 juta, telah dipukul oleh rentetan pengeboman berani mati yang dipersalahkan ke atas al-Qaeda berkaitan rangkaian Jemaah Islamiyah dan cabang-cabang sejak tahun 2002, apabila serangan ke atas dua kelab malam Bali membunuh 202 orang, sebahagian besar daripada mereka asing pelancong.

Gereja di Solo, kampung halaman rohani pemimpin pejuang Islam Abu Bakar Bashir yang telah dipenjarakan selama 12 tahun untuk membiayai kumpulan pengganas yang merancang serangan terhadap Barat dan pemimpin-pemimpin politik.

Menteri Penyelaras Politik, Undang-Undang dan Hal Ehwal Keselamatan Djoko Kramnik berkata bahawa Presiden Indonesia sangat-sangat dikutuk “tindakan keganasan.”

“Tiada apa-apa jua boleh membenarkan perbuatan tidak berperikemanusiaan ini,” katanya kepada ElShinta. “Ia adalah tugas semua orang untuk mengatasi masalah ini tindakan keganasan.”

Seorang wartawan AFP melihat badan pengebom di atas tanah di pintu masuk utama gereja, memakai kemeja putih dan berseluar hitam, dan dengan tangan kirinya putus.

Saksi-saksi berkata mereka percaya pelakunya bukan ahli gereja.

“Dia berjalan kira-kira 4 meter (ela) di belakang saya,” Ibrahim, gereja, memberitahu ElShinta radio. “Saya percaya beliau menyamar sebagai penganut gereja.”

Categories: agama, nasional

syiah iran, telah mengharamkan permainan tembak2 air

September 6, 2011 Leave a comment

Apabila agama Syiah yang sesat telah mengharamkan yang tak sesat, ini lah yang terjadi di Iran shia, apabila anak muda-mudi cuba membuang masa terluang mereka, dengan bermain tembak tembak air,

anak muda mudi iran gembira ria, main tembak tembak

main tembak air adalah haram,, adeh.. sakit jiwa ulamak ulamak syiah ini

Trend pergaduhan air di republik Islam telah “dirancang dari luar negara,” umum Iran, pendakwa berkata pada hari Isnin, merujuk kepada pengakuan daripada orang yang ditangkap.

“Ini bukan semata-mata permainan dengan air. Ini adalah satu kempen yang sedang dirancang dari luar negara,” kata Gholam Hossein Mohseni Ejeie pada sidang akhbar, agensi berita ISNA melaporkan.

“Sebahagian daripada mereka yang ditahan telah mengakui bahawa mereka telah tertipu, dengan beberapa berkata mereka memberi maklum balas kepada panggilan oleh anti-revolusi” kumpulan, katanya.

Kata-kata yang datang sehari selepas Timbalan Ketua Polis Ahmad Reza Radan berkata, “beberapa orang” yang cuba untuk mengambil bahagian dalam pertarungan air di taman di tengah-tengah Tehran telah ditahan pada Jumaat lepas.

Tembak tembak air oleh anak-anak muda Iran – menggunakan belon, senapang plastik dan botol air – telah menimbulkan kemarahan rejim Islam, yang berhati-hati terhadap perhimpunan tidak rasmi, terutamanya di bandar-bandar besar, kebimbangan mereka boleh menyalakan demonstrasi.

Moral Ketua Polis Jeneral Ahmad Rouzbahani memberi amaran awal pada bulan Ogos bahawa polis akan bertindak apabila bertentangan dengan peraturan terhadap acara itu “di tempat awam, atau mana-mana di seluruh negara.”

Pada awal bulan Ogos, 17 remaja lelaki dan remaja perempuan ditahan atas permainan air ini di taman tepi laut di bandar raya selatan Bandar Abbas, selepas mengambil bahagian dalam apa yang ketua keadilan wilayah berkata adalah suatu perbuatan yang “haram” yang diharamkan oleh Islam.

p/s Syia sahaja haramkan permianan air ini,

Categories: agama, dunia

Syabas JAIS tangkap 4 anggota syiah

May 24, 2011 3 comments

Syabas Buat J.A.I.S kerana telah menjalan kan tugas dengan baik. Syiah di Selangor perlu di benteras dan dijangka mereka akan beralih ke negeri yang lain yang mana di negeri lain ada undang undang jinayah tidak begitu kuat dan kabur, Syiah atau shia atau shiah adalah sebuah agama Yang sesat ladi menyesatkan, jauh daripada Sunnah waljamaah yang hari ini kita telah amalkan, apabila akidah telah lari dalam Islam tiada apa lagi kemaafan untuk mereka, kerana ini berkait an dengan akidah syumul Islam, apatah lagi jika mereka imenyebarkan nya pula. https://abgrara.wordpress.com/2010/12/22/syiah-dan-kesesatan-nya/

anggota syiah dan ketua nya cuba menyebarkan Syiah Iran yang sesat

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akhirnya menangkap empat anggota ajaran Syiah di Gombak, termasuk ketuanya Mohd Kamil Zuhairi dalam sambutan ulangtahun kelahiran puteri Nabi Muhammad di Gombak sebentar tadi.

Jurucakap majlis Radin Ahmad Faizul berkata, selain Mohd Kamil, beliau sendiri ditahan dan dibawa ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Gombak.

Dua lagi, menurutnya hanya dikenali sebagai Syed Syafiq dan Ashraf. Nama penuh mereka belum diperoleh setakat ini.

Sebelum itu, jurucakap majlis Radin Ahmad Faizul berkata, lebih 20 anggota JAIS kelihatan hadir di majlis itu selepas berlangsung 20 minit bermula jam 12 tengah hari.

https://abgrara.wordpress.com/2011/04/17/arab-ahwaz-di-pinggirkan-di-bawah-pemerintahan-iran/  

https://abgrara.wordpress.com/2010/12/09/s16-syiah-amerika-dr-maza/

https://abgrara.wordpress.com/2010/12/28/peristiwa-di-mana-ulama-ulama-besar-syiah-keluar/

Categories: agama, pendidikan

batal kan konsert penyanyi syiah ini,

February 14, 2011 4 comments

Bagus tahniah Datuk Jamil, 

Menteri minta KDN batalkan permit konsert Mohsen Namjo

SEPANG 14 Feb. – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) membatalkan permit konsert penyanyi Iran, Mohsen Namjoo yang dijadual Jumaat ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Ini kerana kata beliau, siasatan yang dijalankan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan lagu-lagu penyanyi itu mempunyai unsur-unsur yang menghina al-Quran dan agama Islam. Memutar belitkan fakta, mengunakan kitab dan tafsir mereka sendiri.

“Dikhuatiri jika diteruskan (konsert) itu boleh menimbulkan ketidakharmonian masyarakat,” katanya kepada pemberita selepas menyambut kepulangan kumpulan terakhir pelajar Malaysia dari Jeddah, Arab Saudi di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) KL hari ini.

Ada lagi 4 hari konsertnya akan diadakan dan pastilah tiket tiket telah mula dijual, Dia terang terang menghina Islam sunni dan kemudian kita hendak luluskan permit dia? Dan sepastinya ada pihak pihak yang cuba membawa dia datang ke Malaysia dengan fully sponsored. Kita juga belum ada mendengar bantahan oleh ahli politik dari Pas dan Pkr atau web web mereka yang tidak alert terhadap penyanyi ini. (Camni nak perintah negara?)  TERIMAKASIH Zulkifli Nordin atas pendedahan tersebut. Anda masih relevant.

Categories: Uncategorized