Home > rekreasi > Sungai chongkak

Sungai chongkak

 

Sungai congkak atau Sungai chongkak terlalu famous sangat untuk warga kota dan penduduk selangor. Maka berduyunlah rakyat pencinta alam, pencinta hutan, pencinta sungai yang terindah, menuju kesana, ini membuatkan kami tidak berminat untuk bercamping ke sana, tetapi apabila kebanyakkan hutan lipur telah kami redah dan bercamping, maka sekali ini, kami cuba juga untuk kesana, Tetapi itulah dia, kekadang apa yang kita tidak berminat atau suka, itu merupakan antara terbaik untuk kita, Setelah 2 hari bercamping, Saya terus jatuh cinta dengan keindahan tempat ini, suasananya dan kemudahan yang best menarik.

2014-06-12 18.52.42

turn left

Sehingga saya sudah hampir tidak mahu balik, bukan saya sahaja tetapi 95 percent antara kami,(12 org) tetapi kerana ada tugas yang kena di selesaikan, Makanan untuk dua hari pon sudah habis, Maka kami terpaksa balik juga. So sad, harrow.
Sungai congkak ini terletak di ter selatan ulu langat, hampir kepada penghujung jalan di kawasan perkelahan berdekatan ialah seperti sungai gabai, sungai pangsun sungai perdik dan seterusnya, Setiap hujung minggu sungai congkak ini amat ramai pengunjung, dan bersedialah untuk nya.

pintu masuk dan buat bayaran

pintu masuk dan buat bayaran

Bagaimana untuk kesana

Daripada kuala lumpur, anda terus dapatkan jalan ceras batu 9, kemudian anda terus sahaja mengikuti papantanda, sehingga berjumpa pekan batu 14, terus kan perjalanan lagi, just follow signboard and you will not be lost. Makin lama anda dekat makin sejuk suasana nya. Sehingga anda akan berjumpa signboard sebelah kiri ini dan turn left, ramai yang
terus kehadapan kerana tidak melihat papan tanda ini, turn left dan anda akan nampak jalan bertambah kecil. Dikir kanan jalan ada gerai atau kedai kecil atau warung menjual aneka barang dari barangan berenang, kedai bundle, kedai makan, juga warung menjual sayur sayur kampung yang pelik pelik, yang jarang di jumpai seperti timun hutan, biji kundang, petai hutan, dan sebagainya.  teruskan perjalanan anda, dan anda sudah boleh nampak disebelah kiri anda sungai congkak ini.

bayaran masuk

bayaran masuk

Where to park?

Apabila anda sudah sampai disini, anda boleh pilih tempat yang mana anda suka, Parking sahaja disini jika anda berminat berada dan berkelah disini, free, tanpa bayaran. Anda juga boleh sewa pondok di kawasan ini dari bayaran rm15 keatas. Tetapi Saya cadangkan anda teruskan perjalanan sedikit lagi, sehingga masuk kedalam sg congkak park and resort, dalam 1km lagi, sehingga anda akan bertemu gate pintu masuk resort tersebut. Kerana didalam area tersebut, ada ketenangan sedikit. ada toilet dan semua kemudahan asas, dan landscape cantik yang di jaga. Cuma perlu buat bayaran sedikit,

2014-06-11 12.12.19

Peta sg chongkak, must see

Bayaran masuk
Bayaran masuk ialah rm1 untuk dewasa dan free untuk kanak bawah 12thn, bayaran parking didalam resort ialah rm7, perkemahan ialah rm10 untuk satu kemah. Saya dicharge haritu 42rm untuk perkemahan dua hari satu malam untuk 7 dewasa. Kanak kanak bawah 12 tahun adalah percuma. Tapak perkemahan disediakan, sungai didalam resort ini adalah sepanjang 3 km, banyak tempat view menarik, pilih sahaja. Dan bolehlah anda memulakan pemasangan kemah anda.(jika berkemah)

Disini amat sesuai untuk mereka yang tidak biasa berkemah, iaitu kategori ‘easy camping’ kerana di malam hari lampu jalan, amat terang menderang dan toilet 24 jam tersedia untuk anda. Dan amat sunyi dimalam hari, amazing, Anda akan tidor di bawah kabus sejuk, lena sungguh

Untuk mereka yang berminat duduk di chalet, harga rm 80 sehingga 300 di sediakan untuk anda. (lihat gambar) lihat video di bawah. Anda boleh berjogging disni juga atau fast walk 3km menanti anda.

 

image

Chongkak paling hujung

2014-06-11 23.48.51

camping apa macamni , terang benderang. lol. kabus all the night

image

Air yang sejuk untuk anda rehatkan badan di atas nya

2014-06-12 18.29.25

Semua tanak balaik nak stay sehari lagi,

Categories: rekreasi
  1. Heng Chong Yew
    July 29, 2015 at 1:45 pm

    Tolong tanya, macam mana nak buat booking untuk chalet mereka ? Tidak dapat saya cari telefon mereka. Terima kasih !

    Like

    • July 29, 2015 at 2:08 pm

      no need to booking.. just walkin. so many chalet overthere to choosed .. tidak ramai yang dtg sewa – done

      Like

      • Heng Chong Yew
        July 31, 2015 at 1:52 pm

        Terima Kasi, abgrara !

        Like

  1. No trackbacks yet.

Leave a comment