Home > nasional > Lagi mati dalam lokap polis

Lagi mati dalam lokap polis

December 30, 2012 Leave a comment Go to comments

Lagi dan lagi kematian OKT(orang kena tahan) dalam lokap polis. Apa nak jadi Polis Malaysia ni, memang kerja mereka memukul tahanan, satu Malaysia tahu perkara ini, ia bertujuan untuk mendapatkan bukti atas kesalahan OKT,  pukulan di perlukan, Bila dah sedap memukul orang, kekadang pukulan terlebih lebih tanpa batasan, ditambah dengan jika ada dorongan nafsu, beban kerja,  sehingga membawa kepada kematian. Polis dah jadi hakim?

IPCMC Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis PERLU DI TUBUHKAN SEGERA

Adakah polis suka kematian ini di sebarkan secara luas, supaya orang awam takut kepada POlis. Bila takut, ini memudahkan kerja mereka?.

tahananMungkin ini terjadi kepada anak kita kelak, tidakpon kepada bakal cucu cucu kita kelak? seperti blog terdahulu yang telah saya katakan, akan ada lagi kematian di tangan tangan POlis, ini lah bukti nya. Soalan: Selepas ini akan adalagi kematian dalam lokap Polis? ,, Tentulah jawapan nya , YES!  tunggu bulan January/February  2013 ni nanti, akan ada lagi kematian dalam lokap POlis. Harap harap yang mati kena pukul anak anak ahli politik ke, anak polis ker, atau anak cucu anda, mertua anda, ahli keluarga saudara mara anda,(jika anda perlecehkan artikal saya ini)

Dah berapa ramai mati dalam lokap POLis?

Chang Chin Te, mati

Chang Chin Te, mati

Statistik antara tahun 2000 hingga Februari 2010 menunjukkan seramai 144 kes kematian dalam lokap dilaporkan melibatkan 64 orang Melayu, 30 orang Cina, 28 orang India, 8 bagi kaum-kaum lain dan 14 kes kematian bagi warga asing.

Kita harus, sayangi nyawa, menghormati Jiwa insan seseorang. Berapa harga nilai jiwa seseorang di dalam Islam dan termaktub dalan kanun hukum Qisas??

hukuman bagi pelaku pembunuhan ini (bukan niat) adalah: dia atau keluarganya wajib membayar denda berupa 100 ekor unta atau bersamaan dengan harga unta itu kepada keluarga terbunuh, dan dibayar secara ansuran selama tiga tahun.  100 ekor bersamaan Rm600 ribu keatas.

Ada satu kes seorang budak, lembut je budaknya, berumur 15 tahun di tahan polis kerana menaiki motosikal yang dicuri, di tahan dilokap di gertak di herdik, cctv terang menunjukkan orang lain yang mencurinya,  tetapi akhirnya dia pula dituduh mencuri dan dihadap depan hakim dan disabitkan kesalahan. Sepastinya dia akan mempunyai rekod mencuri sampai dia tua kelak atas benda yang dia tidak buat.


News mkini,

Anggota keluarga seorang lelaki yang ditemui mati dalam satu lokap polis berkata mereka tidak mempercayai dakwaan pihak berkuasa bahawa saudara mereka itu mati akibat terjatuh.

death in custody nagarajan 301212K Nagarajan, 32, ditahan pada 21 Disember atas kesalahan didakwa bersabit dengan dadah dan ditempatkan di lokap ibu pejabat polis daerah Dang Wangi.

Beliau ditemui mati pada hari Isnin lalu sebelum sempat dibawa ke mahkamah.

Menurut bapa saudara si mati, M Krishna Murthie, keluarganya tidak boleh menerima penjelasan polis berhubung kejadian tersebut.

Bercakap dalam satu sidang media hari ini, beliau mempersoalkan bagaimana seseorang boleh mati akibat terjatuh di lokap.

Krishna Murthie berkata terdapat kesan luka misteri di bahagian bawah mata kiri mendiang, kesan lebam di bawah kening kanan dan satu luka di bahagian kaki kanan Nagarajan.

Katanya, pihak berkuasa tidak memberi penjelasan berhubung kecederaan yang dialami Nagarajan itu.

Beliau juga mengadu bahawa anggota keluarganya tidak diberitahu mengenai penahanan Nagarajan dan polis mengambil masa beberapa jam sebelum menghantar mayat untuk bedah siasat.

“Saya tidak mahu perkara sama berlaku pada orang lain. Ini harus dihentikan,” katanya dalam sidang media anjuran ADUN Teratai Jenice Lee hari ini.

Advertisements
Categories: nasional
  1. December 30, 2012 at 5:34 pm

    ADakah kita perlukan demonstrasi untuk selesaikan perkara ini ??

    Like

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s