Archive

Posts Tagged ‘pr’

The Simpsons “meramalkan” presiden akan datang Donald Trump !!! Programming ramalan Illuminati!

October 17, 2015 1 comment

Semua sedang di setting dan ia sedang berjalan.. dan apabila ‘the simsons’ kartun ini membuat ramlan itulah kebiasaannya akan terjadi

Dailymail, telah melihatnya dahulu, Para blogger netcitizen dI US berkata sekali lagi Simpsons telah berjaya ditangkap membasuh otak orang ramai dengan program ramalan syaitan mereka

The Simpsons “PREDICTED” a Donald Trump presidency !!! Illuminati Predictive Programming!

its not cuincidence  , finally its – phenomenon

lluminati. then the media continue play their role ,and whoever control the media, controls the mind

Categories: dunia, politik

PRU13, dijangka PRU yang akan ujud huru hara

September 2, 2012 4 comments

Aman damai ketika berkempen di Kelantan, ini yang kita mahu

Percayalah kepada saya bahawa, jika tidak dibendung sekarang, Keselamatan rakyat dan negara tidak akan berada dalam keadaan selamat, Pru13 merupakan PRU yang teramat penting(crucial) untuk kedua dua pihak di Bn dan PR, Najib Tun Razak berkata pilihanraya ke13 ini adalah umpama hidup dan mati, pilihanraya untuk menentukan survival Bn, dan kita faham disini(sapa tak faham memang bengong), Bn akan buat apa sahaja untuk memenangi pilihanraya ini, di pihak Pr pula mereka akan bermatian dalam pilihanraya ini sehingga Anwar berkata dia akan bersara terus, jika kalah dalam PRU13 ini. 

Maksudnya, Pilihanraya ini amat genting (critical), akan ada ketegangan(intense), seterusnya akan menghasilkan  kacau bilau, ketidak keselamatan, akan ada riot, akan ada demonstrasi ganas,  dan kemungkinan akan ada pertempuran senjata dan melahirkan kematian apabila dua pihak ini bertempur kelak. Polis kena adil dan siasat apa jua aduan rakyat,

“that is, this election is very critical, there will be tension (Intense), will eventually result to disorder, non-security, there will be a Riot, there will be a violent demonstration, and possibly there will be a battle of arms and produce death when two parties clashed later”.

Saya membuat analisa saya sendiri yang mana apabila saya melihat begitu banyak perkara aduan aduan yang di buat oleh PR apabila program mereka di kacau, di ganggu gugat dengan perkataan dan juga dengan kekerasan, ini amat berat apabila aduan di buat kepada pihak berkuasa tidak disiasat dan tiada yang di tangkap walaupon bukti telah di beri.  Saya melihat PR lebih rasional dalam perkara ini dengan tidak membalas atau membuat perkara luar dugaan atas segala yang di buat oleh pihak lawan. Walaupon ada, ia hanya minima, Dan kita khuatir sampai bila mereka boleh mampu menahan diri dalam diam mereka ini, mereka bukan kesemuanya mampu bersabar, mereka juga mampu membuat keganasan, yang mana mereka telah mengharapkan pihak polis untuk menyiasat dan membawa mereka yang terlibat kemuka pengadilan. tetapi perkara ini tidak terjadi, natijahnya ini akan membuat kan Polis akan lebih banyak bekerja kelak. Mahkamah akan bertimbun file, KDn akan lebih dipersalahkan dan sepastinya akan bertimbun file file baru, di KDn Putra Jaya dan di Bukit Aman serta balai balai polis seluruh negara(yang terlibat),

Saya percaya apabila dua pihak ini bertempur kelak sepastinya kerja Polis akan bertimbun dan ini adalah hasil dari kelemahan mereka sendiri. Terbaru Salah sebuah bas yang digunakan dalam program Jelajah Merdeka Rakyat PKR dikesan disimbah dengan cat merah dan cerminnya dipecahkan dalam satu kejadian di Kota Bharu. Yer,, benar ini kecikje, kes kecil,  tapi ini belum lagi tiba pilihanraya, apakah yang terjadi bila tiba masa kempen kelak, Ini semua boleh membuatkan peratusan yang akan pergi mengundi rendah,

Saya tidak mahu negara tercinta saya ini kacau bilau. Saya merasa aman sekarang dan saya sayang Malayzie. Pihak Polis sepasti maklum perkara ini, dengan kehebatan perisik perisik Polis mereka di Bukit Aman, kita percaya mereka sudah nampak perkara ini akan boleh berlaku, cuma nya, ia belum terjadi.

Untuk KDN, Ketua polis negara, dan pihak keselamatan yang lain,  Semua di tangan ANDA

Bas diserang ketika berkempen di Kelantan, ini tidak bagus. Akan menggalakkan lagi ketidak amanan Malaysia tercinta.
Categories: nasional, politik

48 kerusi DAP tidak akan menggugat Melayu

May 12, 2012 Leave a comment

Lega saya mendengar apabila kuasa melayu tidak akan boleh di gugat oleh sesiapa menerusi pilihanraya kelak walaupon jika pembangkang (PR) memenanginya. Undang undang perlukan 2/3 untuk menukar perlembagaan. Gambar- Bersih 3.0 berhampiran KTM, Arakkan puluhan ribu di hadapan puluhan ribu di belakang.

Kaum cina di tanah air kita sendiri yang utama ialah Hokkeien dan kedua ialah hakka, Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad membidas dakwaan pihak tertentu bahawa kuasa Melayu akan tergugat sekiranya DAP – yang sinonim dengan kaum Cina – menguasai negara ini. Beliau menyifatkan dakwaan itu sebagai “satu pembohongan dan tidak mempunyai asas” yang kukuh memandangkan DAP hanya bertanding 48 daripada 222 kerusi parlimen pada pilihan raya umum akan datang. http://malaysiakini.com/news/197690

 “Sekiranya mereka menang semua 48 kerusi, mereka tidak perintah negara. Kalau rasa (Melayu) tergugat dengan 48 kerusi daripada 222 kerusi yang dipertandingkan, fakta itu tidak ada asas. “Untuk menang membentuk kerajaan, sekurang-kurangnya menang 112 kerusi, tetapi mereka bertanding 48 kerusi… (Dakwaan) itu satu pembohongan,” katanya. Sebaliknya, kata Khalid, secara umumnya sebanyak 137 kerusi parlimen akan ditandingi calon Melayu daripada Umno, PAS dan PKR dalam pilihan raya umum akan datang. Menurutnya, jika PAS tewas sekalipun, calon Melayu tetap menguasai 137 kerusi parlimen sama ada daripada Umno atau PKR.

Beliau menjawab soalan hadirin yang mengutarakan tanggapan kebanyakan orang Melayu yang beranggapan bahawa DAP akan menguasai Melayu sekiranya mereka menang dalam pilihan raya umum akan datang. Selain Khalid, turut dijemput menjadi panelis setiausaha politik kepada setiausaha agung DAP Zairil Khir Johari, pensyarah Dr Maszlee Malek dan Ketua Eksekutif Institut Hal Ehwal Ekonomi dan Demokrasi (IDEAS) Wan Saiful Wan Jan. Guan Eng tekankan hormat perlembagaan Bercakap dalam forum bertajuk “Islam, Melayu dan DAP” anjuran akhbar Roketkini.com, isu DAP – yang dianggap sebagai ‘chauvanis’ – menggugat kuasa Melayu bukan merupakan isu sebenarnya. Ahli jawatankuasa Pusat PAS itu berkata, sebaliknya menegaskan, isu yang menjadi tumpuan sebenarnya adalah bagaimana mahu “menjatuhkan ahli politik yang kotor” dalam pilihan raya umum akan datang.

Mengulas perkara yang sama, Dr Maszlee mendakwa penguasaan BN yang mencipta “stigma” bahawa DAP akan berbuat demikian sekiranya memerintah negara ini. “Itu hanya propaganda,” katanya di hadapan kira-kira 100 hadirin yang memenuhi Dewan Annex, Shah Alam Selangor petang semalam. Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu juga menegaskan DAP tidak boleh membuat pindaan perlembagaan jika menguasai negara ini. Ini kerana, tegasnya, parti itu memerlukan persetujuan dua pertiga ahli Dewan Rakyat dan perkenan Raja-raja Melayu untuk berbuat demikian. Manakala Zairil pula, beliau tidak menjawab secara langsung perkara itu tetapi menegaskan sejak Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mentadbir parti itu sejak 2005, Lim menekankan supaya ahlinya menghormati Perlembagaan Persekutuan. Tegasnya, hal demikian termasuklah artikel yang menjamin kepentingan orang Melayu, bahasa Melayu dan Raja-raja Melayu.

Categories: nasional, politik

24 jam sebelum demonstrasi bersih 3.0

April 27, 2012 Leave a comment

Malaysiakini tidak dapat di access langsung malam ini, 11 jam lagi demostrasi akan bermula,

MCA membenarkan ahlinya sertai demo bersih 3.0 kata Presiden MCA, sebelum ini, kelmarin ABIM juga telah berkata mereka akan turun di perhimpunan Bersih 3.0 ini, the malaysian insider

Demonsrator berkata mereka tidak takutkan banned dan arahan dari mahkamah yang telah polis dapati, mereka akan tetap berada di sekitar dataran merdeka yang telah di tutup esok. yahoo malaysia

Both the Election Commission (EC) chairman and deputy chairman have admitted that they could have been Umno members a long time ago, but stressed that it did not affect their ability to carry out their professional duties.

Puluhan ribu warna warna para pendemo menghadirkan diri,

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mula memasang penghalang di sekeliling Dataran Merdeka sekitar jam 2.30 pagi tadi – lebih tiga jam sebelum arahan awal dikuatkuasakan.

Malam tadi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengumumkan akan menutup selama 48 jam Dataran Merdeka – yang mahu digunakan oleh BERSIH untuk mengadakan perhimpunan bantah duduk Sabtu ini – berkuatkuasa jam 6 pagi ini hingga 6 pagi Ahad.

Menurut Presiden Gerakan Mahasiswa Pantai Timur Syahmi Hazim Mohd Ithnin berkata pihak DBKL mengeluarkan arahan supaya mahasiswa dan orang ramai bersurai jam 4 pagi.

Menurut seorang lagi saksi, selepas mahasiswa beredar ke seberang jalan di bangunan Sultan Abdul Samad DBKL juga turut memasang pagar besi – sebagai halangan kedua – untuk menghalang orang ramai berkumpul di Dataran.

Syahmi berkata sewaktu barricade mula dipasang, mahasiswa juga sempat mengadakan speaker corner di dataran tersebut. Pada ketika itu sekitar 30 mahasiswa dan orang awam berada di dataran tersebut.

Sebelum itu, ratusan mahasiswa dan orang awam berhimpun di Dataran Merdeka sejak malam tadi. Mereka mula beredar apabila hujan mula turun di kira-kira jam 2 pagi.

Categories: nasional, politik

Azizah kecewa media hentam Anwar

February 25, 2012 Leave a comment
Untuk politik, manusia sanggup buat apa sahaja, begitu juga PAs UMno Pkr DAP dan parti politik yang lain, semua mereka tidak terlepas semua akan ‘mengikut agenda arah politik masing masing mengikut kesesuaian sesuatu keadaan dan waktu ketika itu’, daripada hukuman asal  sesuatu yang haram kepada harus, harus menjadi wajib dan sebaliknya,  Dan lebih malang lagi jika agama, di salah tafsir semata mata untuk kepentingan politik tersebut. Ahli Politik sanggup lakukan lebih dari itu daripada dosa hasut , fitnah,  ugutan, kecederaan dan akhirnya kepada pembunuhan, 
‘Huzaifah berkata: Aku dengar Rasulullah s.a.w bersabda: Fitnah akan melekat di hati manusia bagaikan tikar yang dianyam secara tegak-menegak antara satu sama lain. Mana-mana hati yang dihinggapi oleh fitnah, nescaya akan terlekat padanya bintik-bintik hitam
Tegak menegak bermaksud, sulaman itu kuat ia tidak dapat lari dari ruang, yakni semua permukaan akan terkena, samaada cerita itu benar atau tidak. Bintik hitam akan terhasil dan akan membuatkan orang yang pada mula nya tidak mempercayai (syak, dzan, waham) akan mula menjadi was was atau akan mula mempercayai.
 
Azizah kecewa media hentam Anwar
Wartawan Sinar Harian
Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail

SEREMBAN – Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail membidas tindakan kerajaan yang sering menghentam suaminya melalui media arus perdana.

Wan Azizah berkata, setiap malam pasti ada berita atau isu diperbesarkan kerajaan, bagi menimbulkan rasa benci rakyat terhadap suaminya.

Menurutnya, banyak perkara dan isu rakyat perlu diketengahkan, selain daripada cerita memburukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Rakyat Malaysia dibelenggu dengan pelbagai isu lebih besar, antaranya kenaikan harga barang, penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan skandal lagi.

“Apakah tiada isu lain, selain daripada memaki dan memfitnah suami saya? Media pula umpama tiada berita lain mahu disiarkan,” katanya pada Majlis Jamuan Rakyat dan Ceramah Perdana di Felda Palong 6, Jempol, di sini, malam kelmarin.

Wan Azizah berkata, beliau kini hanya mampu berserah dan bersyukur dengan ketentuan Tuhan.

Categories: politik

gambar dan video: Anwar didapati tidak bersalah, peguam negara harus letak jawatan

January 9, 2012 Leave a comment

Datuk  Najib nampak nya lebih bersifat terbuka dan sedang melakukan benar benar transformasi yang mana tidak mencampuri urusan pembacaan akhir kes mahkamah

Karpal: Anwar telah banyak merana. Trauma yang dialami oleh keluarga ..., dan mereka harus dibiarkan bersendirian

Anwar didapati tidak bersalah, Hakim memutuskan untuk tidak menerima bukti DNA.

Pada peringkat akhir pembelaan, beban membuktikan mesti melampaui keraguan munasabah. Dan Anwar dibebaskan, Peguam negara harus letak jawatan kerana tidak ada bukti yang boleh mengsabitkan kesalahan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, berpuluh juta duit rakyat telah digunakan dalam prosiding ini, tidak kiralah siapa dibelakang Peguam negara samada UMNO atau mereka yang mengadakan kospirasi buruk ini. Dia harus meletakkan jawatan, untuk membersihkan negara pada pandangan rakyat malaysia dan dunia memerhati kan nya. Setelah hujahan demi hujahan dan pendakwa dan penguambela bersetuju tiada ada penetration berlaku bagaimana ini boleh pula menjadi ‘satu kes’ dan mempunyai merit. Ia adalah konspirasi tertinggi untuk memalukan, menghancurkan dan hanya untuk menghapuskan kredibility dia sebagai bakal Perdana menteri kelak. 

Sorak gembira

Mendapat liputan luas di seluruh muka akhbar dunia, New York times mengatakan Walaupun kes itu secara meluas dikutuk oleh pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia dan suara-suara yang terkenal di Barat, termasuk bekas Naib Presiden Al Gore dan Paul D. Wolfowitz, bekas timbalan setiausaha pertahanan, perbicaraan itu dijangka berakhir dengan sabitan. Yang akan `mengenepikan Encik Anwar untuk pilihan raya akan datang negara, yang dijangka akan berlaku selewatnya akhir tahun ini.

Anwar berkata kepada pemberita Al;jazeera bahwa bagaimana dia telah membawa masuk pakar pakar asing untuk mengenepikan setiap single bukti yang dibawa oleh pihak pendakwa, Hakim juga sebelum ini telah menerima  membawa masuk bukti yang tidak betul membawa bukti bukti yang tidak ada hujahan  langsung, menghalang pihak pembelaan membawa bukti bukti dan tiada medical examination, disetiap negara yang menggunakan pakai  rule of law di dunia ini perlukan bukti perlukan saksi untuk memberi keterangan mereka di mahkamah  dan ia tidak terjadi didalam kes saya ini, apalah yang boleh kita katakan kes ini ialah sebuah kes politik (konspirasi) 

Dengan melepaskan Anwar nampaknya Kerajan BN yang di terajui oleh Datuk  Najib nampak nya lebih bersifat terbuka dan sedang melakukan benar benar transformasi yang mana tidak mencampuri urusan pembacaan akhir kes mahkamah serta bakal dan cuba untuk mengekalkan pemerintahan nya untuk melakukan kesinabungan meneruskan kejayaan BN dan Umno seperti yang sebelumnya. Dan ini boleh dan pasti telah menaikkan nama Najib atas keterbukaan dan transformasinya itu, untuk menarik undi mereka mereka yang berada diatas pagar khasnya dalam pemilihan PRU ke13 kelak.

`


`

`

Categories: nasional

ceramah politik semalam 4/12

December 5, 2011 Leave a comment

5 hari kita mendengar tv pasal perhimpunan UMno, siang dan malam di Tv1,2,3 -Mari kita dgr 13minit each apakata Pakatan rakyat lak 😛 … Shah Alam 04/12/2011



Categories: nasional

Tiada pilihan raya negeri hingga Jun 2012

November 18, 2011 Leave a comment

Jadinya, tidak akan ada pilihanraya dan DUN tidak akan di bubar kan di Selangor, selepas jun2012 baru boleh cerita

MB S’gor: Tiada pilihan raya negeri hingga Jun 2012 Jadinya, tidak akan ada pilihanraya dan DUN tidak akan di bubar kan di Selangor, selepas jun2012 baru boleh cerita dan dijangka Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang  juga. akan mengikuti tarikh yang sama. Oleh yang demikian langkah ini juga adalah baik dan cerdik  untuk pakatan rakyat apabila Bn telah menampakkan perubahannya, dalam menarik hati rakyat dan berura ura sudah bersedia untuk bertarung kali ini.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor jika pilihan raya umum diadakan sebelum Jun 2012.

“Saya sebagai Menteri Besar hari ini menyatakan pendirian kerajaan negeri bahawa jika pilihanraya umum dilakukan kurang enam bulan maka kita tidak akan sertai tetapi jika sebaliknya negeri Selangor akan bersama dalam pilihan raya itu.

“Ini adalah ingin memastikan segala apa yang kita janjikan pada belanjawan kali ini dapat dipenuhi sepenuhnya serta rakyat dapat menikmati apa yang telah kita janjikan.

“Banyak yang kerajaan negeri telah janjikan dan kita mahu pastikan ia dapat dilaksanakan sepenuhnya,” katanya selepas majlis penutup sidang Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini.

Pada sidang akhbar itu, Abdul Khalid juga menolak dakwaan bahawa Pakatan Rakyat Selangor tidak yakin akan memenangi pilihan raya itu.

http://www.malaysiakini.com/news/181680

Categories: nasional, politik