Home > ekonomi, nasional, pendidikan > LIVE: Laporan terkini Bajet 2016

LIVE: Laporan terkini Bajet 2016

October 23, 2015 Leave a comment Go to comments

HARI ini tumpuan utama seluruh rakyat Malaysia akan terarah kepada apa yang akan disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2016 nanti.

  • Kutipan hasil Kerajan Persekutuan dianggarkan RM225.7bn bagi 2016, peningkatan sebanyak RM3.2bn berbanding 2015
  • BR1M dinaikkan kepada rm1000
  • Gaji minimum Malaysia rm 1000 bermula julai2016
  • Bantuan persekolahan RM100 diteruskan, dikhususkan kepada isi rumah berpendapatan RM3k ke bawah

 

Perdana Menteri dijadual membentang Bajet 2016 di Dewan Rakyat, bermula jam 4‎ petang ini.

Najib dijangka mengetengahkan pelbagai langkah bagi melindungi‎ ekonomi Malaysia dalam persekitaran ekonomi global serba mencabar.

Bajet 2016 merupakan bajet pertama di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 dan ia penting sebagai penanda aras kepada hala tuju negara pada masa depan.
ed6d2548104423d670c9bb6607f3b81b

Ikuti siaran langsung pembentangan Bajet 2016 ini:

4.00 pm: Perdana Menteri telah masuk ke dewan, pembentangan akan bermula sebentar lagi.
Berikut ialah inti pati Bajet 2016 bertemakan ‘Mensejahtera Kehidupan Rakyat’ yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat hari ini.
4.10 pm: Ekonomi negara dijangka berkembang 4.5-5.5% tahun ini berbanding jangkaan 3.1% untuk ekonomi global

4.12 pm: Malaysia tidak dapat lari dari kelembapan ekonomi global; penurunan harga komoditi, penyusutan nilai RM & pertumbuhan perlahan negara-negara kuasa besar

4.13 pm: Pertumbuhan ekonomi negara dijangka berkembang 4-5% pada tahun 2016 dipacu oleh pelaburan (6.7%) & penggunaan swasta (6.4%)

4.15 pm: Defisit fiskal dijangka berkurang kepada 3.2% tahun ini daripada 6.7%

4.16 pm: Kadar kemiskinan berkurang kepada 0.6% pd 2014 daripada 3.8% tahun 2009, malah kemiskinan tegar hampir disifarkan

4.17 pm: Kadar pengangguran berjaya dikurangkan kepada 2.9% & sebanyak 1.8 juta peluang pekerjaan diwujudkan

4.18 pm: 5 juta rakyat di luar bandar mendapat kemudahan asas seperti bekalan elektrik & air bersih

4.19 pm: Pelaburan asing kukuh pd RM22.4bn pada separuh pertama 2015

4.20 pm: Rizab antarabangsa kekal tinggi pada RM418b pada 15 Okt 2015, mampu biayai 8.8 bulan import tertangguh& 1.2 kali hutang luar jangka pendek

4.21 pm: Negara dijangka terus berada dalam inflasi terkawal di antara 2-3% tahun hadapan

4.22 pm: Kadar patuh serahan atau submission GST mencapai lebih 90%

4.23 pm: Keputusan kerajan laksana GST adalah tepat berikutan kejatuhan harga minyak lebih 50%

4.24 pm: Jumlah sumbangan dividen oleh Petronas kepada Perbendaharaan bergantung kepada naik turun harga minyak dunia

4.25 pm: Harga minyak dunia dijangka kekal rendah pada 2016 & kutipan hasil daripada sumber berkaitan minyak dianggar RM31.7bn

4.26 pm: Kutipan GST terpaksa menampung sebahagian kekurangan kutipan hasil petroliam

4.27 pm: Kutipan cukai SST hanya RM18bn berbanding kutipan GST sebanyak RM39bn

4.28 pm: Tanpa GST, defisit negara akan meningkat kepada 4.8% & bkn 3.1% seperti yang disasar tahun 2016

4.29 pm: Tanpa tmbahan kutipan cukai, Kerajan terpaksa pinjam untuk bayar gaji penjawat awam, penarafan kredit negara diturunkn & kos pinjaman meningkat

4.30 pm: Meskipun kewangan negara terkekang, Kerajaan terus dengar denyut nadi & rintihan rakyat

4.31 pm: Kerajaan bersedia melepaskan lagi pendapatan cukai GST terhadap beberapa barangan asas

4.32 pm: GST kadar sifar ke atas semua jenis ubat terkawal di bawah senarai Racun kumpulan A, B, C & D

4.33 pm: GST kadar sifar ke atas tmbahan 95 jenama ubat over-the-counter meliputi 30 penyakit seperti kanser, kencing manis, darah tinggi & sakit jantung

4.34 pm: Pengenaan GST kadar sifar ke atas ubat-ubat yang disebut melibatkan peningkatan dua kali ganda kpd 8,630 jenama ubat daripada 4,215

4.35 pm: GST kadar sifar atas barangan makanan seperti susu bayi & kanak-kanak berasas kacang soya & susu organik, dhal, gula merah, mee kolok kering dan lain-lain

4.36 pm: Untuk petani kcil dengan mnfaat skim kadar rata GST, threshold jualan tahunan untuk pendaftarn skim ini diturunkn kepada RM50k daripada RM100k

4.37 pm: Lebih petani kecil boleh daftar bawah skim kadar rata GST & kenakan tambahan 2% ke atas nilai jualan yang boleh tampung GST yang dibayar input

4.38 pm: Syarikat-syarikat penyelenggaraan industri aeroangkasa dibenar sertai Approved Trader Scheme & diberi pelepasan GST atas baragan import

4.39 pm: Pelepasan GST untuk pengimportan semula barangan yang dieksport secara sementara bagi promosi, penyelidikan atau pameran

4.40 pm: Bagi industri minyak & gas, pelepasn GST diberi kepada pengimportan semula peralatan yang dieksport secara sementara bagi tujuan sewaan & pajakan

4.41 pm: Pelepasan GST juga utk perolehan bhn & peralatan mengajar, utk penyedia latihan kemahiran & vokasional

4.42 pm: Pengguna pra-bayar telco warga Malaysia akan dapat kembali rebat bersamaan dengan amaun GST yg dibayar, dikredit terus mulai 1 Januari–31 Disember 2016

4.43 pm: Cukai pendapatan dinaikkan kepada 26% daripada 25% bagi mereka yang berpendapatan antara RM600k-RM1juta

4.44 pm: Bajet 2016 memperuntuk RM267.2bn berbanding peruntukan RM260.7bn yang dipinda bagi tahun ini

4.45 pm: RM215.2bn untuk perbelanjaan mengurus, RM52bn bagi perbelanjaan pembangunan

4.46 pm: Kutipan hasil Kerajan Persekutuan dianggarkan RM225.7bn bagi 2016, peningkatan sebanyak RM3.2bn berbanding 2015

4.47 pm: Defisit fiskal Kerajaan dijangka menguncup kepada 3.1% pd 2016

4.48 pm: Najet 2016 bertemakan “Mensejahtera Kehidupan Rakyat”, bertunjangkan 5 Keutamaan

4.49 pm: Pelaburan domestik akan terus dirancakkan dengan jangkaan sumbangan kepada KDNK pada 26.7 peratus bagi 2016

4.50 pm: Ini akan dipacu oleh pelaburan swasta yang meningkat sebanyak RM218.6b serta disokong oleh pelaburan awam sebanyak RM112.2b

4.51 pm: Membangun Malaysian Vision Valley, keluasan 108,000 ha dari Nilai ke Port Dickson, dengan unjuran pelaburan permulaan RM5b pada 2016

4.52 pm: Melaksana Cyber City Centre di Cyberjaya dengan nilai pembangunan hampir RM11 bilion dalam tempoh 5 tahun

4.53 pm: Membangun Bandar Lapangan Terbang atau Aeropolis KLIA di kawasan seluas 1,300 ekar dan dijangka menarik pelaburan sebanyak RM7bil

4.54 pm: Pelaburan RM6.7b oleh Khazanah dalam 9 projek domestik seperti penjagaan kesihatan, pendidikan, pelancongan, perisian & infra komunikasi

4.55 pm: Khazanah juga memperuntukkan RM500j untuk modal teroka & dana ekuiti persendirian termasuk dana teroka modal pelancongan sebanyak RM50j

4.56 pm: Pelaburan seterusnya dianggarkan RM18 bil untuk tahun 2016 bagi Projek RAPID Complex di Pengerang, Johor

4.57 pm: Pembangunan RubberCity di Kedah dengan peruntukan RM320j, Taman Perindustrian Samalaju, Sarawak RM142j & Jeti Minyak Sawit di Sandakan RM20j

4.58 pm: Pembangunan industri Kimia, E&E, Mesin & Peralatan, Aeroangkasa, Peranti Perubatan & Perkhdmtan. RM730j disedia kepada dana-dana di bawah MIDA

4.59 pm: Syarikat sedia ada dalam pengilangn & pertanian terpilih yang tamat tempoh Elaun Pelaburan Semula, insentif Elaun Pelaburan Semula Khas akan diberi

5.00 pm: Kerajaan setuju untuk laksana beberapa inisiatif termasuk potongan cukai ke atas kos penerbitan sukuk Sustainable & Responsible Investments

5.01 pm: Pengecualian duti setem sebanyak 20% ke atas surat cara pembiayaan patuh syariah untuk pembelian rumah

5.02 pm: Tambahan RM1b bagi Skim Dana Pembiayaan PKS Patuh Syariah sehingga 31 Disember 2017, Kerajaan tanggung 2 peratus daripada kadar keuntungan pembiayaan

5.03 pm: RM107j untuk Pelan Induk PKS bagi pemberian dana, RM60j untuk Skim Anjakan Usahawan dan Skim Peningkatan Kapasiti serta Keupayaan PKS

5.04 pm: Menubuhkan dana pinjaman mudah SME Tech Transformation Fund sejumlah RM200j, di bawah SME Bank pada kadar faedah 4%

5.05 pm: RM18j untuk memperluas Projek Transformasi Kedai Runcit atau TUKAR, dan Projek Automative Workshop Modernisation atau ATOM

5.06 pm: RM900j diperuntukkan untuk Projek Penyuraian Trafik Jalan Tun Razak, yang akan dilaksana secara kerjasama strategik awam-swasta

5.07 pm: RM42j disediakan bagi pembinaan Lapangan Terbang Mukah, Sarawak dan menaik taraf lapangan terbang di Kuantan dan Kota Bharu.

5.08 pm: MRT II Sg Buloh-Serdang-Putrajaya dengan anggaran kos pembinaan RM28b direncana bermula dalam suku ke2 2016, dijangka siap menjelang 2022

5.09 pm: Projek LRT3 dari Bandar Utama, Damansara-Johan Setia, Klang dengan anggaran kos pembinaan RM10b mula dibina 2016, siap pada 2020.

5.10 pm: Projek Bus Rapid Transit KL-Klang pada kos melebihi RM1.5b & Bus Rapid Transit Kota Kinabalu pada kos hampir RM1b akan dilaksanakan

5.11 pm: SKMM menyediakan RM1.2b, antara lain, untuk meningkatkan kelajuan internet luar bandar dari 5 Megabit sesaat, kepada 20 Megabit sesaat

5.12 pm: RM1.4b bagi membina serta naik taraf jalan luar bandar sepanjang 700km di seluruh negara. RM200j bg menaik taraf jalan di kawasan penempatn FELDA

5.13 pm: RM878j untuk Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar, yang membabitkan 10k rumah. RM568j bagi Projek Bekalan Air Luar Bandar untuk 3000 rumah

5.14 pm: RM60j untuk Program Ameniti Sosial, terutamanya projek perparitan bagi cegah banjir. Tumpuan di Kelantan, Kedah, Terenganu, Pahang, Sabah & Sarawak

5.15 pm: RM70j untuk meneruskan Program Rural Business Challenge dan Program Desa Lestari

5.16 pm: RM67j diperuntukkan bagi Projek Kenderaan Bas MARA, untuk pengendalian pengangkutan bas di laluan yang tidak ekonomik di luar bandar

5.17 pm: Untuk 2016, Kerajan sasarkan 30.5j pelancong yang dijangka menyumbang RM103b kepada ekonomi RM1.2b diperuntukkan kepada Kem Pelancongan

5.18 pm: Pengecualian cukai sedia ada sebanyak 100% daripada pendapatan berkanun kepada pengusaha pelancongan dilanjut mulai 2016 sehingga 2018

5.19 pm: RM450j bagi pelbagai program seperti penanaman buah & sayur serta geran pemadanan & penyelidikan produk herba & penternakan ikan dalam sangkar

5.20 pm:
RM180j bagi menaiktaraf infrastruktur saliran dan pengairan di kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu

5.21 pm: RM190j kepada FAMA, bagi Program Penurunan Harga, dengan menambah 50 Pasar Tani & wujudkan 150 Agrobazaar Rakyat 1Malaysia yang baru

5.22 pm: RM235j diperuntukkan kepada MATRADE, untuk Program Promosi 1Malaysia, Dana Eksport Perkhidmatan dan Dana Promosi Eksport

5.23 pm: Bagi menjadikan negara sebagai hab teknologi yang kompetitif di rantau ini, RM1.5b diperuntukkan kepada Kem Sains, Teknologi & Inovasi

5.24 pm: PKS yang membuat perbelanjaan R&D sehingga RM50k bagi setiap tahun taksiran, layak menuntut potongan cukai 2x secara automatik

5.25 pm: RM30j untuk keusahawanan generasi muda seperti Global Entreprenuship Community, BAHTERA, GREAT, 1MET, Nat Innovtion Comptn, Projek Perintis Coding

5.26 pm: RM515j diperuntukkan bagi meningkatkan mutu bekalan elektrik di Sabah.

5.27 pm: Kerajaan mensasarkan pengurangan intensiti pelepasan gas rumah hijau sehingga 40% KDNK pada 2020

5.28 pm: Melanjutkan tempoh pelaksanaan Skim Pembiayaan Teknologi Hijau sehingga 31 Disember 2017, dengan dana sebanyak RM1.2 bil

5.29 pm: Di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-25, RM41.3b diperuntukkan. Antara lain, Kerajaan akan bina 30 sekolah rendah, 27 sekolah menengah, 4 MRSM, 5 SBP

5.30 pm: Untuk peringkat kelas prasekolah pula, RM44.6j diperuntukkan untuk pelbagai program di 9,113 buah kelas seluruh Malaysia

5.31 pm: Bantuan persekolahan RM100 diteruskan, dikhususkan kepada isi rumah berpendapatan RM3k ke bawah. Ini memanfaatkan 3.5j pelajar dengan RM350j

5.32 pm: Had maksima pelepasan cukai ke atas yuran pengajian pendidikan tinggi bagi pembayar cukai individu, dinaik kepada RM7k daripada RM5k setahun

5.33 pm: Program Baucar Buku 1M yang bernilai RM250 bg 1.2j pelajar diteruskan, kaedah penebusan hanya di kedai-kedai buku yang diiktiraf

5.34 pm: Kita sasarkan 60% daripada 1.5j pekerjaan baharu adalah pekerja berkemahiran TVET menjelang 2020. RM4.8b diperuntuk kepada 545 Institusi

5.35 pm: RM145j untuk mempersiapkan atlet negara untuk menghadapi cabaran Sukan SEA ke-29, dan Sukan Para ASEAN ke-9 pd 2017 di Kuala Lumpur

5.36 pm: RM75j untuk terus lahirkan jaguh sukan melalui Program Pembangunan Podium Sukan Elit, RM22j untuk bina Kompleks Sukan di Bangunan Datoh & Kuantan

5.37 pm: RM360j untuk tambahbaik PLKN bagi 20k pelatih. Ia melibatkn kurikulum baru seperti kemahiran berfikir secara kreatif & kemahiran teknikal

5.38 pm: RM160j untuk NGO-NGO bagi melaksanakan program berasaskan pembangunan komuniti, perpaduan, kebajikan masyrakat, kesihatan dan keselamatan

Categories: ekonomi, nasional, pendidikan
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s