Home > dunia, nasional, politik > 101 East – Murder in Malaysia

101 East – Murder in Malaysia

September 11, 2015 Leave a comment Go to comments

Kes profile tinggi, Al Jazeera tidak akan dapat berita penuh dari kerajaan Malaysia, Bagaimana Al Jazeera dapat mengorek berpuluh infomasi dunia Spy cable dari amerika ke eropah ke afrika ke timur tengah, ke china. Kes untuk Malaysia mereka tidak akan dapat banyak ruang, sama seperti Al Jazeera cuba untuk memasuki berita inside Israel untuk mengorek kekejaman Zionis yang mana mereka gagal menembusi. Ini adalah kes di anggap kes lama. Kes sudah selesai, Tetapi ia terus menghantui, menghasilkan bayangan tidak baik didalam UMNO

Wartawan di sebalik pembikinan siri khas Al Jazeera tentang pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, didakwa telah diusir pulang ketika sedang membuat dokumentari tersebut.

Ini didedahkan dalam program mingguan Al Jazeera 101 East, dan usaha susulan terhadap misteri pembunuhan yang terus menghantui Malaysia itu.

Dalam menjalankan siasatannya itu, wartawan Australia Mary Ann Jolley, yang melaporkan berita itu untuk Al Jazeera, tiba-tiba diusir pulang pada 14 Jun dari Kuala Lumpur selepas Kementerian Dalam Negeri didakwa menganggap aktiviti beliau sebagai mempunyai “kesan negatif terhadap imej Malaysia” .

Jolley ditunjukkan berkata dalam dokumentari itu, “Saya diusir pulang dari Malaysia. Saya sedang diiringi oleh kira-kira 5 ejen kastam dan seorang lelaki dalam pakaian tentera, jadi saya sedang menaiki penerbangan saya ke Sydney.”

lihat 101 east


Ketika di Airport

Program itu telah disiarkan hari ini pada jam 6.30 pagi dengan siaran ulangan pada pukul 5.30 petang dan boleh didapati dalam talian di laman webnya.

Published on Sep 10, 2015
Shot, kemudian ditiup kepada pecahan dengan bahan letupan gred tentera, pembunuhan di tahun 2006 Altantuya Shaariibuu adalah salah satu daripada kes-kes pembunuhan yang paling sensasi di Malaysia. Walaupun bertahun telah berlalu sejak kematian wanita muda Mongolia itu, ia adalah satu kes yang tidak hilang. IA bagaikan duri dalam daging untuk Umno sebelum ini, kini dan akan datang.

101 East menyiasat mereka yang terlibat dalam kes itu dan bertanya sama ada kedua-dua lelaki yang disabitkan kesalahan membunuh adalah “fall guys” bagi orang lain yang telah mengarahkan pembunuhan Shaariibuu.

Dari malaysia-chronicle: Beberapa pegawai imigresen berkata kepada saya yang penghantaran pulang saya tidak dijangka dan beberapa kali memohon maaf bagi tindakan kerajaan mereka.

Saya pernah melaporkan cerita dari rejim yang sering dikatakan paling menindas  – Korea Utara, Zimbabwe, Arab Saudi dan Libya Gaddafi, dan tidak pernah dihantar pulang dari kerja saya sebagai wartawan sebelum ini. – TMI

Kitab Alhikam berkata:

Membuat dosa lalu merasa kekesalan di jiwa adalah lebih baik daripada berbuat taat tetapi riak

Bagaimana mereka mereka berkumpulan boleh melakukan, merancangkan, pembunuhan ini tanpa rasa kesal?,,, sungguh hebat mereka itu

Categories: dunia, nasional, politik
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s