Home > dunia > Serangan terrorsist, Idea bagus, 80 Masjid di Tunisia ditutup selama seminggu

Serangan terrorsist, Idea bagus, 80 Masjid di Tunisia ditutup selama seminggu

Serangan 39 maut, Serangan Pantai Tunisia

Apabila masjid di jadikan tempat ceramah, tempat bermula nya bibit bibit kerosakan, tempat melahirkan mereka yang berotakkan terorrsist, memang sesuailah ia di tutup. Agar ia tidak pergi lagi jauh, kemudian ia Di pantau.

Masjid adalah tempat ibadat 5 waktu sehari semalam, dan ia perlu di makmurkan. Ia adalah wajib. Apabila sesebuah masjid atau surau tidak di hidupkan amalan 5 waktu, maka kesemua penduduk kariah berkenaan akan berdosa,

Tetapi apabila di situ menjadi tempat ceramah melahirkan insan insan yang rosak, insan yang mengebomb orang tidak berdosa, yang mempunyai agenda yang lain dari jalan sunnah, maka elok lah di tutup sementara. Untuk mendapatkan masa bertenang yang khair dan sesuai,.

Majlis agama islam di malaysia boleh menggunakan cara yang kerajaan tunisia ini buat. Dan ia nampak macam berkesan.

Pembunuhan keatas orang yang tidak berdosa, atas rasa berAgama - AFTERMATH: Aftermath of the terrorist attack in Tunisia.Picture by BBC

Pembunuhan keatas orang yang tidak berdosa, atas rasa berAgama – AFTERMATH: Aftermath of the terrorist attack in Tunisia.Picture by BBC

TUNIS – Kerajaan Tunisia semalam memutuskan untuk menutup 80 masjid yang didakwa mempunyai kaitan menyebarkan aktiviti keganasan termasuk menyebabkan serangan yang mengorbankan 39 orang kelmarin.

“Semua 80 buah masjid akan ditutup dalam masa seminggu,” kata Perdana Menteri Tunisia, Habib Essid.

Katanya, langkah itu juga sebagai salah satu tindakan meningkatkan kawalan keselamatan ekoran pembunuhan di sebuah resort tepi pantai Saosse.

Habib memberitahu, kebanyakan mangsa yang terlibat dalam kejadian itu terdiri daripada warga Britain rakyat Jerman, Belgium dan lain-lain negara.

“Kerajaan akan mengambil langkah ke–selamatan tambahan luar biasa,” katanya yang menekankan kepada kawasan pelancongan dan arkeologi.

Tentera simpanan juga telah dikerahkan bagi meningkatkan kawalan keselamatan di semua lokasi yang berpotensi menjadi sasaran pengganas.

“Kerajaan juga akan membubarkan parti politik dan mana-mana pertubuhan yang tidak mematuhi undang-undang,” kata Habib merujuk kepada kumpulan yang menyebarkan fahaman radikal.

Tunisian police surround the area around the beachside hotel in the hunt for the gunman.

Tunisian police surround the area around the beachside hotel in the hunt for the gunman.

Semalam, militan Islamic State (IS) me–ngaku bertanggjawab melakukan serangan oleh seorang anggota mereka yang bernama Abu Yahya al-Kairouani. – dpa

 

Categories: dunia
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s