Home > variety > Burj Khalifa punyai tiga waktu berbuka puasa

Burj Khalifa punyai tiga waktu berbuka puasa

image

Burj Khalifa tertinggi di dunia, Penghuni di aras 80-150 tingkat akan berbuka puasa dua minit selepas azan dan bagi mereka yang tinggal di aras 150 tingkat ke atas harus berbuka puasa lewat tiga minit.

LAZIMNYA perbezaan waktu berbuka puasa disebabkan oleh perbezaan wilayah, negeri, misalnya waktu berbuka puasa di Shah Alam selalunya akan berbeza dengan Kuala Lumpur, meskipun secara geografinya kedua-dua kawasan itu berdekatan.

Namun, pernahkah anda mendengar adanya waktu berbuka puasa yang berbeza waktu dalam satu bangunan?
Menarik bukan, memetik laporan Kompas.com perkara yang kelihatan mustahil berlaku di Malaysia ini terjadi di bangunan tertinggi di dunia iaitu di Burj all-Khalifa di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
KENAPA BERBEZA WAKTU
Laporan itu dipetik, puncanya adalah kerana faktor ketinggian.
Oleh itu , Kementerian Urusan Agama Islam dan Amal Sosial di Dubai telah menerbitkan jadual berbuka puasa khusus  di bangunan ini.
Sebagai pencakar langit tertinggi di dunia sejak 2010 hingga kini dan berlokasi di negara Islam, bangunan ini mendapat perakuan berbeza waktu berbuka puasa berbanding lokasi-lokasi lainnya di Dubai.
“Tingginya bangunan inilah yang pada akhirnya mempengaruhi waktu berbuka puasa….pembahagian ini berdasarkan matahari terbenam yang dilihat oleh penghuni bangunan ini,” petik kenyataan Pengarah urusan agama Islam dan Amal Sosial Dubai,  Dr. Ahmed Al Haddad.
Menurut Ahmed,  penghuni yang tinggal di aras 80 tingkat ke bawah, akan berbuka puasa sama dengan waktu di mana ketika azan Maghrib berkumandang di televisyen Dubai atau masjid berdekatan, manakala penghuni di aras 80-150 tingkat akan berbuka puasa dua minit selepas azan dan bagi mereka yang tinggal di aras 150 tingkat ke atas harus berbuka puasa lewat tiga minit.
 Namun, mereka yang berada di aras ini akan menunaikan solat subuh tiga minit lebih awal berbanding penghuni yang berada ditingkat bawah.
Categories: variety
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s