Home > nasional > Pudu: Kereta VW Polo merempuh kereta peronda polis

Pudu: Kereta VW Polo merempuh kereta peronda polis

Published on 24 June 2015

Sebuah kereta yang tidak dikenali secara tiba-tiba dirakamkan merempuh sebuah kereta peronda polis pada kelajuan tinggi. Motif kejadian tidak diketahui dan kereta jenis VW Polo itu kemudiannya terus memecut.

Video dari ‘dashcam’ bertarikh Isnin, 22 Jun, jam 9 pagi itu menunjukkan kejadian berlaku di Jalan Pudu menuju ke Jalan Hang Tuah di mana terletaknya Ibu Pejabat Kontigen Polis Kuala Lumpur.
Ia memang sengaja me rempuh dan terus merempuh lagi ..

Updated
Pemandu kereta jenis Volkwagen Polo yang dirakamkan melanggar belakang sebuah kereta peronda polis pada Isnin lalu, hari ini dihadapkan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.

Lua Norman, 21, seorang pelajar kolej swasta di Kota Damansara bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, Lua gagal mengawal kenderaan yang dipandunya dan menyebabkan kecederaan terhadap anggota peronda polis Nor Alhayari Buyong, 58, dan Zainal Abu Bee Din, 50.

Categories: nasional
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s