Home > dunia, Syria/Iraq > Syria war: Akhirnya Idlib jatuh

Syria war: Akhirnya Idlib jatuh

idlid

Idlib amat penting untuk Assad, tetapi ia jatuh juga di tangan pejuang yang di beri nama baru Jaish al fattah

Setelah kata sepakat di dapati dalam mesyuarat, untuk membawa kesemua kumpulan ke meja rundingan pon amat susah kerana idealogi berlainan sesama kumpulan pejuang, ia sudah membawa kejayaan, amat manis lagi apabila mereka dapat menakluki Idlib, setelah berbulan lamanya melakukan intipan, pejuang pejuang yang ber macam ideologi ini bersatu hati, bertahun mereka berada di medan perjuangan, sekali ini bertekad, untuk melakukan penyerangan berani terhadap Assad dan sekutunya, yang advance dalam persenjataan. Semua mereka menanti saat ini, tidak sabar untuk melakukan penyerangan bersemuka di tanah Idlib secara berdepan, selama 5 hari 4 malam, desingan peluru, mortar, missile dan sebagainya, pertempuran sengit tersebut, satu persatu askar Assad rebah, satu persatu juga askar pejuang Jaish al fattah rebah, akhirnya Idlib jatuh ketangan pejuang Islam sunni yang berlainan ideologi atau nama baru diberi nama Askar Fattah (jaish al fattah)

Pejuang berada di hadapan banggunan kerajaan yang di tawan

Pejuang berada di hadapan banggunan kerajaan yang di tawan

Jaish al fattah terdiri dari

  • al-Nusra Front,
  • Jund al-Aqsa,
  • Jaish al-Sunnah,
  • Liwa al-Haqq,
  • Ajnad al-Sham,
  • Faynad al-Sham
  • Al-Qaeda

Idlib terletak berhampiran lebuh raya utama yang menghubungkan Damsyik dengan Aleppo, dengan jumlah penduduk kira-kira 165,000


Hak Asasi Manusia, yang memantau konflik melalui rangkaian aktivis berkata, pemberontak telah mengambil kawalan semua bandar selepas runtuhnya tentera kerajaan pimpinan Assad bergerak berundur ke selatan Idlib,
“Al-Nusra Front dan sekutu-sekutunya telah mengambil alih semua jajahan Idlib,” kata pemerhati yang berpangkalan di Britain, sambil menambah bahawa sekurang-kurangnya 130 orang terbunuh dalam serangan.
“Syukur kepada Allah, bandar Idlib telah dibebaskan,” yang Nusra ront telah menulis dalam satu akaun Twitter, agensi berita AFP melaporkan.

Sementara itu, TV Syria berkata tentera kerajaan telah menyusun semula unit mereka di selatan bandar besar tersebut.
Kerugian di Idlib menandakan tamparan kedua kepada tentera kerajaan Syria minggu ini, selepas pemberontak menawan bandar purba dan strategik Bosra al-Sham di selatan.
Lebih daripada 220,000 orang terbunuh dalam konflik itu, yang bermula dengan protes popular di Mac 2011 dan akhirnya bertukar menjadi perang saudara berikutan tindakan keras dan kejam tentera Assad.

 

Categories: dunia, Syria/Iraq
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s