Home > nasional > Hutang negara naik mendadak, kini RM740 bilion

Hutang negara naik mendadak, kini RM740 bilion

Amat menakutkan,,, kita sendiri lih terasa bebanan hutang ini,, walaupon bukan kita yang berhutang, kita sedikit demi sedikit telah hampir kepada negara Greece, Sepanyol, Ukraine, Austria, Latvia, dan Mexico dalam bebanan hutang.

Pakar ekonomi telah memberikan amaran bahawa Malaysia akan berhadapan dengan keadaan negara muflis jika jumlah hutang negara mencecah RM 1 Trillion dan mengikut unjuran hutang negara, negara bakal muflis pada 2019 dengan kadar hutang RM1.16 trillion. (jika trend ini berterusan) Ianya menunjukkan bahawa negara kita bakal mengulangi negara yang pernah muflis seperti Rusia, Argentina, Greece dan Iceland.

Apa kah faktor yang membuatkan Malaysia berhutang begitu banyak?

http://www.malaysiakini.com/news/291642

hutang negara masih boleh di atasi, jika jalan nya betul, dengan pentadbir dan org yang betul kerana pendapatan negara amat tinggi

hutang negara masih boleh di atasi, jika jalan nya betul, dengan pentadbir dan org yang betul kerana pendapatan negara amat tinggi

Hutang luar negara Malaysia meningkat mendadak sebanyak tiga kali ganda kepada RM740 bilion dalam suku ketiga tahun lepas daripada RM196 bilion pada akhir tahun sebelumnya.

Dalam jawapan bertulis kepada William Leong (PKR-Selayang), Kementerian Kewangan berkata kenaikan tinggi itu akibat “takrifan baru” hutang luar negara.

Kementerian juga berkata dua pertiga tambahan hutang itu akibat ramai warga asing membeli bon Malaysia, yang kini dianggap sebahagian hutang luar negara.

Hal ini, Leong berkata bahaya pinjaman yang dibuat oleh syarikat tempatan daripada syarikat asing, seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB), di mana sejumlah besar hutang RM42 bilion yang dilaporkan terhutang kepada entiti asing.

“Hal ini di mana syarikat seperti 1MDB jatuh, dan hutang luar negeri yang besar ini mewakili syarikat tersebut mempunyai hutang dengan pihak asing,” katanya.

Jumlah terkini turut didedahkan bahawa hutang kerajaan pusat mencecah RM582 bilion atau 54.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

Categories: nasional
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s