Home > nasional > Jenazah nik aziz selamat di semadikan

Jenazah nik aziz selamat di semadikan

February 13, 2015 Leave a comment Go to comments

1931-2015 Datuk Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka pada jam 10.55 pagi 13/02/2015

sedih, tiga berita sensasi dalam seminggu nyayat hati, nik aziz, anwar ibrahim dan hasbullah awang

SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN

13 Februari 2015

PERGINYA seorang murabbi…  Berita pemergianmu disambut tangis hiba tanpa mengira agama dan bangsa.

Sebagai orang media, pernah beberapa kali kami bersua muka namun jauh lebih banyak saya ‘mengenali’ Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerusi paparan berita.

Tidak kurang juga melalui gambar-gambar yang dirakam lensa kamera memaparkan kehidupan biasa bekas Menteri Besar Kelantan itu.

Walau hanya beberapa kali diberi peluang bertentang mata, namun saat perkhabaran Allahyarham sudah kembali menemui sang pencipta, kenangan lalu kembali bermain di ruang mata.

Betapa saya kagum melihat keperibadiannya. Ketika itu, saya ditugaskan membuat liputan perjalanan Muktamar Tahunan Pas kali ke-58 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) Pengkalan Chepa, Kelantan, beberapa tahun lalu.

Ketika itu keadaannya kelihatan agak uzur, namun pemimpin yang dikenali dengan keluhuran budi itu masih sudi melayan kerenah media.

Soalan diajukan bertubi-tubi, ya.. semuanya bernada kontroversi. Namun wajah Mursyidul Am Pas itu saya lihat tenang…

Diangkat gelas air kosong di tangan kanannya. Dia meneguk air itu perlahan, tidak bingkas melatah meski diasak pemberita.

Saya bukan orang yang dekat dan kerap bertemu Allahyarham. Namun peluang kali pertama bertemu secara dekat itu membuatkan saya teruja.

Saya menilai personaliti Allahyarham buat simpanan memori sendiri. Wajahnya saya teliti.

Hari ini, memori itu kembali dikenang namun dengan hati yang cukup sayu.

Bulan lalu, tanggal 10 Januari genap umur Allahyarham 84 tahun. Ketika itu Allahyarham menjalani rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) ekoran penyakit kanser prostat tahap empat yang dihadapinya.

Sempena hari penting buat pemimpin ulung itu, paparan Facebook milik Allahyarham berkongsi petikan ceramahnya berkaitan umur.

“Umur ialah anugerah ALLAH SWT kepada kita. Ia merupakan bekas yang boleh diisi sama ada dengan pahala atau dosa. Orang yang beriman akan sangat bimbang mengisi bekas umur ini dengan dosa kerana takut kesannya pada hidup.

“Sebagaimana orang kita kalau ingin meracun lalang, dibancuh racun di dalam baldi. Baldi itu sebelum diguna semula untuk tujuan lain akan dibasuh sebersih-bersihnya kerana bimbang kesan buruk racun jika tidak dibersihkan.

“Maka sebagaimana kita basuh baldi yang berisi racun bimbang kesan buruknya, demikian bekas umur kita wajib dibasuh dengan amalan soleh jika pernah diisi dengan dosa,” bunyi petikan kuliah tersebut.

Allahuakbar!!! Pergi mu sukar dicari ganti… dan bumi Kelantan menangis lagi.

Perginya seorang pemimpin yang pernah dianugerahkan gelaran menteri besar paling bersih di Malaysia selepas 18 tahun mentadbir Kelantan.

Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah oleh Gerakan Rakyat anti Korupsi (Gerak) pada 2008.

Pada 2009, Allahyarham antara 50 tokoh Islam berpengaruh di dunia dan disenaraikan dalam buku berjudul “The 500 Most Influential Muslims”.

Semoga ALLAH merahmati setiap perjalanan, perjuangan dan ilmu yang kamu sampaikan Tok Guru.

Sesungguhnya dari DIA kita datang dan kepada DIA kita kembali. Innalillahiwainnailaihirajiun… al-Fatihah.

Categories: nasional
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s