Home > nasional > Untung nasib Anwar ditentukan Esok

Untung nasib Anwar ditentukan Esok

February 9, 2015 Leave a comment Go to comments

Para pemerhati berpendapat, kemungkinan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dibebaskan, namun tangan-tangan ‘politik’ mungkin muncul dan menyaksikan bekas timbalan perdana menteri itu dipenjara buat kali kedua. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Februari, 2015.

Esok, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetahui untung nasib beliau, sama ada hilang kedudukan politiknya, atau dibebaskan daripada dakwaan liwat dan terus kekal sebagai ketua pembangkang dan di sumbat ke penjara Sungai Buluh.

John Malott, bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia: Sukar meneka keputusannya, kerana kes ini bermotifkan politik sejak awalnya, bermula daripada pertemuan Saiful dengan Najib (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak) sebelum pendakwaan difailkan. –

Dr Ooi Kee Beng, timbalan pengarah, Institut Kajian Asia Tenggara: Sekiranya keadilan wujud dalam kehakiman, jika kita ada kehakiman yang tidak dapat disangsikan, saya rasa beliau akan dibebaskan… ia lebih daripada sekadar keraguan yang munasabah.

Lim Chee Wee, presiden Majlis Peguam: Anwar harus dibebaskan, mudah sahaja, kerana bukti yang lemah. Dalam banyak aspek, kebarangkalian mencadangkan pendakwaan terpilih dan konspirasi.

Phil Robertson, timbalan pengarah Hak Asasi Manusia (Asia) Human Rights Watch: Menyedihkan, saya berpendapat beliau akan didapati bersalah. Kebanyakan mereka dalam komuniti antarabangsa, dan kerajaan lain turut mempunyai pendapat yang sama.  Saya berpendapat beliau akan disabit kesalahan kerana kerajaan bertungkus lumus menggunakan sistem yang ada dalam kes ini. Kami berharap mahkamah akan bebas dan tidak berpihak serta membuat keputusan berdasarkan bukti.

graphic_Anwar_trial_infographic_heza_060215_bahasa_(1)

 

Categories: nasional
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s