Home > nasional > boikot mcD nampak nya berjaya

boikot mcD nampak nya berjaya

Salah sebuah premis McDonald's di Shah Alam kelihatan sunyi tanpa kehadiran pelanggan, hari ini. - Foto Sinar Harian Online oleh MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI

Salah sebuah premis McDonald’s di Shah Alam kelihatan sunyi tanpa kehadiran pelanggan, hari ini. – Foto Sinar Harian Online oleh MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI

Harga seunuit peluru M16 ialah rm 1.28 sen Federal Cartridge Co 5.56mm 62 Grain XM855 FMJ - 420 Rounds in Ammo Can on Stripper Clips Price / Box: $174.97

Harga seunuit peluru M16 ialah rm 1.28 sen di pasaran amerika
Federal Cartridge Co 5.56mm 62 Grain XM855 FMJ – 420 Rounds in Ammo Can on Stripper Clips
Price / Box: $174.97

Syabas rakyat Shah alam, Syabas rakyat selangor, syabas rakyat australia dengan boikot barang yang syarikat berkepentingan dengan israel anda menyelamatkan , jika anda belanja 10rm, tolak profit untung syarikat 30% darinya, maka lebih kurang Rm 3  anda menyelamatkan, bermakna 2 peluru hidup TIDAK untuk israel.

SHAH ALAM – Kempen boikot McDonald’s yang bertebaran beberapa hari lalu di media sosial dan aplikasi mesej nampaknya benar-benar memberi kesan apabila tinjauan mendapati premis makanan segera itu kelihatan lengang pagi tadi.

Sinar Harian Online memilih dua premis di sekitar Shah Alam yang selalunya menjadi tumpuan untuk tinjauan pihak kami pada sebelah pagi tadi.

Hasil pemerhatian hampir setengah jam mendapati tiada sebuah pun kenderaan melalui kaunter pandu lalu McDonald’s di salah sebuah premis, sementara suasana di dalam premis pula sunyi tanpa kehadiran pelanggan.

Menyedari kehadiran krew kami, seorang kakitangan premis meminta kerjasama kami supaya tidak membuat sebarang rakaman.

“Bang tak boleh rekod bang,” katanya sebelum kami beredar menuju ke sebuah lagi premis McDonald’s sekitar Shah Alam.

Sebuah lagi premis McDonald’s pilihan kami juga nampaknya menerima nasib sama kesan daripada kempen boikot berkenaan. Mekipun kelihatan beberapa orang pelanggan namun ia tidak ‘semeriah’ sebelum ini.

Kaunter pandu lalu juga sunyi tanpa kehadiran pelanggan yang dahulunya setia mengunjungi premis makanan segera itu.

Kelihatan seorang kakitangan McDonald’s berehat di luar premis kerana kekurangan pelanggan tanpa mengendahkan kehadiran kami.

Walau bagaimanapun ketika kami menghampirinya, dia memberi isyarat enggan ditemubual.

Kempen boikot McDonald’s mula menjadi viral Selasa lalu dengan pesanan “Hari Boikot McD Malaysia!!! Bermula 8 Ogos 2014 jam 7 pagi hingga 7 pagi. Boikot McD bermula Jumaat ini sehingga Zionis Israel seratus peratus keluar daripada Palestin”

Categories: nasional
  1. No comments yet.
  1. August 8, 2014 at 3:11 pm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s