Home > nasional > Wanita ‘pembuli’, Kiki sah ditahan polis

Wanita ‘pembuli’, Kiki sah ditahan polis

womanoldmansteeringlock160714Mungkin duduk dalam lokap atau di tahan di luar sementara sahaja. Walaupon tidak ada report atas road bully di buat oleh ‘uncle sim’ , polis tetap menahan nya sebentar tadi, untuk di soal siasat.

KUANTAN – Siti Fairrah Asyikin, 30, yang dirakamkan membuli seorang warga emas di kawasan tempat letak kereta pusat transformasi bandar Isnin lalu ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh sebentar tadi.

Wanita tersebut yang lebih dikenali dengan gelaran Kiki hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan pada pukul 4.00 petang bersama ibu, ayah dan keluarganya sebelum ditahan.

Abdul Aziz enggan mengulas lanjut tempoh penahanan wanita tersebut sambil menjelaskan bahawa ia bergantung kepada perkembangan siasatan. – KOSMO!

Terkini july19 

TEMERLOH – Siti Fairrah Ashyikin Kamaruddin atau Kiki, 30, yang didakwa bertindak ganas dengan membuli seorang warga emas di sini Isnin lepas akan dituduh di mahkamah pada Isnin ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Zakaria Ahmad berkata, pihaknya telah memperoleh keterangan daripadanya pada Khamis lalu.

“Dia yang ditahan pada jam 4 petang Khamis lepas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan telah dibebaskan dengan jaminan lewat malam hari yang sama.

“Kiki dibebaskan selepas pihak polis berpuas hati dengan keterangan yang diberikannya,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, setakat ini kes masih disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan (Khianat) dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan (Ugutan).

 

 

Categories: nasional
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s