Home > sport > Akhirnya German juara dunia

Akhirnya German juara dunia

FIFA Executive Committee Meeting Sungguh dramatik, Argentina berputih mata..

Germany v Argentina: 2014 FIFA World Cup Brazil Final

Final result german 1 argentina 0 gol dijaringkan pada masa tambahan oleh jersi no 19 Mario Götze minit ke 113,  dan seterusnya layak memenangi kejohanan berprestij ini. Bandar bandar di German celebrate kemenangan ini dengan penuh kebangaan. Jumpa lagi di moscow pada tahun 2018.

Gol kemenangan german

Gol kemenangan german

fifa8

Kampung Parit Jerman sorak gembira

🙂🙂 PONTIAN, 14 Julai (Bernama) — Jaringan kemenangan pemain Jerman, Mario
Gotze pada minit ke-113 ke atas Argentina, disambut sorakan kegembiraan penduduk
Kampung Parit Jerman semasa majlis tontonan perlawanan Piala Dunia 2014 itu di
sini pagi ini.
Jeritan ‘gol’ memecah keheningan subuh tatkala masyarakat Islam tengah sibuk
bersahur, diikuti tepukan gemuruh daripada lebih 50 penduduk yang hadir untuk
menyaksikan perlawanan akhir itu.
“Kami rasa amat gembira dengan kemenangan ini dan berpuas hati pasukan
Jerman yang sama nama dengan kampung kami telah mempamerkan mutu permainan yang
baik,” kata Ketua Kampung Kawasan (1), Mukim Ayer Masin, Mohd Asri Ali.
Kemaraan Jerman ke peringkat akhir pertandingan bola sepak berprestij itu
telah melonjakkan nama Kampung Parit Jerman di laman sosial sehingga menjadi
tumpuan media tempatan.
Ditemui pada majlis itu yang diserikan dengan aktiviti bersahur makanan
terkenal masyarakat Jawa nasi ambeng, serta durian, manggis dan kuih-muih
tempatan, Mohd Asri berkata sebelum ini beliau tidak menyangka kampung itu turut
mendapat tempias daripada Piala Dunia.
“Kita boleh lihat ramai yang singgah di jalan masuk ke kampung ini untuk
bergambar di papan tanda nama kampung. Ramai orang sudah mengenali kampung ini,”
kata Mohd Asri.
Kini, penduduk kampung itu berhasrat untuk mengumpul dana bagi membina pintu
gerbang yang cantik untuk memudahkan orang ramai yang ingin datang untuk
melawat.
Beliau berkata jamuan khas akan diadakan pada awal Hari Raya bagi meraikan
kemenangan pasukan Jerman itu.
Kampung Parit Jerman yang terletak berdekatan Kampung Belokok, lebih kurang
lima kilometer dari Pekan Peradin didiami 100 penduduk terdiri daripada
masyarakat Jawa, Bugis dan Banjar.
Kampung tersebut dinamakan sedemikian berikutan terdapatnya bukti kehadiran
masyarakat Jerman yang berdagang dan membuka kawasan pertanian di Sungai Peradin
suatu ketika dahulu.
Terdapat kesan peninggalan sejarah seperti batu-bata dan tangga batu yang
dianggap penduduk generasi tua sebagai bukti peninggalan tentera Jerman.
Dikatakan, ia merupakan penempatan sementara tentera Jerman yang disediakan
oleh sekutunya Jepun yang berpangkalan di Singapura, selain Kampung Parit Jerman
di Sitiawan, Perak dan sebuah markas di Pulau Pinang pada Perang Dunia Kedua.
— BERNAMA

Categories: sport
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s