Home > nasional > Malaysia patut hantar komando tangkap pemimpin abu sayaf

Malaysia patut hantar komando tangkap pemimpin abu sayaf

Kita sudah tidak boleh hanya bertahan sekarang: Makin menjadi penculikkan di bumi sabah, semua nya kerana duit, ransom. polis dan tentera harus melakukan intipan spying dengan lebih ramai pakar risik untuk merisik setiap pergerakan mereka di bumi timur sabah hingga ke selatan jolo dan basilan.

Nur misurai telah menginstiharkan Malaysia adalah musuhnya.

Nur misurai telah menginstiharkan Malaysia adalah musuhnya.

Pakar perisikan harus masuk kedalam bumi jolo (tempat abu sayap bersemayam) bukan hanya di sandakan atau kunak atau tawau sahaja. Pihak berkuasa Malaysia sudah mengenal pasti beberapa kumpulan dari mereka antara mereka iaitu “Muktadir brothers” dari Semporna, iaitu sub-con kepada kumpulan abu sayaf, muktadir bersaudara ini telah melakukan penculikkan dan menjual kan nya kepada kumpulan abu sayaf.

Senjata berat yang di punyai dan ingin membeli dengan lebih banyak, mampu menumbangkan APV

Senjata berat yang di punyai dan ingin membeli dengan lebih banyak, mampu menumbangkan APV serta bot tempor

Kumpulan itu mendapat kebanyakan pembiayaan melalui tebusan dan peras ugut. Disamping itu berita terbaru Nur misuari bertanggung jawab atas pencabulan di pulau Mabul pada 12july 2014, dipercayai penculikkan di arah kan oleh nur misuari untuk mendapatkan dana keatas pergerakan beliau untuk terus relevant dalam meneguhkan lagi kumpulan militant nya itu. Kita percaya kumpulan nur misuari ini sedang

Antara senjata berat, idaman kumpulan Nur misuari

Antara senjata idaman kumpulan Nur misuari

cuba untuk memperkuatkan askar militant nya untuk membeli senjata berat yang lebih canggih kerana dengan adanya senjata berat sahaja mampu membuatkan dia relevant di selatan filipina, di samping merekrut ahli baru yang mana

  • Dia merasa dia telah di pinggirkan dalam perjanjian antara kerajaan filipina dan milf.

Kita merasakan dia bagaikan ingin membalas dendam kerana dia telah di pinggirkan.

Komando gerak khas atau paskal perlu di hantar memburu pemimpin abu sayaf, Nur misuari dan serpihan pergerakkan ini. Tidak ada cara lain. Kita tidak mampu menjaga perairan kita, yang panjangnya 1400 km. Amatlah menipu jika kita berkata esscom mampu menjaga 1400km, 140 km saya percaya.

Paskal mampu menysup ke JOLO

Paskal mampu menysup ke JOLO

Malaysia sepatutnya belajar dari tentera elit dunia perihal kes penculikkan untuk wang, Jika perkara begini berlaku kepada US di pakistan atau afghanistan, sepastinya CIA akan mencari dalang terbesar nya sebagai pengajaran, maka dengan demikian ramai lah pemimpin taliban misal nya di Pakistan dan afghanistan terbunuh atau di bunuh, mereka akan menghantar perisik nya

Komando gerak khas, pasukan elit negara

Komando gerak khas, pasukan elit negara

mencari dan memburu dalang nya dan cara terakhirnya ialah menggunakan drone. Begitu juga jika jadi kepada israel, israel akan menggunakan apa jua kekuasaan nya, asset asset nya untuk memberi pengajaran kepada mereka yang terlibat.

Abu sayaf ialah golongan yang menolak pendamaian, mereka sanggup bertempur dengan kawan mereka sendiri iaitu MILF, dan berbunuhan. Puak Abu sayaf ini tidak boleh dipercayai dan mereka monolak pendamaian dan mereka sentiasa mengalakkan cara berperang sebagai perjuangan mereka dan dengan menculik tebusan adalah cara mereka, iaitu bagaimana mereka dan perjuangan mereka akan terus hidup. Tanpa dana , mereka tidak dapat meneruskan perjuangan mereka,

Pengganas Abu sayaf di Jolo, dahulu mereka MILF tetapi mereka telah kuar dari MILF dan berperang pula dengan milf

Pengganas Abu sayaf di Jolo, dahulu mereka bersama MILF berjuang, tetapi mereka telah keluar dari MILF dan berperang pula dengan milf dengan membawa haluan yang tidak menentu, dan menculik adalah tugas paling mudah untuk meneruskan kesinambungan pemberontakkan mereka.

Komando Malaysia dan atau anggota elit Paskal, ada kaliber dan keupayaan untuk nyusup masuk kedalam wilayah selatan jolo, dengan apa cara sekali pon, dengan bedilan jet pejuang,  atau dengan heli terbang terus kerumah pemimpin abu sayaf dan lepaskan bomb, serangan dengan bot laju di malam hari, misel dari vessel, dan sebagainya, untuk Memburu pemimpin abu sayaf dan kuncu nya, mencari di mana pemimpin abu sayaf berada. Paling lemah pon, kita boleh menggunakan drone kawalan jauh, Mengenal pasti kawasan sasaran dan menghapuskan sasaran, Sepastinya kerajaan filipina, suka akan idea ini, Kita percaya komando malaysia mampu, Adalah lebih baik jika ketua mereka diburu di tangkap , kerana ESSCOM tidak akan berjaya dengan cara bertahan, yakni cara sekarang, menunggu penculik datang (seperti menjaga rumah bilalah pencuri nak datang), dan apabila penculik datang, (setelah mengetahui selok belok waktu masa yang tepat) mereka ESSCOM gigit jari tidak dapat berbuat apa apa. Asset berjuta tersedia depan mata tidak dapat digunakan,

ESSCOM perlu memperaktikkan , cara yang kedua ini, dengan berani, supaya memberi pengajaran untuk mereka, agar mereka tidak akan senang duduk , jika mereka melakukan jenayah di bumi Malaysia, iaitu melakukan penyerangan, bukan hanya menunggu, kekekadang kita perlu melakukan penyerangan bertujuan untuk menakutkan musuh dan ia juga boleh melemahkan musuh.

Kita dapat merlihat hanya ada 2 perkara , Samaada Polis malaysia kecut dengan mereka dan adakah Polis berani dengan mereka. Apa yang kita lihat memang Polis malaysia pengecut. Kerana kita pasti, mereka akan datang lagi dan menuntut wang lebih tinggi lagi,

tunggulah kerana mereka pasti datang.

https://abgrara.wordpress.com/2012/09/13/training-comando-malaysia-ggk-yang-gila/

Patrol27

KOTA KINABALU: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) menghantar sepasukan pegawai ke selatan Filipina bagi membantu pihak keselamatan negara itu membebaskan pelancong warga China yang diculik sekumpulan lelaki bersenjata di Singamata Adventures and Reef Resort awal bulan ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohammad Mentek berkata, pasukan itu mengadakan perbincangan dengan pihak risikan Filipina bagi mencari jalan terbaik membebaskan pelancong wanita berkenaan.

Mengulas wang tebusan sebanyak RM36.4 juta (AS$11 juta) bagi membebaskan warga China itu, beliau berkata, setakat ini tiada tuntutan rasmi daripada penculik.

mole-ESSCOM-1

Kunak, lahat datu, tawau dan sandakan

“Kemungkinan ada pihak lain yang membuat tuntutan,” katanya dalam sidang akhbar di lobi bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah hari ini.

Pada 2 April lepas, Gao Hua Yuan, 29, dari Shanghai dan pekerja resort warga Filipina, Marcy Dayawan, 40, diculik sekumpulan tujuh lelaki pada kira-kira 10.30 malam.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohammad berkata, empat daripada suspek yang dikenal pasti terlibat dalam penculikan itu pernah menetap di Semporna tanpa dokumen perjalanan sah.

Beliau berkata, tiga daripada mereka juga dipercayai terlibat dalam aktiviti penyeludupan barang ke Selatan Filipina manakala seorang lagi pernah bekerja di Semporna.

Sementara itu, Mohammad berkata Esscom merancang memperkenal satu prosedur operasi standard (SOP) untuk diguna pakai pihak berkuasa berkaitan sebagai satu keperluan bagi syarikat yang bercadang menubuhkan pusat peranginan di Sabah.

Beliau berkata, ESSCOM akan membentang SOP itu dalam pertemuan dengan pengendali pusat peranginan di bawah Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) esok.

“Kita berusaha sedaya upaya untuk memastikan keselamatan di Esszone sentiasa berada dalam keadaan selamat meskipun kejadian penculikan baru-baru ini begitu mengecewakan,” katanya. – Bernama

— BERNAMA

Categories: nasional
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s