Home > agama, nasional > Undang syariah di Brunai 6 bulan lagi

Undang syariah di Brunai 6 bulan lagi

October 23, 2013 Leave a comment Go to comments

Brunai sudah mendahului, mara, adavance dari negara negara Asean, Negara Rumpun Melayu pertama yang melakukannya, Hukuman rejam, potong tangan dikuatkuasa dalam tempoh enam bulan, kita menjangkakan kadar jenayah dan maksiat akan turun mendadak dalam 6 bulan kelak sehingga 85% setahun.

Sultan-Hassanal-BolkiahBandar Seri Begawan: Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, semalam mengumumkan pelaksanaan undang-undang syariah secara berperingkat di negara itu termasuk hukuman rejam hingga mati bagi kesalahan zina.

Sultan Hassanal, 67, di dalam ucapannya bertitah, Kanun Keseksaan Syariah yang dirangka sejak beberapa tahun sudah diwartakan semalam dan ‘akan dikuatkuasakan dalam tempoh enam bulan’ secara berperingkat.
 

Insya-Allah, dengan pelaksanaan undang-undang ini, tanggungjawab kepada Allah berjaya dilaksanakan” Sultan Hassanal Bolkiah, Sultan Brunei

Polis Brunai akan mula menguatkuasa kannya lagi 6 bulan

Polis Brunai akan mula menguatkuasa kannya lagi 6 bulan

Satu salinan dokumen kanun berkenaan menyatakan hukuman termasuk rejam sampai mati ke atas mereka yang berzina, potong tangan bagi kesalahan mencuri, sebat untuk kesalahan menggugurkan janin hingga kepada perbuatan minum minuman keras.

“Insya-Allah, dengan pelaksanaan undang-undang ini, tanggungjawab kepada Allah berjaya dilaksanakan,” titah baginda.

Sultan Hassanal Bolkiah, mula memperkenalkan undang-undang jenayah Syariah di negara dengan 400,000 penduduk itu pada 1996.

Bagaimanapun setakat ini, belum dapat dipastikan sejauh mana ketegasan pelaksanaan undang-undang jenayah baru itu yang hanya dikuatkuasakan ke atas penduduk Muslim.
Penjualan dan perbuatan meminum minuman keras secara terbuka sudah lama diharamkan di negara itu, manakala peraturan ketat dikuatkuasakan kepada penganut agama lain.

sultan-brunei1

Dua tahun lalu, seorang pegawai tinggi di pejabat peguam negara berkata, di bawah kanun keseksaan yang baru itu, hakim akan dibenarkan menggunakan budi bicara mereka sebaik mungkin, manakala bukti yang benar-benar kukuh diperlukan sebelum sesuatu hukuman boleh dilaksanakan. – AGENSI

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Bruneilaksanasyariah/Article/

 
Categories: agama, nasional
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s