Home > agama > wukuf di arafah

wukuf di arafah

October 14, 2013 Leave a comment Go to comments
wukuf di arafah  gambar hari ini 21 sept 2015

wukuf di arafah
gambar hari ini 23 sept 2015

Haji itu ialah arafah, Wukuf ,, berhenti berdiam duduk sebentar, dalam setengahhari, mengenali siapa diri, di padang arafah yang sejauh 22 km ini, dalam keadaan semua nya sama,  ia seumpama nanti, di akhirat kelak di padang mahshar, satu theme, satu genre,

Hari Arafah yang sudah tentu,,air mata tidak akan putus mengalir, menangisi, menginsafi diri, kelemahan diri, hari yg juga akan merasakan..Allah itu dekat seumpama di depan mata. Lihat bukit menangis, lihat kemah, lihat batu, menangis, kekadang tanpa sebab.

Perjalanan haji sebenarnya hanya berlangsung selama lima hari.
Pada hari ini , solat subuh dilakukan di Mina, menghabiskan siang dan malam di Mina berdoa dan membaca Quran memuji Rabb mereka, harini ini, jemaah haji akan dan telah tiba bergerak ke Arafat, yang merupakan kira-kira 14 kilometer dari sini.

Semoga sayugia semuanya selamat utk mereka mengerjakan ibadah ini dan seterusnya salepas ini mereka akan ke muzdalifah,

Mereka yang pergi mengerjakan haji ini, sebenarnya hendaklah meninggalkan pesan untuk waris mereka disini, anak anak dan sebagainya supaya mengerjakan zikir, istighfar, doa dan sedekah bermula pada 9 zulhijah, Supaya mereka mendapat roh Ibadat haji bersama mereka.

Labbaik Allahumma Labbaik..Labbaika la syarika laka labbaik..Innal hamda waan ni’mata laka wal mulk la syarika lak.


wukuf 23 sept 2015

wukuf 23 sept 2015

Bagi yang tidak berhaji: Kita perlu menghayati ‘Roh Haji’ walaupun tidak ke Tanah Suci supaya beroleh ganjaran yang disarankan pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah. Allah Yang Maha adil dan Maha Penyayang tetap mahu seluruh umat Islam dapat manfaat di atas keutamaan jemaah yang telah dijemput khusus di Tanah Suci.

Kepada yang tidak dapat ke sana, Allah tidak pernah melupakan. Kita tetap diberi keutamaan. Kita masih tetap dituntut oleh Allah SWT supaya menghayati ‘Roh Haji’, kerana Allah tetap mahu mengurniakan pahala dan rahmat-Nya dengan syarat kita kekal mematuhi perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya.

Pada sepuluh hari pertama Zulhijjah disamping memperbanyakkan berzikir, istighfar, doa dan sedekah, digalakkan juga mengerjakan puasa.

Daripada Abu Qatadah al-Anshari r.a.; Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari Arafah(9 zulhijjah). Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Selamat berpuasa 

Hajj guide,

Hajj guide, klik untuk dapatkan gambaran jelas haji itu

Muslims begin annual pilgrimage as hajj 2013 officially starts

Categories: agama
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s