Home > nasional > Sabah, Pertarungan meletus, 2 komando polis mati

Sabah, Pertarungan meletus, 2 komando polis mati

Ramai pihak yang cintakan kedamaian, dialog berterusan, termasuk cendikawan berharap agar tiada pertumpahan darah didalam kes sabah sulu ini, Dr Maza berkata mereka islam kita juga islam, harap dia diselesaikan dengan dialog, jika tiada kematian ini amat di pandang tinggi.
Mereka kumpulan penceroboh telah mengatakan, mereka tidak berganjak daripada Kampung Tanduo ini, mereka mengklisifikasikan bahwa mereka harus berperang, berjihad serta tidak berganjak kerana bagi mereka,  Sabah adalah sebahagian negara mereka, mereka telah sedia untuk mengorban kan jiwa mereka.

Mereka juga tidak berpuas hati pada perjanjian antara filipina dan MNLF serta tidak membawa keuntungan kepada mereka, yang mana mereka mengata kan Malaysia telah mengabaikan kerajaan Sulu mereka, dalam perjanjian tersebut. Perlu diingat mereka telah lama berperang dan memberontak secara gerilla, keatas kerajaan Filipina banyak nyawa telah melayang kedua pihak, sehingga kerajan filipina letih untuk melawan mereka, berbilion duit habis,, berbagai taktik digunakan oleh bangsa moro ini, terutama taktik gerilla ‘serang tembak dan undur’,

Mereka amat berani, mungkin DNA mereka memang hati keras, degil dan susah untuk menyerah, sehinggalah kerajaan filipina meminta bantuan Amerika untuk melihat jika ada taktik baru, aspek latihan, senjata baru dan sebagainya dan arahan dari Pentagon mereka bersama masuk kedalam hutan selatan filipina untuk menghapuskan pemberontakkan bangsa Moro ini, tetapi semua nya gagal, tidak mendapat hasil yang di khendaki, akhirnya bulan 10 tahun lepas, perjanjian damai terpaksa dilakukan,

Malaysia jangan buat hal, jangan nak berani membuta tuli, perairan negara kita amat luas untuk dijaga, tidak mampu oleh kita untuk menjaga kesemuanya. Nak jaga perairan Johor pon kelangkabut, walaupon kita mempunyai radar antara tercanggih dan terkini, senjata hebat, belum tentu boleh melawan hati cekal bangsa moro ini. Kerana sejarah telah terbukti, mereka telah buktikan, ada facts nya, Mereka tidak susah untuk datang dan pergi ke Sabah, keluar dan masuk, oleh itu kena berhati hati, dalam membuat keputusan drastik. Kita juga tahu, tidak susah untuk pihak polis atau askar menghapuskan pemberontakkan ini, mungkin serangan darat 3,4 jam selesai lah ia atau serangan udara ledakan mass bomb, 5 minit sudah selesai tetapi jika dia mengambil 30,40 tahun untuk diselesaikan kelak diantara darah,dendam, amatlah tak wajar. Ini lah yang terjadi kepada kerajaan Filipina, 40 tahun mereka di perangi.

Dua anggota 69 yang terbunuh

Dua anggota 69 yang terbunuh

Ramai pihak tidak memahami situasi ini, termasuk ahli politik kerajaan begitu juga dari politik pembangkang,  Mereka hanya tahu dialog kemudian jika dialog tidak diterima, istihar serang, Kita tidak tahu apakah isi kandungan perjanjian damai, bangsa moro dan kerajaan filipina bulan 10 tahun lepas.  siapa yang suka, yang untung dan siapa yang rugi, siapa disisih dan sebagainya dalam perjanjian tersebut. Saya percaya…… Pasti ada benda yang mereka minta sebelum ini yang tidak dipenuhi dan dibuat dek’ oleh kerajaan Malaysia,

berita terdahulu https://abgrara.wordpress.com/2013/02/14/askar-berkumpulan-100-ini-meminta-2-tuntutan/

https://abgrara.wordpress.com/2013/03/03/update-berita-pencerobohan-sabah-sulu/

Di laman facebook pula golongan politik opportunis yang jumud dan tidak bertanggung jawab telah mengambil tempat.

Terkini:

https://abgrara.wordpress.com/2013/03/05/serangan-udara-dan-darat-telah-di-mulakan-keatas-penceroboh-lahad-datu/

  • march 02, Penceroboh mahukan waktu tenang(cease fire) untuk mengebumikan rakan rakan mereka yang terkorban
  • march 02, Jurucakap Sultan Kiram, Jaycel Kiram berkata, sekarang ini persoalan terpulang kepada kerajaan Malaysia sama ada untuk meneruskan pertumphan darah ini atau tidak.
  • march 02, Jacel Kiram, petunjuk bahawa bapa saudaranya, Agbimuddin Kiram, yang masih di Lahad Datu, tidak akan menyerah.
    “Keputusan tetap sama – mereka tidak akan kembali ke sini kerana kehormatan lebih tinggi dari kehidupan,” katanya memberitahu DZBB radio di Manila.” Apakah guna kehidupan ini  tanpa kehormatan”?
  • march 02, Serangan terbaharu di Sabah, Kumpulan bersenjata asing dipercayai penyokong Tentera Diraja Kesultanan Sulu melancarkan serangan terbaharu mengakibatkan seorang pegawai polis terbunuh dan seorang cedera di Kampung Simunul, kira-kira tiga kilometer ke bandar Semporna, pukul 7.30 malam tadi.
  • march 03,  Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan lima anggota polis terkorban dalam satu kejadian tembakan di Semporna, Sabah malam tadi. Difahamkan dua penceroboh turut terbunuh dalam serangan itu.

Malaysia sebenarnya berada didalam tertekan, dalam temuramahTheABSCBNNews filipina, dengan sardin sahaja mereka menjawab soalan soalan pemberita, dengan berkata adakah kita mahu pertumpahan darah ini diteruskan atau tidak diteruskan. we are closing this question to the goverment of Malaysia. ( menunjukkan mereka sudah bersedia untuk berperang atau membuat ganggu gugat sekarang dan untuk masa hadapan) 

Amat sukar untuk mendapatkan video dari pihak wartawan Malaysia, mungkin sekatan yang di lakukan oleh polis yang menyusahkan para wartawan(memang selalu bergini),

Anggota polis dari pos kawalan membawa 2 Polis yang terkorban terkena mortar

Anggota polis dari pos kawalan membawa 2 Polis yang terkorban terkena mortar

 INSP ZULKIFLI MAMAT DAN SJN SABARUDIN DARI UNIT 69 KOMANDO YANG TELAH TERKORBAN SEMASA PERTEMPURAN DI LAHAD DATU SEBENTAR TADI

LAHAD DATU, 1 Mac (Bernama) — Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, di sini hari ini.

Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.

Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.

Menceritakan detik cemas

Menceritakan detik cemas

2 angota maut di bawa ledalam androver

2 angota vat69 maut di bawa kedalam landrover

“Sehingga kini tiada pengesahan polis, kami hanya melihat mayat dengan boot hijau diusung ke dalam trak tersebut,” katanya yang terpaksa keluar dari kawasan Felda itu setelah diarahkan pihak berkuasa.

Pada 2 petang, beliau berkata pihak berkuasa mengarahkan wartawan keluar kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan masih berlaku.

Setakat ini, tiada pihak berkuasa belum boleh mengesahkan identiti anggota yang maut.
https://abgrara.wordpress.com/2012/02/21/senjata-rifle-terbaru-buatan-korea-selatan/

Categories: nasional

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s