Home > nasional > Peraturan Melawat anak di PLKN

Peraturan Melawat anak di PLKN

http://www.freewebs.com/cahayagemilangcherating/peraturanlawatanibubapa.htm

PERATURAN LAWATAN IBUBAPA DAN HARI TERBUKA KEM

Ibubapa dan Penjaga boleh melawat anak – anak mereka yang sedang menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem pada setiap hari   SABTU / AHAD mulai jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Selain ibubapa, saudara mara, abang, kakak atau adik pelatih yang ingin melawat pelatih hendaklah mendapat kebenaran daripada ibu atau bapa pelatih secara rasmi (surat) untuk melawat pelatih. Tanpa surat kebenaran daripada ibubapa pelatih, pelawat tidak dibenarkan melawat pelatih. Ianya bertujuan bagi mengelak mana-mana pelawat yang tidak berkaitan untuk melawat pelatih. (contoh surat kebenaran dari ibubapa untuk melawat pelatih)

Surat Kebenaran tersebut boleh dibawa bersama oleh pelawat semasa hari perjumpaan atau boleh dihantar melalui Fax ke Komandan sehari sebelum hari perjumpaan. Pengesahan akan dilakukan oleh Pengurusan Kem untuk mengesahkan kesahihan surat kebenaran yang dibawa oleh pelawat.

Ibubapa atau Penjaga / Pelawat hendaklah mendaftar nama dan lain – lain maklumat di dalam Borang Rekod Pelawat yang disediakan oleh Pengurusan Kem. Pengenalan Diri hendaklah diserahkan bersama borang yang telah diisi. Pass pelawat akan diberikan sebagai pengenalan semasa waktu lawatan.

Ibubapa dibenarkan membawa makanan, minuman atau buah tangan untuk anak – anak mereka semasa hari perjumpaan tersebut. Ibubapa TIDAK DIBENARKAN memberi barangan larangan seperti ROKOK dan MINUMAN BERALKOHOL kepada pelatih. (Makanan yang tidak halal tidak di galakkan dibawa ke Kem).

Ibubapa hanya dibenarkan berada ditempat lawatan yang disediakan khas oleh Pengurusan Kem. Ibubapa TIDAK DIBENARKAN melawat tempat tinggal anak – anak atau mana – mana jua tempat di dalam Kem selain yang ditetapkan oleh Pengurusan Kem.

untuk melihat gambar aktiviti di Kem sila klik disini www.freewebs.com/kcgc

Ibubapa TIDAK DIBENARKAN membawa anak – anak mereka keluar daripada Kem semasa hari perjumpaan.

Semua kenderaan hendaklah diletakkan ditempat letak kereta yang disediakan.

Ibubapa dilarang MEROKOK semasa berada di dalam Kem.

HARI TERBUKA KEM

Hari Terbuka Kem akan diadakan dipertengahan sesi latihan untuk setiap siri. Tarikh dan masa akan dimaklumkan kepada pelatih. Ibubapa dan keluarga pelatih dijemput hadir pada hari tersebut. Aktiviti seperti sukaneka dan hiburan akan diadakan dimana ibubapa dan keluarga pelatih boleh mengambil bahagian.

Ibubapa juga dibenarkan melawat tempat penginapan pelatih dan makan bersama pelatih di Dewan Makan. Tiada bayaran yang dikenakan semasa menghadiri Hari Terbuka Kem. Ibubapa adalah digalakkan untuk hadir semasa Hari Terbuka Kem.

untuk melihat gambar aktiviti di Kem sila klik disini www.freewebs.com/kcgc

Categories: nasional
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s