Home > nasional > Terkena Sihir lambat diubati ia menjadi barah

Terkena Sihir lambat diubati ia menjadi barah

Ramai sangat yang tidak sedar mereka di sihir,, ada pula yang sudah tahu di sihir tidak mahu mengubati nya,,, atau ada pula yang tahu dia disihir, dia menangguhkan untuk mengubatinya,

tahukah anda, jika ia tidak di ubati dengan kadar yang cepat, dia boleh membawa barah, jika sudah barah dan parah, untuk mengubatinya amat sukar sehingga ada kes, tidak dapat di ubati langsung,

Bekas pemain Selangor Ezmi mungkin disihir
Wartawan Sinar Harian
7 Oktober 2012

Pengamal perubatan Islam, Mohd Habib Ahmad yang merawat bekas pemain bola sepak Selangor itu berkata, sel tisu hidung Mohd Ezmi sudah mulai tumbuh kemerahan dan menyifatkan perubahan ketara itu satu petanda baik untuk pulih.
Bagaimanapun, Mohd Habib berkata, dia tidak dapat membantu memulihkan sel tulang hidung Mohd Ezmi kerana sudah rosak dipercayai kesan kimoterapi.

Mohd Habib Ahmad BATANG KALI – Rawatan menggunakan daun sirih, pati ibu kunyit, air garam Laut Merah dan roti memberi kesan serta perubahan terhadap luka pada wajah bekas pemain bola sepak Selangor, Mohd Ezmi Mad Jan, 35, yang menghidap kanser hidung.

Pengamal perubatan Islam, Mohd Habib Ahmad yang merawat bekas pemain bola sepak Selangor itu berkata, sel tisu hidung Mohd Ezmi sudah mulai tumbuh kemerahan dan menyifatkan perubahan ketara itu satu petanda baik untuk pulih.

“Saya menggunakan wap rebusan daun sirih untuk membunuh kuman dan virus, manakala nanah dicuci dengan roti kemudian setelah bersih luka disapu dengan air garam serta pati ibu kunyit.

Alhamdulillah, setelah lebih tiga minggu merawat Mohd Ezmi kesan lukanya sudah mula surut dan daging baru juga tumbuh kemerahan,” katanya ketika ditemui semalam.

Mohd Habib yang juga peneroka Felda Gedangsa berkata, tindak balas positif itu sebenarnya memberi petanda berbeza dengan tanggapan Mohd Ezmi menghidap barah.

“Kemungkinan besar Mohd Ezmi terkena sihir.

“Ulat yang memakan daging pada hidung Mohd Ezmi pernah dibuang di dalam tandas tetapi hanya selang sehari ulat kembali semula dengan jumlah yang sama,” katanya.

Namun, katanya, setelah dibacakan ayat al-Quran dan menghembusnya pada ubun-ubun Mohd Ezmi, ulat itu mudah dibersihkan dan setelah dimasukkan ke dalam botol lalu dibuang ke sungai ia tidak lagi kembali.

“Selepas itulah sel tisu muka dan hidung Mohd Ezmi kelihatan bersih dan kemerahan.

“Jadi, ini berkemungkinan satu perbuatan khianat,” katanya.

Bagaimanapun, Mohd Habib berkata, dia tidak dapat membantu memulihkan sel tulang hidung Mohd Ezmi kerana sudah rosak dipercayai kesan kimoterapi.

“Kita akan teruskan rawatan terhadap Mohd Ezmi bagi memastikan dia pulih sepenuhnya dan terhalang daripada gangguan berulang,” katanya.

Categories: nasional
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s