Home > nasional, rekreasi > Pusat Akuatik Shah Alam

Pusat Akuatik Shah Alam

December 6, 2011 Leave a comment Go to comments

Pusat Akuatik Darul Ehsan (pade) shah alam atau Pusat Akuatik Shah Alam

pusat akuatik shah alam

Pusat akutik darul ehsan Shah Alam ini memberikan khidmat kepada warga bandaraya shah alam dan sewaktu dengannya, terletak di sebelah tesco shah alam, sebelah hotel carlton , sebelah juga kepada kelab diraja selangor, ruang parking akuatik ini, amat besar,

Pusat akuatik ini amat menarik menyediakan kolam outdoor dengan harga Rm1.50 untuk kanak kanak dan Rm2.00 untuk dewasa, ini adalah bayaran perkhidmatan sahaja kerana sebenarnya ia adalah percuma, (sila lihat gambar) waktu Operasi mempunyai 4 sessi  hari Isnin jangan lah datang kerana ia ditutup,

Disini ada juga gymnasium dengan kadar bayaran termurah di dunia. iaitu Rm5.00 untuk 2 jam, anda lapar? anda tidak mempunyai masalah disini kerana ada 3 kedai makan di tepi pintu masuk  dengan harga murah (sila lihat gambar), disini juga ada perkhidmatan untuk mereka yang ingin belajar berenang dengan harga promosi Rm 135.00 -rm180.00 untuk 50 min x8 sessi, ramai juga kanak2 kanak belajar disini. Ada juga penyewaan alatan renang dengan harga berpatutan(sila lihat gambar)

Kolam outdoor ini, mempunyai dua kolam yang amat besar, satu kolam untuk dewasa (umur 11thn keatas) dan satu kolam untuk kanak kanak (2-10thn) Waktu operasi pusat akuatik ini mempunyai 4 sessi,

Jadual waktu operasi atau waktu sessi dan harga tiket adalah seperti berikut:

  • Sessi 1:  9 am – 11.15 am ,
  • Sessi 2: 12.00am  – 2.00 pm , (sessi ini, setiap hari jumaat ditutup. as solat)
  • Sessi 3:  3.00 pm -5.15 pm ,
  • Sessi 4:  6.00 – 8.15 pm

Jangan lupa isnin ditutup, (setiap Jumaat, sessi 12-am – 2pm ditutup) Mengenai pakaian mandi, seolok eloknya menggunakan standard pakaian mandi  walau bagaimana pon… dibolehkan guna seluar seperti tracksuit dan tshirt biasa  (warna hitam atau yang gelap gelap digalakkan),  tempat untuk salin pakaian di sediakan,

Selamat berenang 🙂

Jadual waktu operasi pusat akuatik shah alam – pade (klik utk besarkan)

terbang

sessi belajar renang promosi Rm 135 to 180 untuk x8 sessi

deretan kedai makan disini harga murah. didepan sana ada 7 eleven

Categories: nasional, rekreasi
  1. acap
    December 10, 2015 at 11:06 pm

    Sebab esok birthday sultan selangor kn.. Nk pergi..tapi takut tutup lak…

    Like

  2. Ridhwan Aliyusi
    December 10, 2015 at 11:02 pm

    Esok bkak x..

    Like

  3. Haikaz
    November 3, 2014 at 7:55 pm

    Berapa kedalaman air di kolam2 pusat akuatik shah alam ni?

    Like

    • November 3, 2014 at 8:10 pm

      kolam ada dua… kedalaman air.. utk kolam kanak bawah11 tahun ialah 16-20inci ..utk kolam dewasa 3-4 kaki

      Like

  4. July 7, 2014 at 1:06 am

    Tq Abgrara untuk maklumat2 di atas. Klu Ada yang berminat untuk mengikuti kelas renang, boleh hubungi kami di 019-3767111 Najiha, 019-3110262 Bukhari, dan Sarah 019-3116887. Website kami http://www.maiswim.com untuk kelas renang dan http://www.ombakdiver.com untuk scuba diving.tq

    Like

  5. dolfin
    November 2, 2013 at 2:59 pm

    info berguna sungguh. nak tanya, kat sini ada tempat jual barang renang tak? contohnya baju renang ke.

    Like

    • November 26, 2013 at 1:58 am

      ada,,,mcm mcm,, siapkan duit jer

      Like

  6. Nurul
    September 8, 2013 at 11:53 am

    Untuk belajar swimming itu terbuka untuk semua umur ke ?… nak contact siapa ya untuk sebarang pertanyaan…

    Like

    • September 8, 2013 at 11:05 pm

      ia,, ada 6,7 company learn swimming, boleh pilih mana sahaja, hadir kesana dan daftar

      Like

  7. Anonymous
    June 22, 2013 at 10:31 am

    selipar pun bole hilang

    Like

  8. lol
    May 2, 2013 at 7:03 pm

    hye

    Like

  9. Anonymous
    March 21, 2013 at 12:20 pm

    time kasih beri info yg menarik.

    Like

  10. rina
    November 15, 2012 at 5:20 pm

    kalau nak mandi manda kat sni perlu pakai pakaian renang ke?

    Liked by 1 person

    • November 20, 2012 at 2:52 am

      tak perlu , atleast seluar track hitam

      Like

  11. Joe
    September 22, 2012 at 11:12 am

    mekasih untuk info yang details.. website rasmi pun xde waktu operasi yg lebih tepat.

    Liked by 1 person

    • Anonymous
      February 11, 2013 at 1:18 pm

      mmg bro ni terbaekk orgnye..

      Liked by 1 person

  12. Anonymous
    April 30, 2012 at 10:58 am

    kolam renang kurang bersih

    Like

    • bunga bunga cinta
      April 4, 2013 at 5:07 pm

      ala. bukan utk mandi wajib pun. mandi utk suka2 je. pastu mandi guna air bersih kat toilet.

      Like

      • juling air
        April 4, 2013 at 5:08 pm

        betul tu betul tu.

        Like

  1. No trackbacks yet.

Leave a comment