Home > nasional > Orang siam sudah diiktiraf bumiputera

Orang siam sudah diiktiraf bumiputera

November 28, 2011 Leave a comment Go to comments

Orang siam sudah diiktiraf bumiputera, Dengan ini mereka akan sekarang setaraf dengan orang Melayu dan setaraf bumiputera di sabah serawak, membolehkan mereka membeli rumah dan hartanah dengan diskaun atau membeli tanah orang melayu, memasuki pusat pengajian tinggi/perguruan awam, memasuki tender kerajaan taraf bumiputra dan membeli/diskaun saham bumiputera dan sebagainya. Adakah kita pasti di tahun mendatang tidak akan ada kaum meminta sama ‘taraf bumiputera’ ini? Pasti mereka akan gunakan hujahan yang sama mengatakan datuk nenek mereka lahir disini. Pasti 2,3 tahun mendatang akan mendatangkan masalah buat negara. Nak jawab apa? Apa pula tujuan kabinet dan kerajaan membuat keputusan begini? 

Saya membenarkan, setuju orang siam yang telah lama disini di beri kerakyatan sama mcm rakyat Malaysia. Kita harus menolong mereka, memudahkan mereka, (sama seperti orang cina .india dsb) Saya cuma tidak setuju di katakan bumiputera, mungkin kerajaan ingin menolong kaum ini tetapi cara menolong dengan memberi sama taraf bumiputera adalah polisi yang salah,

Pembuat dasar telah terpengaruh dengan Suvarnabhumi iaitu”Golden Land” atau “Land of Gold”. juga kepada Merong Mahawangsa, juga kepada Langkasuka iaitu yang mana menunjukkan, bahwa rakyat keturunan Siam memang telah lama berada disini iaitu lebih lama dari pendatang dari China.

Memang mereka sudah lama disini, Kekadang lebih lama lagi daripada orang melayu itu sendiri. Maksudnya mereka diberi bantuan,BR1M contohnya untuk setiap rakyat miskin keturunan Siam, memberi mereka kemudahan pinjaman ptptn untuk masuk pengajian tinggi ipta ipts, diskaun membeli rumah, di beri hakmilik tanah, dsb. Sama macam bumiputera, cuma mereka bukan bumiputera.

Wikipedia berkata Bumiputera atau peribumi ialah penduduk asal sesuatu tempat, contohnya seperti di Tanah Melayu. Golongan yang dikira sebagai bumiputera menurut undang-undang adalah semua suku kaum Orang Asli, Melayu (menurut tarifan Perlembagaan Malaysia), peribumi Sabah, dan peribumi Sarawak. lihat malaysiakini


Orang Siam, adakah mereka ini benar benar bumiputera ? dijangka akan ramai lagi kaum meminta menjadi bumiputera dimasa 2,3 tahun lagi, kerana menggunakan hujah yang sama yang mana datuk nenek mereka lahir disini.

Kerajaan telah memberi kelonggaran kepada masyarakat keturunan Siam di negara ini untuk mengubah pendaftaran dalam MyKad dan surat beranak mereka takrifan “Keturunan Thai” kepada “Bumiputra Siam”.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Mahmood Adam berkata pekeliling mengenai perubahan istilah itu dikeluarkan tiga tahun lepas namun masih terdapat kementerian yang tidak peka dengannya.

“Bagi mengelak masalah berlarutan, kerajaan bersetuju memberi kelonggaran untuk mengubahnya dan mereka digalakkan memohon MyKad baru atau dokumen lain tanpa dikenakan bayaran.

“Golongan berumur 60 tahun ke atas masih perlu memohon dan hanya diberi ujian lisan tanpa perlu mengambil ujian bertulis untuk mendapat taraf kewarganegaraan,” katanya ketika berdialog dengan masyarakat Siam Kedah dan Perlis di Alor Setar hari ini.

Sebahagian penduduk Siam ketika menerima taraf kerakyatan di Tumpat Kel. tahun lepas, sekarang mereka ini adalah taraf bumi. Tahniah

Takrifan keturunan Thai yang diguna pakai terutama dalam MyKad didakwa antara punca permohonan masyarakat Siam untuk ke institusi pengajian tinggi awam, maktab perguruan, pembelian saham dan hartanah terjejas selain mereka terlepas banyak peluang untuk menikmati kemudahan sebagai warganegara Malaysia.

Memberitahu pemberita kemudiannya, Mahmood berkata KDN sedia mengeluarkan sekali lagi pekeliling mengenai perubahan takrifan keturunan Thai kepada Bumiputra Siam kepada jabatan kerajaan.

Categories: nasional
  1. f
    September 8, 2015 at 9:11 pm

    Bodoh sejarah org siam dah lama bertapak di sini.. jgn samakan org siam dgn org thai kelahiran thailand yg dtg bekerja di restoran tomyam.

    Like

  2. hannjiqn
    April 17, 2014 at 12:20 am

    tok saya siam, ayah saya cina,taraf apa saya?…

    Like

    • April 25, 2014 at 7:52 pm

      Siam itu sendiri, telah banyak campurannya,
      Jika anda siam, malaysia, maka anda boleh di iktiraf bumiputera, tetapi disini ayah anda cina, tentu mak pon cina. maka tidak boleh di iktiraf bumiputera.
      BAgaimana pula jika mak keturunan siam dan ayah cina. jawapannya, saya tak tahu, boleh rujuk pihak atasan

      Like

  3. Dtfgh ns
    July 29, 2012 at 9:36 pm

    Jika taraf Bumiputera diambilkira faktor sejarah..Orang Siam sudah lama bertapak di Kedah-Tua, Srivijaya Dan Temasek sebelum kedatangan Parameswara lagi..Nenek-moyang mereka membina Candi-candi Dan wat-wat di Utara semenanjung sejak zaman dahulu lagi sebagai bukti penempatan mereka sebelum zaman kesultanan Melayu Melaka. Bukankah mereka layak untuk menerimanya?

    Like

  4. Betta
    December 2, 2011 at 8:09 am

    Siam dikira bumiputra bukan krn datuknya naik kapal mndarat kat smenanjung 100thun dulu.Ttp realitinya,nusantara@suvannabhumi ini adalah tmpat asal usul kami.Cuba buka n kaji semula lipatan sejarah(bukan stakat buku teks),maka akan mnjumpai bukti kewujudan kaum Siam di bumi ini selari dgn prkmbangan tamadun di kwsan pndudukan kami.Cthnya salasilah Raja Kedah dlm HMerongMahawangsa(Phra Ong Mahawangsa dll).Nama2 tmpat brunsur Siam cthnya Cglun,Napoh,Naka,Kodiang dll.Kami bkan mminta2,ttp stakat mnuntut hak.

    Like

    • abgrara
      December 2, 2011 at 12:56 pm

      ia saya stuju.. mereka siam telah berada lama di bumi melayu ini, suvannabhumi, apa yang hendak saya katakan disini ialah , akan ada kaum lain yang menuntut perkara yang sama. saya membenarkan, setuju orang siam di beri kerakyatan sama mcm rakyat malaysia. Saya cuma tidak setuju di katakan bumiputera, mungkin kerajaan ingin menolong kaum ini tetapi cara menolong dengan memberi sama taraf bumiputera adalah salah, Kerajaan boleh menolong dengan cara yang lain, contoh: memberi elaun bulanan setiap rakyat miskin keturunan Siam, memberi mereka kemudahan pinjaman utk masuk pengajian tinggi ipta ipts dsb… tq

      Like

  5. Anonymous
  6. Anonymous
    November 28, 2011 at 11:51 pm

    awk asl mn?

    Like

    • abgrara
      November 29, 2011 at 5:32 am

      asal datuk indon🙂

      Like

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s