Home > agama, nasional, politik > Bangunkan Islam sebelum hudud dilaksana kan

Bangunkan Islam sebelum hudud dilaksana kan

dakwah kita lemah, kerana iman kita pon lemah

Saya Amat tertarik dengan artikel ini(dibawah) yang di ambil dari malaysiakini ini, Bagaimana pandangan Islam tentang hukum hudud atas apa yang perlu di dahulukan, di pertengahkan dan di akhirkan, Secara keseluruhan nya  HUDUD memang belum boleh lagi di laksanakan dibumi Malaysia ini dengan kelemahan yang masih banyak dari segi akidah, kefahaman, akhlak dan ibu segala ilmu iaitu Dakwahyang tidak ada dapat kita laksanakan atau kita abaikan.

Hudud adalah jalan penyelesaian untuk manusia dan jin dan hukum ini datang dari Allah swt, Allah mencipta kita yang bernama manusia dan dialah yang lebih tahu apa yang sepatutnya untuk kita,
Setiap nabi mempunyai pekerjaan utamanya dan oleh sebab itulah mereka di hantar di muka bumi ini dan kerja mereka di siang hari ptg hari dan malam hari ialah ‘dakwah’ begitu juga ia telah di sambung oleh sahabat ajmain, apabila iman semua telah tercipta atau sedang di cipta dari diri kalangan dan sahabat dan sahabiah ajmain, barulah hukum hudud di laksanakan. dan artikel di bawah ini bertajuk ‘bangunkan islam sebelum laksana hudud ‘ amat menarik, Memang akan ada pro dan kontra sampai bila bila, dalam bab hudud ini dan bawalah apa apa kitab pon, apa apa nas, dalil pon, kerana kita tidak akan boleh menerima perkara tersebut kerana kefahaman setiap kita adalah berlainan.

dakwah dari satu pulau ke satu pulau adalah amat memeritkan,, memerlukan pembelanjaan yang banyak

Seseorang telah berkata, bagaimana jika anak saya terambil barang orang dan di lihat oleh 2 orang saksi yang tidak fasiq, yang mana mereka memang telah nampak anak saya mengambil nya/atau mencuri, dan handfone tersebut adalah handfone mahal yakni (melebihi harga sebuah perisai, yang mana hukum potong tangan adalah sekurangnya barangan yang nilainya bersamaan dengan harga sebuah perisai perang) dan dengan ini di bolehkan hakim menjatuhkan hukuman potong tangan atau jari, adakah saya boleh menerima anak saya di potong tangan? adakah iman saya sudah boleh sampai kesitu yakni martabat iman mubtadi, mutawasin. untuk menerima hukum ini?? bagaimana pula ‘iman’ orang lain?? 


Shamsul Muda
7:47AM Okt 6
Bangunkan Islam sebelum laksana hudud

Yusuf al-Qaradhawi,

Bicara al-Allamah Yusuf al-Qaradhawi, pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia tentang ‘Hudud Dalam Wacana Feqh Masa Kini’ yang disiarkan oleh setesen satelit, al-Jazeera, telah memberikan garis panduan asas berkenaan kaedah perlaksanaan hukum tersebut dalam masyarakat.

Garis panduan tersebut-yang dirumuskan daripada pengamatan beliau terhadap pendekatan Nabi SAW dalam melaksanakan hukum hudud-sangat penting dari segi menyatukan pandangan umat Islam hari ini dalam soal kaedah perlaksanaan hukum tersebut.

Atau paling kurang, merapatkan jurang perselisihan pandangan berhubung

dakwah di pendalaman

soal ini.

Trend semasa wacana hudud di negara ini memperlihatkan, pihak-pihak yang memperkatakan tentang perlaksanaan hukum hudud atau yang berusaha melaksanakannya, kurang memberi perhatian terhadap kaedah atau pendekatan yang digunakan Nabi SAWdalam melaksanakan hukum itu.

Trend ini sedikit sebanyak telah menyumbang kepada pelebaran jurang perbezaan pendapat berhubung soal ini.

Merujuk kepada kaedah Nabi SAW melaksanakan hukum hudud, Qaradhawi telah mengetengahkan satu fakta, yang barangkali boleh ‘mengejutkan’ sesetengah pihak.

Fakta itu menyatakan, ‘sebelum Nabi SAW melaksanakan hukum hudud, Baginda terlebih dahulu menegakkan Islam secara keseluruhannya, yakni menegakkan kehidupan Islam’.

Jelas tersurat, fakta ini bermakna, perlaksanaan hukum hudud adalah peringkat atau ‘projek’ terakhir dalam agenda perlaksanaan Islam.

Dalam ungkapan yang lebih jelas-seperti yang dinyatakan Qaradhawi- “dasar [berkenaan perlaksanaan hudud ialah] tidak dilaksanakan [hukum] hudud melainkan apabila kita telah melaksanakan-seperti yang telah saya katakan-ajaran-ajaran Islam keseluruhannya yang berkaitan akidah, syariat, akhlak, tata susila dan nilai-nilai [murni], kita bangunkan masyarakat Islam, dalam keadaan ini, kita laksanakan [hukum] hudud”.
(Rujuk : http://www.qaradawi.net/2010-02-23-09-38-15/4/5075-2011-08-12-18-22-16.html)

Kenyataan Qaradhawi ini secara tidak langsung menidakkan pandangan yang melihat ‘perlaksanaan hudud’ sebagai ‘agenda teratas’ dalam sesebuah negara Islam.

Penegasan ini sebaliknya menuntut sesebuah Negara Islam, melaksanakan hukum hakam Islam dan tuntutan-tuntutan Islam yang lain terlebih dahulu, sebelum mengambil langkah untuk melaksanakan hukum hudud.

Gambaran yang jelas tentang kuantiti hukum hakam dan tuntutan-tuntutan Islam ini boleh diperolehi melalui tinjauan ke atas pembahagian ulama terhadap jenis-jenis hukum hakam Islam.

Categories: agama, nasional, politik

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s