Home > Uncategorized > Pembeli tertipu: LED tv dan LCD tv

Pembeli tertipu: LED tv dan LCD tv

Beli televisyen LED, dapat LCD

Televisyen LED ialah Diod Pemancar Cahaya dan ia antara televisyen terkini menggunakan amat minimum penggunaan karan.  Kekadang pungguna keliru yang mana satu LCD dan mana satu LED dan mana satu Plasma tv kerna bentuk yang sama flat yang sama dan berat yang lebih kurang sama, dengan kata lain adakah anda tahu perbezaan antara kedua nya? ia…. saya pon tak tahu, kita hanya mempercayai  bulat bulat kepada penjual tersebut. TV terbahagi beberapa jenis screen mengikut yang terkini iaitu:   1, Led tv 2,Plasma tv 3,Lcd tv 4,Crt tv

Adakah Tv ini benar benar LED

Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI

TELEVISYEN diod pemancar cahaya (LED) tetapi bukan LED yang sebenarnya.

Walaupun sukar mempercayainya tetapi hakikatnya semua televisyen LED yang berada di pasaran tempatan pada masa ini bukan televisyen LED dalam erti kata yang sebenar.

Menurut Pengurus Kanan Kejuruteraan dan Servis, Toshiba Sales & Services Sdn. Bhd., Liew Ah Yoong, semua produk itu merupakan televisyen paparan cecair kristal (LCD) yang menggunakan cahaya belakang LED.

Toshiba Led tv

Namun, katanya, semua syarikat pengeluar memasarkannya sebagai televisyen LED mungkin kerana strategi pemasaran.

”Sehingga hari ini, hanya Sony mengeluarkan televisyen LED sebenar atau diod pemancar cahaya organik (OLED), itu pun hanya satu dua model dan mungkin hanya ada di Jepun.

”Saya sendiri tidak tahu bagaimana rupa televisyen LED kerana tidak pernah melihatnya,” katanya pada prosiding Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di Ipoh, Perak, baru-baru ini.

Ah Yoong hadir sebagai saksi kepada syarikat Kim Seen Electronic Trading bagi memberitahu situasi sebenar terhadap tuntutan yang dikemukakan oleh Liew Moi Fah, 55.

Moi Fah menuntut supaya syarikat itu mengembalikan semula wangnya sebanyak RM5,350 kerana didakwa menjual televisyen LCD kepadanya, sedangkan dia mahu membeli televisyen LED.

Menurut Moi Fah, dia membeli televisyen tersebut pada Januari lalu dan mendapati ia bukan televisyen LED sebulan kemudiannya.

”Semasa berkumpul beramai-ramai sempena sambutan Tahun Baru Cina pada Februari lalu, anak saudara saya memberitahu bahawa televisyen itu bukan televisyen LED tetapi LCD ‘kahwin’ LED. Kes seperti ini banyak berlaku di Singapura.

”Saya juga dapati pada kad jaminan televisyen tersebut tertera LCD dan pemeriksaan pada laman web Toshiba tidak menjumpai sebarang produk televisyen LED,” katanya.

Setelah mendengar penjelasan tersebut, Presiden TTPM, Maznah Haron memerintahkan supaya Kim Seen Electronic Trading yang diwakili oleh Tang Boh Leng mengambil semula televisyen itu dan mengembalikan RM4,235.42 kepada pihak yang menuntut.

Dalam hal ini, katanya, kerajaan perlu melakukan sesuatu bagi memastikan pengguna tidak dikelirukan antara televisyen LED dan televisyen LCD yang menggunakan cahaya belakang LED.

Categories: Uncategorized
  1. January 6, 2014 at 8:50 am

    WOW just what I was looking for. Came here by searching for craigslist

    Like

  2. August 1, 2013 at 1:54 am

    Kepada semua blogger kat luar… contohilah post nie… walaupun simple.. tapi berisi…

    Like

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s