Home > Uncategorized > mrt – peluang pekerjaan 130 ribu penduduk.

mrt – peluang pekerjaan 130 ribu penduduk.

December 19, 2010 Leave a comment Go to comments

p/s yes bagus… sokong, utk long term bole menambahkan lagi pekerjaan dan menambahkan pendapatan negara. Kita perlukan MRT yg lebih laju sedikit drp yg dah ujud berpuluh tahun di singapore.

Fasa 1 MRT Lembah Klang bermula

Oleh ABDUL YAZID ALIAS
pengarang@utusan.com.my 

NAJIB Tun Razak pada sidang media mengenai projek Aliran Transit Massa (MRT) sebelum berlepas ke Terengganu di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang, semalam. – BERNAMA

 


SUBANG 18 Dis. – Kerajaan akan melaksanakan pembinaan fasa pertama projek Aliran Transit Massa (MRT) di Lembah Klang bagi meningkatkan 50 peratus kadar penggunaan pengangkutan awam menjelang 2020 bermula Julai tahun depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan perkara itu berkata, pelaksanaan fasa pertama projek berkenaan telah diluluskan oleh jemaah menteri pada mesyuarat mingguannya semalam.

”Projek itu akan bermula melibatkan laluan Sungai Buloh dan Kajang dengan jarak sejauh 60 kilometer termasuk pembinaan 35 buah stesen perhentian yang turut melalui pusat bandaraya Kuala Lumpur,”

Perdana Menteri berkata, dengan pembinaan fasa pertama projek melibatkan laluan berkenaan, ia akan memberikan perkhidmatan tren yang efisien kepada 1.2 juta rakyat terutamanya di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.

Kawasan-kawasan yang terlibat ialah Kota Damansara, Mutiara Damansara, Bandar Utama Taman Tun Dr. Ismail, Bukit Damansara, Cheras, Bandar Tun Hussien Onn dan Balakong.

Najib berkata, lebih 400,000 pengguna dijangka menggunakan perkhidmatan MRT setiap hari apabila ia siap sepenuhnya dalam tempoh lima atau enam tahun akan datang.

“Stesen-stesen integrasi akan dibangunkan di lokasi di mana laluan MRT bersilang dengan laluan KTM Komuter, laluan transit aliran ringan (LRT) Kelana Jaya dan laluan LRT Ampang,” katanya

Pada masa yang sama, Najib yang juga Menteri Kewangan turut memberitahu laluan muktamad MRT termasuk lokasi stesen-stesen yang akan dibangunkan masih belum ditetapkan buat masa ini.

Bagaimanapun katanya, kerajaan akan menjalankan kajian pengurusan nilai (value management studies) terlebih dahulu bagi menentukan laluan muktamad untuk perkhidmatan berkenaan dengan mengambil kira kadar penggunaan yang optimum serta pengrealisasian nilai hartanah yang maksima.

“Oleh kerana ini, kos projek yang tepat hanya akan dapat ditetapkan setelah kajian tersebut diselesaikan,” tegasnya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut menaruh keyakinan tinggi terhadap pelaksanaan projek MRT terutama dari segi impaknya terhadap ekonomi negara, keselesaan rakyat dan juga imej kepada negara.

Jelas Najib, projek itu merupakan projek yang terbesar pernah diputuskan oleh kerajaan dan merupakan satu projek permulaan ekonomi (EPP) untuk mencapai Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) bagi pembangunan Greater Kuala Lumpur-Lembah Klang.

Beliau berkata, projek MRT itu disasarkan dapat meningkatkan lagi penggunaan pengangkutan awam daripada 12 peratus pada tahun 2009 kepada kira-kira 50 peratus pada tahun 2020.

Katanya lagi, dijangkakan perkhidmatan rel akan dapat menampung kira-kira 50 peratus daripada semua penggunaan perkhidmatan awam termasuklah kesan positif kepada ekonomi negara.

“Projek ini dari segi kesan ekonominya secara langsung dan tidak langsung akan memberikan banyak manfaat kepada negara antaranya dapat menjana sebanyak 130,000 peluang pekerjaan dalam tempoh masa pembangunannya.

“Projek ini juga dijangka menjana Pendapatan Negara Kasar (GNI) di antara RM3 bilion dan RM4 bilion setiap tahun dari 2011 ke 2020 hasil daripada pembinaan dan operasinya. Selain itu ia turut menjana RM8 bilion dan RM12 bilion melalui pembentukan entiti baru (spinoff) dari kerja-kerja pembinaan,” jelasnya.

Tambah Perdana Menteri, pelaksanaan projek itu yang melibatkan anggaran kos keseluruhan RM36 bilion itu turut menjana peningkatan GNI setiap tahun sebanyak RM21 bilion pada tahun 2020 melalui penambahan nilai hartanah dan penambahan dari segi produktiviti.

Advertisements
Categories: Uncategorized
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s