Archive

Posts Tagged ‘Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia . RMR borang’

Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia RM3,000 layak mohon RMR1M

February 24, 2012 28 comments

Pendapatan isi rumah sehingga RM3,000 layak mohon RMR1M: Najib

Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PROGRAM RMR

Warganegara Malaysia.
Pemohon mestilah berumur di antara 18 hingga 65 tahun. (Pemohon umur melebihi 35 tahun perlu menyediakan penama kedua umur kurang daripada 35 tahun)
Berkahwin atau Ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan.
Pendapatan kasar seisi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan.
Tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang / tidak sempurna.
Mempunyai tanah / tapak yang bersesuaian dan tiada sekatan / cagaran ke atasnya. Jika tanah bukan kepunyaan pemohon, Surat Akuan / Kebenaran Berkanun dari tuan tanah diperlukan untuk membina dan menggadai tanah tersebut kepada BSN.
 

ALOR GAJAH: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata program Rumah Mesra Rakyat kini dikenali sebagai Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M), dan kerajaan bersetuju supaya isi rumah dengan pendapatan maksimum sehingga RM3,000 layak memohon RMR1M berbanding RM1,500 sebelum ini.

Perdana Menteri berkata beliau juga menetapkan supaya Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) membina 10,000 unit RMR1M tahun ini.

Program perumahan itu, katanya, membolehkan rakyat memiliki rumah berkualiti dan selesa serta kehidupan lebih bahagia.

“Semua Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia akan dibina dengan mengguna pakai teknologi ‘Industrialised Building System’ (IBS) dengan keluasan binaan lebih besar tanpa melibatkan sebarang tambahan kos kepada pemohon,” katanya ketika melancarkan lapan model baru RMR1M di Durian Tunggal sempena lawatan sehari beliau ke Melaka hari ini.
Najib menarik perhatian bahawa program itu kini dikenali sebagai RMR1M bertujuan membudayakan semangat 1Malaysia dalam kalangan penghuninya. Pengerusi SPNB Datuk Idris Haron berkata penggunaan teknologi IBS mampu menghasilkan rumah yang berdaya tahan, ekonomik dan inovatif.

“Ia mampu mempercepatkan jangka masa pembinaan ke 14 hari berbanding 70 hari mengikut kaedah konvensional,” katanya.

Pembinaan RMR1M itu berkonsepkan tiga bilik tidur dan dua bilik air dengan keluasan 1,000 kaki persegi, serta mengikut spesifikasi majlis kerajaan tempatan dan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam Malaysia. – Bernama

Untuk maklumat lanjut:
Syarikat Perumahan Negara Berhad (444205-M)
Tingkat 8, Wisma Perkeso,
Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur.

HOTLINE: 1300 80 3838
Tel: 603 – 2618 5555
Faks: 603 – 2681 0170

http://www.spnb.com.my/bm/corporate/contact.htm

Categories: ekonomi, nasional
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 35 other followers