Ramai yang tidak membuat permohonan ini,Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM 2.0) untuk belia yang belum berkahwin dan berumur 21 tahun keatas sila buat permohonan anda, dana ini telah disediakan untuk anda, daftar tidak lewat dari 15 januari ini, dan mula akan di beri pada 2 februari nanti. Disamping itu berkenaan dengan rebet telefon pintar untuk belia juga, sebanyak Rm200 akan di keluarkan minggu depan oleh 7 syarikat dan ini juga telah memperlihatkan hanya 5500 orang belia yang telah membuat permohonan, kenmapa sedikit sangat yang membuat permohonan??

smart fone
KUALA LUMPUR – Senarai telefon mudah alih pintar yang ditawarkan kepada belia bagi mendapatkan rebat RM200 menerusi Pakej Komunikasi Belia akan dikeluarkan pada minggu hadapan oleh tujuh syarikat telekomunikasi yang bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Tujuh syarikat itu terdiri daripada Celcom, Maxis, Digi, U Mobile, Clixster, Tune Talk dan YTL Communications (YES).
Penasihat Strategik Jabatan Komunikasi Korporat SKMM Sheikh Raffie Abd Rahman berkata tujuh syarikat berkenaan perlu memaklumkan model telefon pintar itu kepada SKMM sebelum menawarkan kepada belia yang layak.
“Setelah SKMM mendapat senarai model telefon bimbit tersebut, SKMM akan menggabungkan senarai berkenaan untuk syarikat telekomunikasi keluarkan pada laman web masing-masing. SKMM akan pantau dari segi jenama yang sesuai, harga berpatutan dan tidak ada kes telefon tiruan.
“Model telefon pintar ini di setiap penjual yang dilantik mungkin berbeza antara satu sama lain. Tidak semua penjual mempunyai semua jenis telefon bimbit yang belia mahukan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Sebelum ini Jemaah Menteri telah bersetuju agar belia berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan RM3,000 ke bawah boleh membeli apa jua jenis telefon pintar dengan rebat RM200 yang diumumkan kerajaan.
Dalam pada itu Sheikh Raffie menasihati golongan belia supaya bersabar ketika membuat permohonan secara online di laman web skmm.gov.my untuk mendapatkan rebat RM200 itu.
“Oleh kerana terlalu ramai mengakses laman web kita pada satu-satu masa yang menyebabkan sistem menjadi perlahan. Kalau mengalami kesukaran jangan berputus asa dan jangan pula cuba klik banyak kali, masuk online semula dan buat permohonan,” katanya.
Beliau berkata SKMM akan terus memperbaiki dan memantau sistem permohonan online itu dari semasa ke semasa untuk meningkatkan kepuasan semua pihak.
Katanya setakat pukul 8 pagi tadi, seramai 22,000 pemohon telah mendapat kelulusan menerima rebat RM200 itu.- Bernama
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin
BACHOK – Tarikh akhir pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM 2.0) yang sepatutnya berakhir 31 Disember lepas dilanjutkan sehingga 15 Januari ini dan tempoh bayaran ditetapkan bermula 2 Februari ini.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata tempoh lanjutan itu adalah bagi memberi peluang kepada golongan bujang berusia 21 tahun yang layak memohon mengemukakan permohonan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berucap pada majlis Tenaga Nasional Berhad (TNB) Cakna Keselamatan Elektrik Bersama Penduduk Setempat di pejabat TNB Bachok di sini, hari ini.
Pada pembentangan Belanjawan 2013, September lepas, kerajaan mengumumkan BR1M 2.0 diperluaskan kepada mereka yang belum berkahwin berumur 21 tahun yang berpendapatan RM2,000 ke bawah, layak menerima RM250.
kenapa untuk yg belom kawin shaja… bg golongan yg sudah kawin x boleh ka…? bg org yg sudah berkahwin pun ingin juga memiliki telefon yg cangih..
ramai golongan yg sudah berkahwin tidak mampu untk memiliki telefon cangih…
kenapa lak 21 tahun keatas..patut boleh buka untuk semua yang dah boleh masuk kolej/university …ni tak adil laaa
Student camera phones are tied in with the rising
concerns about sexting, or the sending of illicit
photos using a cell phone. Be clear about after sales service
before choosing the place where you will finally make your purchase.
Let your loved ones feel protected without them feeling your
constant monitoring.