Home > ekonomi, nasional > Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia RM3,000 layak mohon RMR1M

Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia RM3,000 layak mohon RMR1M

February 24, 2012 Leave a comment Go to comments

Pendapatan isi rumah sehingga RM3,000 layak mohon RMR1M: Najib

Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PROGRAM RMR

Warganegara Malaysia.
Pemohon mestilah berumur di antara 18 hingga 65 tahun. (Pemohon umur melebihi 35 tahun perlu menyediakan penama kedua umur kurang daripada 35 tahun)
Berkahwin atau Ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan.
Pendapatan kasar seisi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan.
Tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang / tidak sempurna.
Mempunyai tanah / tapak yang bersesuaian dan tiada sekatan / cagaran ke atasnya. Jika tanah bukan kepunyaan pemohon, Surat Akuan / Kebenaran Berkanun dari tuan tanah diperlukan untuk membina dan menggadai tanah tersebut kepada BSN.
 

ALOR GAJAH: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata program Rumah Mesra Rakyat kini dikenali sebagai Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M), dan kerajaan bersetuju supaya isi rumah dengan pendapatan maksimum sehingga RM3,000 layak memohon RMR1M berbanding RM1,500 sebelum ini.

Perdana Menteri berkata beliau juga menetapkan supaya Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) membina 10,000 unit RMR1M tahun ini.

Program perumahan itu, katanya, membolehkan rakyat memiliki rumah berkualiti dan selesa serta kehidupan lebih bahagia.

“Semua Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia akan dibina dengan mengguna pakai teknologi ‘Industrialised Building System’ (IBS) dengan keluasan binaan lebih besar tanpa melibatkan sebarang tambahan kos kepada pemohon,” katanya ketika melancarkan lapan model baru RMR1M di Durian Tunggal sempena lawatan sehari beliau ke Melaka hari ini.
Najib menarik perhatian bahawa program itu kini dikenali sebagai RMR1M bertujuan membudayakan semangat 1Malaysia dalam kalangan penghuninya. Pengerusi SPNB Datuk Idris Haron berkata penggunaan teknologi IBS mampu menghasilkan rumah yang berdaya tahan, ekonomik dan inovatif.

“Ia mampu mempercepatkan jangka masa pembinaan ke 14 hari berbanding 70 hari mengikut kaedah konvensional,” katanya.

Pembinaan RMR1M itu berkonsepkan tiga bilik tidur dan dua bilik air dengan keluasan 1,000 kaki persegi, serta mengikut spesifikasi majlis kerajaan tempatan dan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam Malaysia. – Bernama

Untuk maklumat lanjut:
Syarikat Perumahan Negara Berhad (444205-M)
Tingkat 8, Wisma Perkeso,
Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur.

HOTLINE: 1300 80 3838
Tel: 603 – 2618 5555
Faks: 603 – 2681 0170

http://www.spnb.com.my/bm/corporate/contact.htm

About these ads
Categories: ekonomi, nasional
  1. siti azlieyani bt roslan
    March 21, 2012 at 6:50 pm | #1

    susah la nk dapatkn borang tu…kat mana sebenarnya borang rmr boleh didapati…

    • iena
      March 6, 2013 at 11:34 am | #2

      dekat pejabat wakil rakyat ada borang tu

  2. norsimah
    April 9, 2012 at 3:48 pm | #3

    saya penah mohong rumah perima,mesra rakyat,tapi x ada jawpan pon…saya dah x tahu hendak mohong kt spe lagi..susah hendak mohong rumah mesra rakyat ne,tolong bantu kami yang belum ada rumah ne….

    • iena
      March 6, 2013 at 11:36 am | #4

      kalau syarat yang ada tu penuhi insyall.try la lagi

  3. Fanie
    May 19, 2012 at 12:49 pm | #5

    apalah cakap ada borang kat online , ni cari cari tak dapat pun, main main ke? kerja dengan betul menyusahkan orang aje..

  4. Anonymous
    September 2, 2012 at 8:09 pm | #6

    macam mana kami yang takda tanah….

  5. abgrara
    September 3, 2012 at 1:14 pm | #7

    yang takde tanah, beli jer rumah yang dah siap,

  6. September 24, 2012 at 1:11 pm | #8

    xada tanah mohon umah mampu milik yg sudah siap…http://www.spnb.com.my/bm/corporate/product.htm

  7. Rohana Mansor
    October 16, 2012 at 8:40 pm | #9

    Memerlukan sebab belum ada rumah ibu tunggal selama 7 tahun amat sukar untuk mohon di marang.

  8. acong
    October 16, 2012 at 10:04 pm | #10

    semua tipu je ni…syarat dah cukup pun tak boleh dapat..yang dapat saudara JKK sahaja

    • iena
      March 6, 2013 at 11:33 am | #11

      ge la borang kat kat wakil rakyat .atau mohon pprt.tak pun pegi pusat zakat. dorang pun ada bantuan perumah

  9. paktih pida 4
    November 11, 2012 at 6:25 pm | #12

    Saya ada tanah..rumah dah nak runtuh..tapi mohon apa pun tak dapat..saya tinggal tiga orang adik beradik anak yatim piatu pula..yang miskin tak dapat bantuan..depa bagi kepada yang kaya saja dan kaum jkk

  10. umi
    January 28, 2013 at 8:35 pm | #13

    Kalau dah rumah boleh memohan tak…..

    • iena
      March 6, 2013 at 11:39 am | #14

      boleh laa.tak salah mencuba asal cukup syarat

  11. Anonymous
    February 17, 2013 at 12:32 pm | #15

    saya ada tanah.lokasi johor dimana sy nk mohon

  12. SALINA BINTI MOHAMMAD ALI
    February 20, 2013 at 12:10 am | #16

    tanah lot lidi boleh mohon rumah mesra rakyat tak?

    • iena
      March 6, 2013 at 11:40 am | #17

      lot lidi macam mana tu..

      • SALINA BINTI MOHAMMAD ALI
        March 7, 2013 at 12:00 am | #18

        maknanya tanah yang ada banyak nama dalam satu geran. nak buat macam mana yer?

      • March 12, 2013 at 11:01 am | #19

        kena pecahkan nama, gi pejabat tanah, ambik borang dan perlu sign semua adik beradik atau penama

  13. darwina bulldin
    June 7, 2013 at 5:37 pm | #20

    sy dah kwin dn ada tnah sndiri d kg pitas kota marudu.tpi sy tk tau nak ambl borang rmr kt mane?

  14. erryantz
    June 9, 2013 at 8:15 pm | #21

    saye dduk kat felda ,boleh x kalo nak mohon buat rumah kat belakang rumah mak sye..tapi tnah memang ade geran dah..

  15. shahidan musa
    July 31, 2013 at 6:44 pm | #22

    Sy seorang OKU fzikal dan bapa tunggal kepada seorang anak….hanya bergantung kepada pencen perkeso rm1500 tiap2 bulan…..ada tanah kepunyaan mak saya ada geran layak x saya dapat bantuan rumah….
    Sy amat perlukan…

  16. Anonymous
    August 31, 2013 at 7:21 pm | #23

    saya dah ada rumah taman dekat kampung ada tanah sendiri nak mohon boleh dapat tak?…..

    • September 8, 2013 at 11:08 pm | #24

      boleh…. dengan syarat tanah itu nama saudara,

  17. rohana
    September 24, 2013 at 4:09 pm | #25

    kalau tanah atas nama mak dan status tanah berangkai mcam mana pula? boleh mohon juga ke?. sekarang rumah dekat penang terlalu mahal nak beli pun tak lepas dah,semuanya berharga 300ribu hingga lah jutaan ringgit.

  18. October 1, 2013 at 1:43 pm | #26

    Kuala langat ni nak tuju mana nak mohon rumah ni? sila bagi idea

  19. a.b
    October 16, 2013 at 2:34 pm | #27

    yg kata sedara jkk je dpt lg membohong…sy baru je balik raya kat kg. mmg ada yg dpt…xde kena mengena dgn jkk pon..kaya jauh sekali. sy sgt menyokong sape yg ada tanah ckup syarat tuh, p la mintak insyaAllah ada rezeki..

  20. Anonymous
    December 23, 2013 at 2:22 pm | #28

    mcm mne kalu tanah kt rumah mak sy tu xde geran tp Rizab Sungai??

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 35 other followers